NuTeen : Anti Blackhead Gel

June 11, 2018

Assalamualaikum semuanya ~~ So apa khabar ? Macam mana preparation raya semua ? Dah settle ke ? As for me, tak. Ya Allah aku paling malas betul nak kemas rumah raya ni. Almaklumla, rumah penuh dengan budak, kemas harini, esok semak balik *facepalm

So, ketepikan hal raya dulu, aku nak tanya preparation wajah anda *wriggling eyebrows. Ramai yang ada masalah blackhead and kulit berminyak termasuklah aku sendiri. Sebelum habis final haritu aku ada la jalan-jalan dengan member nak cari makanan buka. Sambiltu singgah Watson and masa tulah aku tertarik nak beli product NuTeen ni. Kebanyakan kawan sekelas aku pun syorkan produk ni, so aku pun nak jugaklah try.

Actually, aku ni jenis yang takut nak try skincare walaupun aku sangatlah memerlukan skincare. Tapi alhamdulillah first try aku dengan skincare menunjukkan hasil yang bagus. Aku nak kata blackhead selambak, takdelah sangat. Cuma ada certain part on my face yang memang obvious ada blackhead; part hujung hidung, dekat area cheekbone ada sikit dekat dagu. Area dahi aku pulak penuh jerawat pasir, serious menyampah. Selama ni aku pakai cleanser je.



Untuk pengetahuan korang, NuTeen : Goodbye Blackhead ni senang nak digunakan. Tak payah basahkan muka pun. Kulit muka dengan tangan kena pastikan kering (make sure bersih !) and just squeeze a good amount of the gel then apply on the infected  area, massage gently. Lepas seminit, basuh dengan air. Then, yeayyy goodbye blackhead !

Masa korang rub dekat area blackhead tu, dia akan menghasilkan kotoran macam daki. Tapi sebenarnya tu daripada gel yang kita guna tu. Bagi aku, once kotoran tu dah terbentuk, aku rasa puas hati. Mungkin sebab aku rasa macam segala blackhead dah keluar MUHAHAHHA

Part yang aku suka is, lepas dah basuh muka, akan ada bau yang sangatlah lembut hasil daripada gel tu. Then, bila rasa kulit kita memang smooth je. Rasa macam, 'akulah manusia paling flawless' anddd kesan gel ni sangat cepat !! Sebab aku pakai taklah hari-hari, tapi sekarang, almost takdak. Gel ni jugak mengurangkan penghasilan minyak dimuka, thus menyusahkan jerawat untuk muncul. 



Harga untuk satu tube gel 30 ml ni lebih kurang RM15 sahaja. Tak la membebankan sangat untuk student macam aku.

Bagi aku takde kekurangan pun gel ni. Apalagi, jom grab satu sebelum raya and welcome to flawless club ~

-thes

You Might Also Like

1 comments

  1. Tenkiu dik for sharing..nnti boleh cuba cari kat retail pharmacy

    ReplyDelete

kindly leave your comment here ~ ppyong ~

Popular Posts