Samyang Carbonara

April 30, 2018

Assalamualaikum

Hey gaiss, so, harini memang aku takde buat apa-apa pun. Tidur je banyak. Topup balik tidur yang 3 malam lepas. Disebabkan tournament yang berlangsung semalam, kitorang pihak committee memang 3 hari straight tidur lambat, 5 pagi, 4 pagi, and malam semalam pun balik bilik pukul 12. Itulah paling awal balik bilik minggu ni. Nasib baik la kelas pagi tadi cancel, kalau tak memang aku MIA lah jawabnya.

Harini bangun je dari tidur, aku buat assignment, kena hantar before pukul 4 petang. Dok buat tu memang tak makan la. Dah hantar semua, aku sepatutnya kena tolong sir angkat matt, hantar kat gym. Tapi masalahnya sir bagi tau lambat, aku terlelap la apa lagi. Sedar-sedar, pukul 6 dah. Memang tak larat la nak pergi. Maaf sir !

So, harini memang aku tak makan nasi. Roommate aku nak turun cafe tanya aku nak pesan apa-apa tak, aku cakap tak walaupun lapar gila. Sebab hari dah nak malam and tak guna banyak sangat tenaga, aku pun malas la nak makan nasi. Rezeki jugak sebab haritu kawan aku beli samyang so harini aku makan samyang je.

comel en packaging dia. pink gittew 


Yang aku tahu, samyang carbonara ni is a new version yang available kat Malaysia. Aku tak sure dekat Korea dah lama ke apa, tapi dekat Malaysia memang baru lagi. Aku beli ni RM6, kawan aku jual, dapat la diskaun 50 sen.

Okay, kalau nak dibandingkan dengan yang original dengan cheese, carbonara ni tak sepedas yang dua tu. Rasa dia, sangat sedap. Kalau aku makan yang ori ataupun cheese, mesti akan mengalir mukus-mukus dengan sangat laju and mesti rasa nak nangis. Tapi yang carbo ni best sebab tak rasa nak menangis pun. Air mukus pun tak la banyak sangat nak mengalir.

terliuq dak ?


Btw, dia punya mee beza dengan yang ori dengan cheese. Mee untuk samyang carbonara ni macam spageti sikit. Masa aku bukak packaging tadi aku macam wow, lawa mee ! Satu kekurangan yang aku rasa, mee dia tak sebanyak mee dalam ori dengan cheese.

Overall, samyang carbonara memuaskan hati. Kalau ikut rating, bagi aku 4/5. So, korang jangan lupa try ya !

-thes

You Might Also Like

8 comments

  1. Look so delicious ya know kkkkk, i'll try that soon!
    Thanks for the review btw :)

    ReplyDelete
  2. ala dah lama caritakjumpa lagi huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. try online ! mesti ada punya =D

      Delete
  3. Tak pernah try lagi yang ni. Nampak sedap 😍

    ReplyDelete

kindly leave your comment here ~ ppyong ~

Popular Posts