Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama by Teme Abdullah

February 08, 2019

Assalamualaikum ! So, selalunya aku post pasal movie, k-drama review je kan. Harini, aku nak buat review untuk buku pulak. Aku rasa janggal sikit nak type dalam bahasa melayu sebab selalunya buat review k-drama semua dalam english. So, bila nak tukar ke bahasa ibunda balik rasa pelik. Aku bukan rendahkan bahasa melayu, tapi sebab ganti nama untuk bahasa melayu ada banyak kan, so aku tak tahu which one yang lagi sesuai guna, aku ke, saya ke, sebut nama ke. So, aku decide untuk guna aku je.

Actually, buku ni sebenarnya adalah one of hadiah daripada 'Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru TEME' by S.K last year. Hadiahnya sampai hujung tahun 2018, 31 Disember haritu disebabkan few masalah teknikal. Selain buku ni, aku jugak terima dua buku lain yang juga hasil tulisan TEME, 'Arkitek Jalanan' dan 'Impian Jalanan'.

Secara jujurnya, aku dah lama tak beli buku, tak baca buku fizikal selain buku yang aku terpaksa baca. So, aku berjaya habiskan ketiga-tiga buku tulisan TEME ni dalam masa less than one week. Terasa wow gitu. Dah lama sangat tak beli  buku, rinduuu. So, bila dah dapat free, memang pulun habis la tiga buku. 

Okay, taknak buang masa, jom start review !

too lazy to add filtering, editing and all so this is raw version =P
Tajuk : Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama
Penulis : TEME Abdullah
Mukasurat : 352 pages
Penerbit : Iman Publication
Sinopsis :

Ilmu itu umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun, jika ia itu jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

Out of the three books yang aku dapat, this one memang aku baca last sekali. Sebabnya aku tak pernah baca penulisan TEME, so aku decide untuk baca dua buku yang dah dipublishkan lebih awal daripada buku ni. Bagi aku, penulisan TEME memang best. Especially untuk manusia macam aku yang malas nak fikir perkataan yang complicated.

Isu agama yang dibangkit dalam novel memang apa yang tengah terjadi dekat dunia ni. Sangat mendalam. Watak manusia yang cuba tegakkan agama dengan keadaan ditentang oleh mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. 

Based on introduction chapters, aku sangkakan timeline yang digunakan TEME ni masa zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dulu disebabkan gambaran suasana Madrasah Taming Sari ni. Tapi ada satu masa yang memerlukan pelajar madrassah keluar daripada madrasah, aku dah jad confuse dan akhirnya, aku conclude kan bahawa timeline dalam novel ni adalah pada masa hadapan. Pada masa yang aku sendiri tak tahu apa dunia ni akan jadi.

Untuk watak, aku ambil masa sikit nak sesuai kan diri dengan nama watak. Sebabnya, nama watak yang digunakan a bit unusual. Guna nombor. So, aku selalu lah jugak tertukar watak utama dengan sampingan. Tapi aku puji cara TEME pilih nama watak. Pendekatan yang dia gunakan ni mengingatkan aku dengan allahyarham P.Ramlee. Sebabnya ? well, both of them guna nama watak yang unusual supaya takde mana mana pihak terasa dengan apa yang mereka buat. Great job !

Last thing, plot. Bagi aku, plotnya biasa je, tapi aku rasa excited untuk teruskan pembacaan. Ingat senang ke nak tarik perhatian pembaca untuk baca apa yang kita tulis ? (just like how all bloggers are, me especially :')) Tapiiiii, aku agak tak puas hati dengan ending dia. Hish. Geram sangat ! Mereka yang menggunakan agama sebagai perisai peribadi masih berada di atas ! Haih. Harapnya adalah second book

To all bookworms, you should really really read this book. Worth your time ! 9/10

-thes

You Might Also Like

0 comments

kindly leave your comment here ~ ppyong ~

Popular Posts