Wednesday 13 September 2017

# me and my life

Muktamad

All right, bismillah and assalamualaikum everyone. Harini punya cerita tak pendek, tak panjang. Firstly, masa apply UPU dulu aku punya gigih letak accounting courses as main ( top 5 semua accounting yang different universities )  tapi bukan rezeki aku, tak dapat. Serious sedih gila. It was like, aku dah let go medical field sebab tak yakin untuk bawak chemistry and bila second choice pun ditolak memang hampa la cerita dia. Aku pun check la dapat what course and which univ en. Tengok tengok dapat UniSZA under Diploma of International Trade. Itu pun tak reti lagi nak bersyukur ( bukan tak bersyukur tapi nak usaha lagi )

Aku ingat lagi, masa mula-mula daftar kat bahagian fakulti lepas aku bagi borang apa semua aku terus tanya, "Kalau nak tukar kos macam mana ya ?". Akak (?) yang jaga kaunter tu tercengang kejap. Lepas tu dia kata after sem 1 baru boleh tukar. Masa tu dalam hati aku dah fikir macam-macam. Iyalah dalam tempoh nak lepas sem 1 tu bukannya sekejap. Takkan aku taknak cari kawan, subjek yang nak belajar lagi apa semua. Masa tu dah doubt keputusan nak tukar kos.

Dan untuk seketika aku lupakan pasal hal nak tukar kos apa semua. And now, I'm in my 2nd semester and this is the first week. Dari mula jejak kaki kat UniSZA ni pagi Sabtu hari dah duk pikir, nak tukar ke taknak. Aku confius yang teramat. Aku ada geng dalam InTrade yang nak tukar kos jugak so hari hari tanya dia, nak tukar ke tak. Aku mintak nasihat kawan-kawan semua. Depa semua kata buat istikarah, bukak tafsir Quran tengok ayat first yang kita baca mana tahu ada petunjuk. So, start Isnin, aku istikarah. Mula-mula macam takde petunjuk apa pun. Aku pun bukak tafsir, aku tengok surah, kena surah Al-A'raf kalau tak salah. Bila aku tengok ayat first, nak gugur jantung. Ayat yang aku baca berkaitan dengan manusia diciptakan berpasangan. Terus tutup. So, aku teruskan istikarah dan sampai lah harini, Rabu, aku bangun ja subuh, aku dah tahu apa yang aku nak. Dan Insya-Allah itu yang terbaik untuk aku.

Pergi kelas dengan senyuman. Aku tau Allah akan tolong jugak. Walaupun masa mula-mula istikarah tu minda dan hati cakap benda yang berbeza, akhirnya aku dapat jawapan yang aku nak dan keputusan aku muktamad, aku takkan tukar kos. Mohon doakan perjalanan hidup aku berjalan lancar =)


-thes-

No comments:

Post a Comment