Tuesday 24 April 2018

# me and my life

After 18 Years

Assalamualaikum semua. Rasanya dekat sebulan jugak aku tak update blog. Jangan kan update, nak blogwalking pun tak sempat. Well, sejak masuk bulan April memang busy sikit. Biasalah student, bila dah dekat minggu-minggu final ni lah akan adanya kelas ganti yang bertimbun, program yang wajib attend, assignment dan assessment yang kena submit, presentation dan lain-lain. Bagi aku sendiri memang semua benda tu terasa beban dia. Yelah kau nak kejar settle kan yang wajib submit before final then kau kenal study pulak untuk final. Serious talk, pengurusan masa aku kelaut.

Actually, aku banyak je draf untuk di post, tapi belum sampai masa untuk aku settlekan semua draf-draf tu. Boleh kata sepanjang minggu bulan April ni, jadual aku memang penuh, tak berapa nak duduk bilik. Hari rabu last week, aku punya group dah settlekan presentation and dah hantar written assignment. Habis je kelas untuk hari tu, kitorang terus chaw, lepak pantai. Fuhhhh. Lega weh. Nak pulak aku memang dah lama tak jejak pantai. Dapat pulak makan milo ais kepal, double fuhhhh.

Pantai Batu Buruk

Esoknya, aku dok pening kepala, siapa nak pergi ambil banner tournament. Masa tu semua ajk tak free. Yang free pun takda transport nak ambil banner. Nak taknak aku pun terpaksa la ajak kawan aku sewa kereta and gi ambil banner. Nasib la melayang RM10. Kesian kawan aku terpaksa ikut aku. Hari khamis, jumaat, sabtu, ahad memang terasa penat yang amat.

Khamis malam aku ada training taekwon-do. Lepas training kena gi meeting untuk program kos (kitorang buat game dodgeball) pulak. So, aku keluar awal. Kononnya nak buat program tu Jumaat pagi, tapi sebab tak sempat susun jadual perlawanan and tak banyak team yang daftar, pengarah program decide untuk tunda ke malam. So, Jumaat tengah hari tu pergi bukak kaunter lagi sampai pukul 4. Then pergi training taekwon-do terus. Ni pun aku excuse awal sebab program start pukul 8. Dah la program kos aku ni clash dengan program anak negeri. *facepalm

program dinner je, sebab tu ada kepok leko =P

Sebab program anak negeri tu dah bagi nama, aku pun pergi la program tu dulu. Dalam pukul 10 aku keluar, pergi gym untuk sambung program kos. Pukul 1 lebih baru balik bilik. Niat aku nak sambung buat buku cenderamata untuk tournament Taekwon-Do tapi masa tu serious dah tak larat. Hari sabtu pulak, aku ada discussion untuk assignment account. Suppose empat orang tapi masa tu yang ada aku dengan sorang member lagi. Yang lagi dua tu keletihan sebab balik lambat. Hahaha. Plan nak discuss pukul 11 sampai 1 je tapi dekat pukul 3 baru kitorang dapat settlekan. Tu pun belum 100% settle. Aku sepatutnya ada training petang tu. Tapi sebab kepala sangat pening aku pun terus whatsapp sir yang aku tak dapat datang. Balik bilik, makan then ambil panadol. Malam tu nak mandi, tengok dekat area leher ada bintik-bintik merah yang dah agak terus and ada satu dua yang berkudis. Time tu aku memag tak sedap hati.

Masa aku jumpa kawan aku, aku tunjuk la kat dia. Then dia suruh aku pergi klinik u sebab dia tengok aku punya simptom tu macam chicken pox. Aku rasa nak menangis masa tu. Yelah sebab tournament dah dekat, team aku takde reserve. Nak bagitau sir pun serba salah. Program dodgeball kitorang tu habis pukul 12 lebih jugak la. Masa tu aku memang tak larat gila-gila. Badan memang rasa panas. Diorang ajak selfie pun aku tak larat.

Dodgeball kategori campuran


Esoknya aku skip class pagi tu sebab nak gi klinik. Sampai klinik, memang doctor kata chicken pox. Broken gila aku. Timing tak kena. Dah la nak tournament, nak final, dengan lectures yang mostly tak habis silibus lagi. Aduhaii. Dapatla cuti 4 hari. Ahad sampai rabu. Mungkin ada hikmah. Mungkin Allah bagi aku sakit ni supaya aku ada lebih masa untuk settlekan hal tournament sabtu ni. Banyak lagi benda yang kitorang tak habis buat. Aku harap semua akan berjalan lancar. Btw, aku akan jadi reserve untuk team aku and untuk individu pattern dengan sparring aku tak sure aku masuk ke tak. Sir pun tak bagitau apa-apa pasal tu.

Okay, kalau korang tak faham apa content entry ni dengan tajuk entry, let me tell you. Sepanajang 18 tahun  aku hidup, ( aku still 18 eh) , ni first time aku kena chicken pox. T_T
So, kalau korang ada petua nak cepat sembuh, hilangkan parut, share la dengan aku. Huwaaaaa

not mine; credit to owner
-thes


No comments:

Post a Comment