Whisper

January 16, 2018

Alright, Assalam and good day peeps ! Disebabkan blog lama dulu pun banyak aku buat review drama so, blog ni pun kenalah teruskan jugak legasi tu, ye dok.

Harini punya review, kita bagi drama korea satu *wink wink Aku jenis manusia yang tengok drama korea. Sejak masuk asrama dulu, TV ni memang jarang dah aku tengok, so kalau tanya drama melayu maaf sangat, aku dah tak berapa nak layan. Tapiiiiii, bukan bermakna aku tak suka, cuma susah nak cari drama melayu yang jalan cerita tak cliche.

As for drama korea pulak, aku suka tengok yang medical-based takpun law,crime-based. Senang cerita, drama yang mendatangkan perasaan thrill. Seronok beb !

Okay, berbalik pada tajuk, drama ni is a law-based drama release masa tahun 2017. Let's take a look of this story.


Title : Whisper / 귓속말  / Gwitsotmal
Network : SBS
Starring : Lee Bo Young, Lee Sang Yoon, Kwon Yool, Park Se Young
Plot :

Mengisahkan seorang detektif perempuan, Shin Youngju yang menuntut bela nasib ayahnya yang dituduh membunuh rakan sekerja. Lee Dongjun, seorang hakim yang arif, bijak lagi jujur telah menjatuhkan hukuman palsu ke atas ayah Youngju kerana takut kareer-nya musnah setelah diugut oleh Choi Il Hwan, seorang pemilik firma penguaman. Choi Il Hwan menjanjikan keselesaan dan kekayaan kepada Dongjun. Walaupun berat hati, Dongjun tetap menerima tawaran Il Hwan. Youngju yang tahu tentang agenda jahat ini telah menggunakan dan meminta bantuan daripada Dongjun. Mereka bersama-sama membongkarkan segala aktiviti haram yang dilakukan oleh syarikat milik Choi Il Hwan dan membuktikan ayah Youngju tidak bersalah.

! ! ! SPOILER ALERT ! ! !


Okay, aku recommend cerita ni sebab cerita ni sangat best. Instead of kejar pembunuh and not knowing who is the killer, cerita ni awal-awal lagi dah bagi tahu sapa yang bunuh. So, dari situ kita just tengok macam mana si Young Ju dengan Dongjun ni bongkarkan. 

Plot cerita sangatlah best, sorry lah aku bab buat sinopsis ni memang fail sikit, lagi lagi dengan structure ayat yang memang tunggang langgang, memang leburlah. Tapi aku memang highly recommend la cerita ni. Watak Youngju tu pun sangatlah cool sebab dia memang sanggup buat apa je untuk buktikan ayah dia tak bersalah.

Watak Dongjun pun sangat seronok. I mean like, masa kau tengok mula-mula kau akan rasa dia pegang watak villain. Lepastu twist sikit, rupanya dia bukan villain pun, dia just seorang judge yang tersalah  arah and dia sanggup nak tebus balik semua kesalahan dia, which was so damn cool.

And dekat peleraian cerita ni, ada lah sikit like sikiiiit punya gila sikiiiit moment yang sweet mweet antara Dongjun dengan Youngju. Bagi aku best ah cerita ni sebab aku memang minat cerita yang genre macam ni, untuk certain orang mungkin tak berapa best kot yelah, semua orangkan ada preference masing-masing, takkan aku nak paksa pulak kan.

 Cerita ni sesuai lah dengan manusia yang taste drama macam aku ni, so dipersilakan tonton kuikui. Until then,

-thes

You Might Also Like

3 comments

  1. uiii ensem pelakon tu.. cikyan sjenis tgk pelakon dlu kalo nk tgk cerita pon.. hahaha.. pastu tgk jalan cerita mcm mne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hensem ! Sangyoon tu tak silap nanti ada cerita baru tahun 2018 ni. kalau yang kwon yool tu pulak dia ada berlakon cerita Let's Fight, Ghost. Dia pegang watak yang jahat tu.

      Delete

kindly leave your comment here ~ ppyong ~

Popular Posts