Andante

March 20, 2018

Assalamualaikum people ! So, sekarang aku tengah cuti sem, but still busy. Apa yang membezakan is the fact that there is no classes to attend and I'm home. Yes, home. Untuk cuti seminggu yang dah nak habis ni, aku still work on the banner and poster plus the assignments and homeworks ( I don't even touch them, yet). Tapi most of the time, aku nak settle kan banner and poster dulu, and I can say that IT IS ALMOST DONE ! YEAYYYYY.

Okay so back to the topic, entry ni is actually another review of k-dramas *ceshire cat smile. Drama ni tak popular mana pun actually. But I could say that drama ni memang aku nanti nantikan sebab Kai of EXO is the leading role ! Hahahha. And yes, this drama is too far from action, law and so on.

Andante (Korean Drama)-P1.jpg

Title : Andante / 안단테
Network : KBS1
Episodes : 16
Plot :

Lee Shi Kyung and Lee Shi Young ni sepasang adik beradik yang tinggal dekat Seoul. Satu hari, mak diorang announced yang diorang kena pindah rumah, duduk dengan nenek diorang dekat countryside. Dorang dua ni memang protest. Even dah sampai dekat rumah nenek diorang pun, still try untuk escape. Suasana dekat kampung dorang ni pelik bagi diorang. Masa start sekolah, Shi Kyung ni minat dekat Kim Bom, sorang student perempuan yang satu class dengan dia. Dia rasa pelik and curious tengok perangai Kim Bom ni. Dorang punya sekolah ni memang mengingatkan student pasal mati, so ada la event-event yang mendekatkan,   I mean,mengingatkan, dorang dengan kematian like tombstone inscription, and life funeral.  Cerita ni jugak dipenuhkan dengan kisah-kisah pesakit dekat hospice yang ada dekat kampung tu. Shi Kyung yang tak minat buat kerja-kerja volunteering ni memang selalu merungut tapi lama-lama dia adalah orang yang dapat gain trust daripada pesakit kat situ. 

As a person who really love intense drama, this drama is a really good drama that doesn't fall in my typical types of drama. So, aku tersangatlah recommended kan dekat kome semua untuk tengok drama ni. ( Pelis tengok sebab aku letak dua kali kata penguat dalam ayat ni). This one ada plot twist sikit la.

! ! ! SPOILER ALERT ! ! !

  First of all, cerita ni kelakar weh. Aku paling suka tengok Shi Kyung dok bertekak dengan Shi Young. Memang nampak la chemistry dorang as sibling tu. And to my surprise, this is the debut drama of Shi Young. Like seriously, dia nampak natural tau. Macam dah biasa berlakon. Part paling aku suka masa Shi Young dok ejek Shi Kyung dengan nama Bernard. Comel la dia punya lakonan. Part sedih memang expression dia sedih habis. Disebabkan cerita ni dipenuhkan dengan episod episod yang kelakar, cerita ni memang takkan rasa boring. And kelakar dia tu unexpected tau. Like, tiba-tiba je kelakar and aku pun secara tak sengaja tergelak kuat. Kesian rumet aku yang tengah study hahaha.

Second, aku suka cerita ni sebab nilai family dia tu. Disebabkan mak kepada Shi Kyung dengan Shi Young ni busy dengan kerja untuk bayar hutang masa dekat Seoul, dorang dua ni terabai. So, mak dia tak pernah langsung pergi sekolah, jumpa cikgu tanya pasal prestasi semua. Shi Kyung ni pulak gamers, so memang dia tak pernah kisah la pasal study dia semua. Nak mengelak daripada kena marah ngan mak dia, dia pun buat la false report card. So, bila kantoi tu, memang lawak la. Lepas tu relationship mak Shi Kyung dengan nenek dia. Okay, bila aku kata nenek, it is actually mak mentua  mak Shi Kyung. Nenek Shi Kyung ni, sejak anak dia hilang, dia macam taknak terima isteri anak dia. Hubungan dorang ni portray hubungan mother-and-daughter-in-law yang typical. Takde yang extreme la. Bukan macam certain drama yang menggambarkan mak mentua as a witch, daughter-in-law yang super innocent, takde. Bagi aku, hubungan dorang tu memang biasa and boleh terima.

Next, people at hospice. Before anything, let me clarify yang cerita ni a non-medical. So, cerita ni ada insertkan kisah pesakit dekat hospice, bukan doctor yang try untuk selamatkan nyawa semua pesakit. Yang bestnya, walaupun kisah pasal pesakit tu dah settle, still ada scene yang melibatkan diorang. Through pesakit-pesakit nilah Shi Kyung jadi gamer yang tak kisah pasal game. XD 

Aku rasa paling comel is makcik Shi Kyung, adik mak dia. Watak dia memang as perempuan yang agak blur. Bila dia mengajar dekat sekolah Shi Kyung as cikgu muzik, dia berjaya tarik perhatian, Yeom Gi, budak nakal dalam kelas. Yeom Gi ni pun sebenarnya jatuh hati dekat mak cik Shi Kyung ni. Part yang dia dengan homeroom bersaing untuk impress kan mak cik Shi Kyung guna piano tu memang hilarious gila because both of them are on the same level. Ending untuk makcik dia ni memang kelakr scene tu. Serious. Tengok la sendiri kalau nak tahu.

Cerita ni jugak berjaya menyebabkan aku menangis, thrice, on top of that. This will be the biggest spoiler la. One, masa Shi Young dapat tahu yang ayah dia memang dah takde, which for the past 12 years, dia percaya ayah dia still ada. Second, masa Shi Young dapat tahu nenek dia ada dementia. Mula-mula Shi Young dengan nenek dia memang tak ngam, tapi lepas dia defend nenek dia, dorang rapat. And memang sedih la sebab Shi Young dah rapat gila ngan nenek dia. And third, masa Shi Kyung, for the first time since he received the news of Bom's death, cried. Serious masa ni sedih gilos. 

Overall cerita ni about family, friends and love. Through this drama, you will learn to appreciate everything you have. Quote paling best dalam drama ni is, 

"The show must go on"

Aku tak sure sama ada quote ni memang origin daripada drama ni ataupun tak. Sorry, because I'm too lazy to do research. So, friends, tengok la cerita ni. Haha.


EXTRA NOTES

Andante meaning

adverb & adjective
  1. 1.
    (especially as a direction) in a moderately slow tempo.
noun
  1. 1.
    a movement, passage, or composition marked to be performed andante.

Mungkin cerita ni dinamakan "Andante" sebab watak utama; Shi Kyung, slow sikit and orang keliling dia selalu cakap yang dia ni "stand still" or something like that. Sebab bila jadi something, dia tak cepat untuk buat sesuatu untuk selesaikan but chose tu ignored them.

So, that's all for tonight =))

-thes

You Might Also Like

0 comments

kindly leave your comment here ~ ppyong ~

Popular Posts