Nur Nakhoda by Syzwns Khaled

 Assalamualaikum, good day dearest! Salam Jumaat semuanyaaa, weekend ni dah plan apa-apa ke? Aku semestinya di rumah sajaa hehe. 



Tajuk: Nur Nakhoda

Penulis: Syzwns Khaled

Mukasurat: 128 pages

Penerbit: Self-published

Terbitan: September 2021

e-ISBN: -

Format: PDF

Blurb: -


Nur Nakhoda membawa kisah dua insan yang hidup pada zaman dahulu kala. Zaman di mana kerajaan Melaka bernaung. Konsepnya menarik, ceritanya santai. Dan sebab ini adalah e-book percuma daripada penulis, aku tak mengharapkan cerita yang tiptop boom kebaboom.


Alkisahnya bermula bilamana Nur melarikan daripada beberapa orang, sebab apa aku kurang pasti. Dan bila dia tiba di hujung jeti dan takde tempat untuk dia melarikan diri melainkan masuk ke laut. Masa tula dia ternampak satu kapal yang perlahan-lahan keluar daripada pelabuhan dan lalu dekat dengan jeti tempat dia berdiri. Tak fikir apa dah, dia pun lompat ke atas kapal dan secara rasmi menjadi penumpang haram. Identiti dia terbongkar bila Nakhoda Kasturi nampak terperasankan 'objek' pelik dan membongkar tempat persembunyian dia.


Macam yang aku kata, konsep e-book ni menarik tapi sayangnya terlalu banyak perkara dalam penceritaan yang buatkan aku tak dapat nak enjoy baca e-book ni secara maksima. Daripada Nakhoda punya tindakan yang membuang Nur ke laut sebab ingat dia pengintip tapi pergi terjun laut selamatkan dia balik tanpa alasan, sampailah ke garis masa yang berlaku dalam e-book ni. Sangat mengelirukan aku.


Kalau nak aku point out semua perkara yang mengurangkan kadar kepuasan aku, mungkin akan menyinggung penulis jadi aku cerita yang aku rasa penting je. Bagi aku, dialog watak boleh ditambah baik lagi dari segi pemilihan kata yang sesuai dengan zaman tu. Memang susah untuk kita tahu sebaik mungkin macam mana tapi kalau boleh gunakan Bahasa Melayu klasik dan kurangkan penggunaan Bahasa Inggeris moden aku rasa lebih baik. Kadang-kadang terjumpa juga slang zaman sekarang dalam dialog watak walhal ceritanya zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Beberapa yang menyenangkan aku adalah perwatakan Nur tu sendiri. Dia seorang yang periang dan lain daripada gadis yang ada pada zaman tu. Aku rasa kalau dulu perempuan mesti semuanya akan di rumah dan pandai masak. Tipikallah kan. Zaman dolu-dolu tapi si Nur ni dah macam anak lelaki. Dia tak reti masak tapi hebat pulak bersilat. Aduhai. Yang si Nakhoda pulak, konon tak minat eh rupanya terlebih caring pulak. Siap kasi bubur sebab dia ingat Nur demam.


Regardless, cerita ni is a good attempt daripada penulis. Mungkin kalau e-book ni nak ditambahbaik, boleh la consider apa yang aku mention ni. E-book ni sangat sesuai untuk bacaan santai sambil melayan kegilaan Nur dan Nakhoda. Lagi satu, ada beberapa puisi yang ditulis dalam e-book ni yang buatkan e-book ni unik. Jadi, sekian dari aku.


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. Bukan senag nak terjemahkan dialog kalau melibatkan zaman lama.. Semoga penuli ambil maklum teguran ini dan buat penambahbaik..

    ReplyDelete