Monday 27 December 2021

Cinderella by Syu Ariani

December 27, 2021 7 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! 2021 dah nak habis niiii! oh myy. Aku ada few books more untuk tulis review taktahu la sempat ke tidak hukhuk.




Tajuk: Cinderella
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 508 pages
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Terbitan: September 2021
ISBN: 9789671910931
Blurb:

TENGKU ELYANA.

Dia, Cinderella berdarah. Cinderellah yang penuh noda, tidak seperti dongeng Cinderella. Dibelit rasa berdosa dan kisah silam, Elyana merasakan bahagia bukan miliknya. Tapi dengan kemunculan seseorang...

"Let's have a bet. Be my lover," - DEAN

Elyana tergemap. Lelaki itu tidak bercanda! Tapi Elyana juga takkan mampu nafikan yang Dean semakin mendapat tempat di hatinya!

DEAN.

Dia, Mr. Cinderella. Cinderella versi lelaki yang tak pernah diiktiraf ahli keluarganya, jauh sekali merasa kasih sayang. Tapi dengan adanya wanita itu...

"I pun bersyukur you ada dengan I, untuk I," - ELYANA

Sumpah hati Dean berbunga mekar! Pertaruhan tersebut tak lagi bermakna apa-apa kerana seluruh jiwa lelakinya sudah dimiliki Elyana!

Bahagia yang selama ini dicari kedua-dua Cinderella mula menampakkan sinar. Tetapi bilmana kisah lama dan dosa silam datang menghantui, juga rahsia dan pembohongan mula terbongkar, apa yang akan terjadi?

Apabila Cinderella berdarah dan Mr. Cinderella bertemu, akan adakah pengakhiran bahagia menanti mereka?


The review for the final book of Twisted Tales: Princess Series is here! Tengku Elyana, wataknya wujud daripada novel 'Anastasia'. Dean pulak mula muncul dalam 'Ursula'. And dalam 'Belle' pulak kita tahu  yang they get married. Yang kita tak tahu, kisah mereka. Maka, dalam Cinderella kita buka kisah mereka. Kalau taknak spoiler, novel ni kena baca last sekali, tau tau.

Walaupun kita dah tahu kisah El dengan Dean daripada novel sebelum-sebelum ni, there is still elements of surprise and plot twist. We all know yang Elle is a Cinderella, yang berdarah. And Dean? He' a Mr. Cinderella. Aku  tak expect kisah hidup Dean ni like this. That's why terasa wow centuuu. Tan Sri Hisyam is a cruel person. Rasa nak mengamuk je dengan diaa. But then sebabkan dialah Dean kenal Asyfa. And finally kita tahu how they met. Cute je. And disebabkan Tan Sri Hisyam jugalah Dean berani buat pertaruhan dengan El.

Kalau nak describe hero dalam series ni satu-satu, aku rasa Dean la yang paling sweet paling terasa macam player. Hampir Tengku Hadi nak jatuh daripada tempat pertama. Dengan Asy pun Dean ni dah sweet habis, caring habis, dengan El lagilah! Masa mula-mula dia ngorat El, comel je wehhhh kenot lah ceni.

As penulis dah mention, memang novel akhir ni kurang action scene and more to romance tapi tak bermaksud babak aksi tu kurang menyengat because it is! Lagi-lagi bila seseorang daripada dosa lalu El muncul membuat huru-hara. Manakan dengan rahsia yang El simpan lagi. Fuhh, berdebar-debar kita. Campur jugak action scenes yang dari buku sebelum-sebelum ni dengan perspektif berbeza, boom! Love it. 

Aku suka dengan ending novel ni. Sekaligus pun an end to the whole series. Cameo watak-watak  dalam novel sebelum especially Asyfa dengan dia punya nasihat memang kasi padu novel ni. And the whole timeline. Aku rasa wow gila. Cinderella is like summary daripada Anastasia(takde mention sangat sebab El is a villain there) sampailah ke Belle. So, overall, I am a satisfied customer. Huhu.






-thes

Sunday 19 December 2021

Dr. Alpha Male by Anjell

December 19, 2021 2 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Apa kabar semua? Aku tahu sekarang musim banjir and in fact sorang abang aku yang duk Shah Alam pun terjejas dengan banjir, rumah memang dah tak nampak apa dah... Tabahlah semua yang terima dugaan ni. I hope better things for all of us, Insya-Allah. Anyway, sebelum tahun ni berakhir, aku berazam nak publish semua draft #bookreview and to make sure reading goals aku tercapai tapi entah lah. We'll see.





Tajuk: Dr. Alpha Male
Penulis: Anjell
Mukasurat: 691 pages
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: Jun 2017
ISBN: 978967
Blurb:

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hati selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang yang sama dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada Si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang terjadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?



Pertama kali terjumpa dah ada sesi perli memerli. Disebabkan Hazel yang jenis cakap lepas hah, merasalah orang yang 'disembur' tiba-tiba jadi lecturer sendiri! Dan nasiblah nama yang unik menjadi tarikan. Sudahnya dia terpaksa menjadi rep untuk kelas Dr. Alpha Male! Tak cukup jumpa di universiti, balik kampung pun jumpa lagi! Kalini sebagai jiran merangkap anak lelaki kawan baik umi Hazel. Aduhai panjangnya jodoh. Kata uminya, kalau tak kerana Hazel ni tunangan orang, memang dia kenenkan dengan si Hilman!

Hazel ni watak yang bagi aku sangat lovable. Dah la kelakar, selamba, kuat pulak tu. That moment when she almost lose her chastity, dengan kenyataan bodoh tunang dia, Iwan yang konon tak nak kahwin dengan 'perempuan yang dah ditebuk tupai' dan kenyataan yang sebenarnya dia di-stalk, she remains strong. And she's stronger with Hilman on her side.

Hilman pulak memang lelaki idaman Malaya. Dialah pelindung Hazel, tak cukup dia ada dengan Hazel setiap masa, dia jugak latih Hazel untuk pertahankan diri. MMA fighter ni weh, tak payah susah-susah nak cari trainer lain. Favorite moment of Hilman? Masa kenduri kahwin Safura dengan Iwan. Hah, ambil kau setepek Hilman kantoikan skandal depa. Padan muka! Aku suka cara Hilman protect Hazel. Sweet in his own way.

Konflik dalam novel ni berfokus pada stalker. Dalam diam, ada yang stalk Hazel and make sure no man touch her. Scary betul stalker Hazel ni sampai sanggup cederakan mana-mana lelaki yang dekat dengan dia. Nasib baik lah knight n shining armor, Hilman sentiasa ada dengan Hazel. 

Side characters; Sabiha yang sekepala dengan Hazel ni menghiburkan lagi jalan cerita novel ni. Tambah pulak dengan si gorila kuning Hariz bertambah-tambah dia punya fun. Tak lupa jugak cameo Dheo from 'Dheo's'. Rasa macam hi Dheo, remember me????? Hehe. 

-thes

Friday 10 December 2021

Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar

December 10, 2021 6 Comments
 Assalamualaikum, good day dearest! Salam Jumaat barakah... Setakat ni memang review buku ajelah blog ni... Sis tak larat nak tulis benda lain, idea pun kering hukhuk. Tajuk-tajuk yang draft bertahun pun nak kensel je semua.




Tajuk : Tak Sempurna Mencintaimu
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 442 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Jun 2018    
ISBN : 9789674690830
Blurb : 

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ia menyakitkan. Hingga si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataanya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... Kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan." - SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." - MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" - SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit kau dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" - SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." - MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." - SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." - MELISA
"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." - SIRATUL
"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau...- MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namun adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bika perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.

Karya kedua daripada Rehan Makhtar yang aku baca. After 'Takdir Untuk Aku', aku mula sukakan penulisan beliau and bila aku baca novel ni, ya memang best karya RM ni.

Anyway, masa aku baca prolog dah terlintas, eh sad ending ke? Kenapa? Well, dah ditulis memang macam sad ending. Belum pernah aku baca novel melayu sad ending. And, awal-awal lagi dah buat drama air mata. Aku tak bersarkastik ya. Memang terasa betul sedihnya. Dengan nasib hidup Sirat ni, lepastu jumpa pulak dengan si sombong Taqim haih, nak termenangis jugaklah (tak nangis tau, kena la control ayu walaupun takde orang dalam bilik). 

Mustaqim, hero yang awalnya sangaaaaat rude, mendabik dada tinggi ya tapi rupanya dia baik hati, pemurah and taklah seteruk yang dia tunjukkan asalnya. Bak kata omputeh, don't judge the book by its cover. Aku suka dia punya character. Caring, sangat caring. And dia tak segan untuk tunjukkan kelemahan dia depan Sirat. 

And Siratul, favorite character aku. Bukan saja sebab dia heroin tapi sebab perwatakan dia yang hard not to love. Dia tegas setegasnya. Waktu dia pertahankan Wan (adik lelaki dia) depan Taqim waktu pertama kali jumpa, buat aku rasa wow. Lepastu, watak dia sangat matang every nasihat yang dia bagi dekat Taqim, terasa sampai ke hati. And the way dia berkorban untuk family dia lepas kematian ayah? Haih, memang tak boleh lawan. Kalau aku yang ada di tempat dia, tak sanggup rasanya.

Novel ni banyak guna bahasa kiasan.  Yang aku dapat tangkap tu, fahamlah. Tapi kalau yang tinggi sangat level kiasan tu, hah melepu la jugak aku kat situ. Tapi itulah yang bestnya, belajar benda baru. Lagi-lagi masa conversation Sirat-Taqim. Comel tahu tak! It's like, talking to yourself. Same wavelength. Faham each other. Ahhhh, want that want that.

And, tentang apa yang Taqim lalui sepuluh tahun lalu, memang agak misteri. Puas lah aku meneka. Tapi sangkaan aku memang meleset jugakla. Memang tak tersangka identiti si Melisa ni. Dan dia punya turn out tu, make sense sangat. Kalau tak masakan dia macam tu obses dengan Taqim.

Sad ending atau happy ending? Well, taknaklah spoil dekat situ. Cuma aku nak kata, memang banyak betul cabaran untuk Sirat-Taqim ni bersatu. Banyak betul halangan and setiap satu tu memang disusun cantik. Pace novel ni takah terlalu laju tapi tak juga slow, just nice  orang kata. Aku dapat habiskan pun dalam masa dua hari je. Hehe.







p/s: kalau one day baca novel ni, baca sekali part dedikasi ya. sekian dari saya, suraya comel.
-thes

Tuesday 7 December 2021

Kapal Terakhir Di Dunia Episod III by Teme Abdullah

December 07, 2021 4 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Finally sampai jugak dekat buku terakhir dalam siri KTDD nii.




Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 306 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Julai 2021
ISBN : 9789672459224
Related : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Blurb : 

"Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkata yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkata yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap..."

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoal timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?


Buku ketiga siri KTDD. Buku ketiga bermula dengan imbas kembali babak  di darat. Kali ini, bukan lagi daripada pandangan Aria tetapi pandangan Doha, wakil sektor kuning. Musabab Doha menyerang Aria dan Vanessa. Kewujudan pakatan yang ingin menjatuhkan Manusia Suci, perancangan mereka untuk menyerang dan... pengorbanan Vuk.


Compared to the first two books, buku ketiga ni banyak bermain emosi. First book aku rasa macam meh, second book aku rasa marah dan geram dan buku ketiga ni menjentik hati aku untuk rasa sedih. Aku rasa aku tak pernah menangis masa baca karya Teme but this one did it. Vuk... Satu karakter yang muncul hanya dalam buku pertama. Rupanya satu karakter yang sangat penting. Sedih gila baca apa sebenarnya yang jadi pada dia. Pengkhianatan Koh yang sebenarnya musuh dalam selimut memang tak terjangka. 


Outburst Aria. Babak yang paling memuaskan hati aku dalam siri KTDD. Aku sememangnya tertunggu-tunggu saat Aria meletup setelah rahsia demi rahsia yang dibongkarkan. Dan aku sangat-sangat puas hati bila dia mengamuk. Apa yang trigger dia? Well, bacalah sendiri, taknak la aku spoil kan semua.


Banyak review yang aku baca, tak puas hati dengan ending siri KTDD ni. Dan aku pun tak puas hati gak. Geramnya rasa! Terkilan pun ada jugak dengan cara Teme ended this whole series. Rasa macam nak buat petition untuk dia tulis sambungan aje. Nak kata open ending, aku tak nampak open. Geramlaaa.


Memangla ada possibility yang Aras Lantai akan bangkit menentang Manusia Suci lagi-lagi dengan pakatan rahsia tetap diteruskan dengan pimpinan muda, Tuan Yang Suci ke-27 tak ambil tahu hal Aras Lantai, dan Ana yang umpama bom jangka dengan setiap pengetahuan barunya. Tapi aku taknak possibility tu! Ahhh geram sangatttt. Dah la tak tahu apa yang jadi dengan Aria lepas pihak 'askar' hilangkan ingatannya. Ahh, kecewalah. 


Nasihat aku? Kalau dah baca buku first and second, bacalah yang third walaupun tak de closure yang close serapat-rapatnya, yang kita harapkan. Kalau belum, tepuk poket, tanya duit. Hehe, ikut koranglah nak baca ke tidak. Tapi aku rasa better bacalah, boleh geram sama-sama dengan aku. Hehe.

 

-thes

Friday 3 December 2021

Ayla Hanna by Syu Ariani

December 03, 2021 10 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Setelah berbulan-bulan daku peram e-book AH ni, berjaya jugaklah habiskan dalam masa sejam dua.






Tajuk: Ayla Hannah
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 421 pages
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Terbitan: Februari 2021
Format: e-book (PDF)
TELAH DITERBITKAN DENGAN TAJUK: Di Hatiku
Blurb: 

Dia suka menyendiri bersama lakaran busana, sesekali melempar pandangan pada Selat Johor. Dia simpan luka di hati tanpa berkongsi dengan sesiapa. Itulah Ayla Hannah.

Saat takdir pertemukan Hannah dengan Anaqi, Hannah mengerti sesuatu.

Mereka sama. Mereka tidak sempurna.

Namun dalam keterpaksaan itu, Hannah bahagia. Lily, Anaqi, Rizman dan Kaer tak pernah gagal menceriakan harinya. Tetapi...

"Aku nak kau kahwin dengan Thariq." - TUAN SALLEH

"AH Empire perlukan kau."- ATILIA

Insan-insan yang membenci dan dibenci Hannah seumur hidupnya, muncul menggangu ketenganan. Dia juga semakin diingatkan tentang asal-usulnya, tentang tarafnya yang sering dipandang hina.

"Pada aku, Hannah tetap sempurna." - ANAQI

Di penghujungnya nanti, tetap sempurnakah Hannah di hati Anaqi?

Kematian ibu angkatnya membawa Hannah kepada pangkuan keluarga kandung. Cumanya... kehadirannya langsung tak disenangi sesiapa kecuali atuknya, Tan Sri Abdullah. Namun setelah datuknya pula kembali ke rahmatullah, Hannah membawa diri ke selatan, jauh daripada manusia yang langsung tidak mahukan kehadirannya.

Melepak dekat KFC sambil melakar busana pengantin memang aktiviti favorite Hannah, dapat pulak kedudukan KFC tu berhampiran laut, memang mendamaikan hati yang lara. Lily, satu-satunya kawan baik yang Hannah ada tetapi selepas kebetulan yang membawa mereka mengenali tiga orang lelaki di majlis perkahwinan kawan lama menambah senarai kawan Hannah. Kaer, Rizman dan Anaqi.  Aku suka dengan persahabatan mereka.

Aku suka baca every one of their interactions. Lagi-lagi bila Rizman dengan Lily dah mula 'berperang'. Cute wehhh. Paling best masa Kaer duk mengadu dekat Nek Wan yang Hannah tak kasi dia dekat dengan Atilia apalah comel sangat Kaer ni!

Aku baca e-book ni lepas aku tengok movie 'A Way Station', dah melalak tengok movie tu hah ni sambung sedih baca e-book ni. Tak cukup dengan Hannah punya background, sekali Anaqi punya kisah silam pun tak kurang deritanya. 

E-book ni pendek je ceritanya tapi cukup padat. Untuk aku, kira dah lengkap dah. As for Anaqi dengan Hannah punya relationship, haih tak comel bukan hero-heroin kak syu lahhh. I kenot! Anyway, kalau nak dapatkan e-book ni aku mintak maaf awal-awal sebab tak salah aku kak syu dah tak ambil order sebab ia bakal dibukukan! Soooo, kalau nak jugak, hampa trylah bodek penulisnya, Syu Ariani. Hehe.

-thes

Kapal Terakhir Di Dunia Episod II by Teme Abdullah

December 03, 2021 8 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Seminggu lepas aku dah post dekat IG review novel ni... Ingatkan dah schedule this entry untuk post masa yang sama rupanya tak. Haiyaa





Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 339 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Mei 2021
ISBN : 9789672459187
Related : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, Kapal Terakhir Di Dunia Episod III
Blurb : 

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor akan turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor lain mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah. 

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa. 

"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.


Episod kedua siri KTDD bermula dengan Aria menyertai aktiviti dokking. Masa nilah Aria berkenalan dengan Jaro, wakil sektor hijau, Vanessa, askar yang bertanggungjawab memantau wakil-wakil sektor dan juga Doha, wakil sektor kuning.

Dari awal lagi aku dah boleh agak siapa sebenarnya Vanessa ni. Daripada dia yang berminat sangat nak berbual dengan Aria berbanding dengan sektor lain, rasanya agak jelas la identiti sebenar dia. Pace penceritaan mula pick up bila wakil sektor kuning tiba-tiba menyerang Vanessa dan Aria. Disebabkan Aria merupakan seorang pemburu yang arif tentang bahaya dunia luar, dia terpaksa bunuh kedua-dua wakil sektor hijau dan kuning dengan tanggapan mereka dapat virus mugor.

Tamat tempoh dokking, Aria kembali ke Sektor Biru. Tak cukup dengan trauma semasa di darat, kedatangan Maru yang mengapi-apikan keadaan Aria sedikit sebanyak mengganggu minda Aria. Keadaan Ana yang semakin merosot merisaukan Aria. Dan, saat Aria hampir dihapuskan, Vanessa datang dengan janji untuk menyembuhkan adiknya dengan syarat dia perlu naik ke Aras Atas. Dan demi Ana, Aria melangkah ke Aras Atas.

Kenyataan tentang Manusia Suci dan Aras Atas. Perit. Sangat perit. Setiap kali Vanessa memperkenalkan setiap tempat pada Aria, setiap kali tulah aku rasa macam nak campak aje buku ni. Geram amat tahu?! Dan disebabkan Vanessa dah jatuh suka pada Aria, dia butakan mata dan anggap Aria akan terima segala rahsia yang dia beritahu dengan senang hati. Ahhh, mungkin satu rahmat untuk manusia di Aras Lantai. Betullah orang kata love is blind. Satu per satu rahsia Bokor Vanessa ceritakan pada Aria dan nampaklah, manusia di Aras Lantai adalah hamba pada Manusia Suci. Lindung mereka? Jauh sekali. Aria pulak masih dengan fikiran positif, menyangka Tuan Yang Suci dan seluruh golongan Manusia Suci ada sebab kenapa ada perkara yang dirahsiakan. Terasa sangat naif watak Aria.

Jujur kata, aku banyak kali berhenti masa baca episod ii ni. Terasa sesak nafas memikirkan peri kemanusiaan yang langsung tak wujud dalam diri Manusia Suci. Bab terakhir, rahsia terbesar yang disorok oleh Manusia Suci menoktahkan episod ii siri KTDD. Rahsia yang mampu mengubah seluruh nasib manusia di Aras Lantai andai bukan rahsia. Aku jadi tertarik untuk habiskan keseluruhan siri KTDD ni sebab rahsia terakhir ni.



-thes

Friday 26 November 2021

A Way Station

November 26, 2021 8 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Ever since I start this new semester, the only post I ever made is #bookreview and that because I had them drafted before. So, today and until next week, it's midterm break people! Though, the break is only from classes and not quiz, assignments and all. So, to celebrate and officially begin my break I choose to watch a movie. And here is the review of it!



Title: A Way Station
Runtime: 101 minutes
Genre: Melodrama, Romance
Country/Language: South Korea/Korean
Director: Kim Jung Min
Writer: Kim Jung Min
Casts: Km Dong Joon, Kim Jae Kyung
Plot: 

Baek Seung Hyun and Han Ji Ah is a high school sweetheart and childhood friends. They have known each other since they are seven years old. Seung hyun believed that one day he will inherit the Alzheimer disease just like his mother. Ji Ah always cheer him up and told him that it may not happen. After graduation, they broke up as Seung Hyun did not want to continue his study and instead want to learn how to be a baker. Ji Ah then move to Seoul and they never contact or see each other again. After seven years, Ji Ah learnt that her stomach cancer from two years ago had recurred and it had worsen. Ji Ah then broke up with her boyfriend and move back to her hometown. She then met with her high school friends and reconnect with Seung Hyun.


 I came across a clip of this movie on Instagram and cried watching it. So, here we are. The movie started slow with the scenes where Seung Hyun and Ji Ah are still in high school and how they used to cut class just because Seung Hyun does not want to study. I especially loves the scene where they are at the abandon railway. It was such a beautiful scene with the shot, the background it was everything.

It was a little confusing for me at first as they change the scene abruptly. One moment it was them in high school, as sweet as they can be and the next they broken up and Ji Ah is now in a relationship with a coworker. Yeah, the seven years change feels a little rushed and messy.

However, after Ji Ah went back to her hometown, it gets better. I am loves every single moment when she's back in her hometown. Reconnecting with her friends, and Seung Hyun. How she hides her disease until it reveal itself and how she reject Seung Hyun again and again because she cares for him. 

Please expect a lot of tears when you are watching this drama because I cried really hard (all while folding cloths too). The moment when her mother finds out. When Seung Hyun's Alzheimer slowly came up. And that last moment he saw his wife alive and forgot his way home, damn it was really really sad. I can easily said that I cried for like the last half of the movie(which may or may not be my exaggeration).

The chemistry between casts are really great, especially the main leads, Kim Dong Hyun and Kim Jae Kyung. I only knows them as apart of second generation idol member but had never watch their works. They did an amazing job portraying their character especially Jae Kyung. I could really feel her pain with her all while she comforts Seung Hyun whenever he forgot something and beat himself up. Their two friends are also an amazing addition to this movie. Their characters are aiming towards light and laugh which they did a great job. Also the unexpected cameo of Ailee. I really did not see that coming. Though her character was just a filler and don't really adds anything but hey, great to see her!

Anyway, if you feels like crying and in need of a reason, go and watch this movie. I am highly recommending it, even though the ending is obvious but I really loves the ending with Seung Hyun as old as he can be and still remember her, just like how he said he will. So now, go watch and cry!



For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes

Saturday 20 November 2021

Dheo's by Anjell

November 20, 2021 14 Comments
 Assalamualaikum, good day dearest! I'm excited sebab dah nak cuti midsem wuhuuuuu. Ya Allah seksa sungguh nak habiskan 8 weeks ni. And for sure lepas mid break ni lagi busy masya-Allah. Anyway, nah review yang lama bertangguh




Tajuk : Dheo's 
Penulis : Anjell 
Mukasurat : 653 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Julai 2018
ISBN : 9789674690908
Blurb : 

Siapa sangka di sebalik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembaragan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

"You can't  have things for me. I'm out of your league." -DHEO HAN

Namun bagaikan ada magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti ada rasa dekat dalam hati. Bagaikan deja vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.

"Kenapa pura-pura tak kenal saya?" - NURISSA ROSE

"Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci." - DHEO HAN

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupa-rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?

Novel yang aku memang dah lama sangat nak baca. Daripada mula-mula keluar dulu tapi akulah pulak. Time nak beli novel punyalah payah nak decide dan sampailah sekarang. Aku tak belipun hehe. Ini novel pinjam ya anak-anak.

Permulaan novel hanya berfokus pada Rissa. Tentang dia yang sedar daripada koma yang setahun lamanya. Dia yang hilang ingatan dan tidak mengenal sesiapa. Sebelum perkenalan Rissa dengan Dheo, penceritaan agak slow. Makin tak sabar aku rasakan untuk mengenali Dheo.

Dan... setelah munculnya Dheo, memang seorang yang sangat misteri. Riak mukanya kosong, matanya dingin tak berperasaan. Aku sangat sukakan interaksi antara Dheo dengan Rose. Walaupun Rose hanya jadi personal housekeeper pada Dheo, tapi memang obvious yang Dheo terlebih care dengan dia. And Rose, of course, she likes him. Walaupun dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh suka dengan Dheo, sedangkan lelaki tu cold and demanding dengan dia. 

Slow burn romance. Serious nak tunggu part Rose dengan Dheo ni finally together, ya Allah lamanya. But, it was worth it, with all those secrets. Faktor utamanya dah tentulah kerana amnesia Rose. I love she slowly remembered. And once dia dapat balik memori dia, dang, sedih woi.  Tapi bila dah move on, weh, sweet nak mampus Dheo ni. Dasar pelakon lelaki terbaik. 

Side characters especially Fahim, Lucca, Arin, Arrayan add flavors to this book. Fahim dengan sengal dia aduhai tak menahan la. Asyik gelak je kalau ada babak dia. And Lucca? Setia dia hanya pada Dheo. And of course wajib mention cameo Hazel-Hilman, main characters dalam novel 'Dr. Alpha Male'. Aku pernah baca DAM ni tapi itulah tak berapa nak ingat ceritanya. Nantilah aku repeat balik since menang giveaway dapat sebuah buku ni. Hehe.

Since penceritaan dalam first pov, aku lebih faham watak Nurissa Rose berbanding Dheo. Just like Hazel (apa yang aku ingatlah) Nurissa punya monolog boleh tahan bengong jugak kadang-kadang , masuk air je hahaha. But it makes this book more fun.

And, walaupun aku happy dengan ending, there's part of me that's disappointed. Kenapa Fahim perlu mati? TT I kenot laaaa. His comment about dying for Rissa came true. Alahai, penatlah nak sedih untuk fictional charater ni (happy takpe).











p/s: yang aku guna kejap Rose kejap Rissa tu because Dheo called her Rose and never Rissa.


-thes

Friday 19 November 2021

Takdir Untuk Aku by Rehan Makhtar

November 19, 2021 6 Comments
 Assalamualaikum, good day dearest! Aku lupa lah nak schedule post ni walhal dekat IG dah post. Mess up nyaaaaa. Anyway, ni review novel kak RM yaa.




Tajuk : Takdir Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 655 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Julai 2017
ISBN : 9789674690540
Related title(s): Seseorang Untuk AkuDia Untuk Aku
Blurb : 

Ujian itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

"Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?" -  AMAD ZIYAD

"Tak... Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama..." - TERATAI NUR

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

"Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ni kau muncul jadi orang yang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa? - AHMAD ZIYAD

"Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas! - TERATAI NUR

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami... Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

"Siapalah yang nak terima orang yang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?" - TERATAI NUR

"Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!" - AHMAD ZIYAD

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

"Abang sudi jaga Atai..." - TAUUFIQ

"Saya serahkan hidup saya pada abang..." - TERATAI NUR

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun bila dia toleh ke belakang... Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur... Ini adalah takdir untuk dia.

Aku... Pernah baca novel ni rasanya. Mungkin hanya separuh jalan, sebab aku cuma rasa bab-bab awal sangat familiar. Novel ni menceritakan kisah hamba yang pernah tersalah langkah dalam harinya. Kerana keadaan, Teratai Nur terjebak dengan dadah. Namun kerana masih ada manusia yang baik, dia dihantar ke pusat pemulihan.

Dan Ziyad, seorang tentera laut yang berhidung belang. Pantang aje nampak perempuan cantik sikit, semua nak dicubanya. Datangnya ke Kelantan mengikut Taufiq untuk melawat tempat rakannya membawa dia kepada Teratai. Perkenalan yang begitu singkat sudah cukup membuatkan seorang Ahmad Ziyad galau. Tambah lagi apabila Teratai Nur sering menjauhkan diri daripadanya.

Aku sangat sukakan cara penulis menyusun cerita. Daripada present time yang diselang selikan dengan flash back sudah cukup memberi gambaran apa sebenarnya yang berlaku. Perkembangan watak pun sangat menarik. Walaupun Teratai bukan lagi Teratai yang dulu, dia masih simpan rasa takut menghadapi stigma masyarakat. Tapi itu tak bererti dia menerima bulat-bulat apa yang orang lemparkan pada dia. She stand for herself, and aku sangat suka itu.

Watak Ziyad pulak memang mudah buatkan aku senang. Daripada kesungguhan dia nak mengenali Nur dengan lebih rapat sampailah kecekalan dia bersama Nur. Aku suka watak dia yang penuh dengan kesabaran walaupun berkali-kali diuji. An absolute love! Paling penting, he fights for those he loves. 

Watak-watak sampingan terutamanya Tiani dengan Taufiq merupakan pelengkap dalam novel ni. Aku sangat sukakan persahabatan Tia dengan Teratai. Akrab sangat, aku pun rasa jeles dengan persahabatan dorang. Watak Taufiq pulak satu watak yang aku rasakan tak sempurna kalau takde. Dialah yang push Teratai dengan Ziyad, daripada awal sampailah akhir. 

Banyak babak yang aku rasakan sangat menyentuh hati dan ada babak yang membuatkan aku rasa sedih teramat. Lagi-lagi babak dimana Teratai relapsed angkara dendam. Perit rasa aku membacanya. When you give someone the benefits of the doubt and they prove the doubt, it hurts. 

Anyway, pengakhiran cerita sangat memuaskan hati aku. Setelah apa yang Teratai dan Ziyad lalui, memang padanlah bahagia untuk mereka. 


-thes

Sunday 7 November 2021

His Independent Girl by RD Athan

November 07, 2021 8 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Aku dah perap lama dah review novel ni. Asyik lupa je nak post. 





Tajuk : His Independent Girl
Penulis : RD Athan
Mukasurat : 479 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : Oktober 2017
ISBN : 978967087051
Blurb : 

"Apa yang kau dah buat pada Nadia ini, kau dah lebih Shasha." - Tengku Iffat
"Bukan salah aku. Semua ni berpunca daripada girlfriend kau sendiri" - Shasha
"Aku tak percaya Nadia buat semua ni. Aku tahu Nadia macam mana. Atau kau sebenarnya cemburu dengan hubungan kami, Nur Shasha Asyikin." - Tengku Iffat
"Aku? Cemburu? Helloo! Buka mata itu bagi luas sikit. Kau siapa nak jadi boyfriend aku." - Shasha

Tengku Iffat dan Shasha, seperti musuh apabila berjumpa. Shasha seorang pelajar yang berani dan berdikari sehingga digelar iron lady segelintir pelajar universitinya. Tengku Iffat yang memang telah lama menyukai Shasha kerana sikap Shasha yang independent tetapi sebaliknya bagi Shasha kerana sikap open relationship Tengku Iffat bukan pilihannya. Namun, kecurangan Nadia dan kemunculan Najwa membawa pertemuan demi pertemuan dan merapatkan hubungan mereka berdua.

"Kau kenapa?" - Shasha
"Kenapa apa pulak?" - Tengku Iffat
"Tu yang kau senyum tak tentu pasal kenapa?" - Shasha
"Laa, takkan aku senyum pun tak boleh. Kan senyum tu satu sedekah." - Tengku Iffat
"Tak boleh!" - Shasha
"Kenapa pulak? Bibir aku, suka hati akulah." - Tengku Iffat
"Kau senyum, hati aku yang tak tentu." - Shasha

Apabila Shasha secara tidak sengaja berkata begitu, Tengku Iffat semakin yakin  bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan. Hatinya kuat untuk tidak mensia-siakan peluang yang muncul tanpa disangka.

Namun permulaan hubungan baik Tengku Iffat dan Shasha tidak disukai oleh Najwa. Najwa yang dianggap adik oleh Shasha dalam diam menaruh hati kepada Tengku Iffat.

Berjayakan Tengku Iffat melepaskan diri daripada Najwa? Adakah Najwa masih berdendam dengab Shasha setelah semuanya terbongkar? Dapatkah Tengku Iffat memiliki hati His Independent Girl setelah semua yang terjadi?


Kisah Tengku Iffat dan Shasha yang berada di semester akhir di Cambridge University. Walaupun sama-sama memegang jawatan tertinggi dalam persatuan MPP mahasiswa Malaysia, mereka selalu aje bercanggah pendapat. Perang masa meeting? Perkara biasa. 

Watak Shasha, nak kata independent bagi aku memang independent tapi macam tak berapa kena dengan situasi. Almaklumlah, dah tentu kau belajar di luar negara, tak pandai berdikari aku rasa susah nak survive to last semester. She's more to bold, outspoken and assertive. Dan dia, hmm a very violent person. Character dia memang lain daripada yang lain tapi aku tak berapa gemar. Too violent. Aku sangat tak sokong tindakan dia pergi serang Nadia sampai berdarah, luka-luka bagai bila dia dapat tahu Nadia and the gang buli Najwa. Sure, an eye for an eye tapi entahla aku rasa extreme sangat pula.

Watak Tengku Iffat pula sangat mesra alam. Rajin beramah mesra dengan semua orang (oh kecuali Shasha walaupun dia suka kat Shasha), dan disebabkan peragai terlebih ramah dia nilah dia menjadi kegilaan gadis-gadis Malaysia di bumi Cambridge, termasuklah Najwa, pelajar tahun pertama di universiti tu. Lepas cinta Iffat dikhianati Nadia, dia mula nak tarik perhatian si Shasha. And perkara ni tak disenangi Najwa. Dan bermulalah episod cubaan menghapuskan Shasha.

Beside watak utama, watak kawan-kawan rapat si Iffat dengan Shasha di Cambridge ni menceriakan lagi suasana belajar di perantauan. I love their friendship, always got each others back. Plan nak menjatuhkan Najwa, memang antara momen yang paling best dibaca. Tapi sayang, watak mereka tak berapa berkembang. Watak sampingan yang kekal dikembangkan cuma Nadia, ex-girldriend Iffat.

Separuh novel menceritakan kisah mereka di Cambridge and jujur, banyak sangat yang berlaku. Pace penceritaan separa awal agak laju dengan macam-macam event yang jadi. Separuh akhir merupakan time skip selepas empat tahun di mana Shasha dan Iffat dah pun berkahwin selama enam bulan, dah start bisnes. Dan, lagi sekali muncul si Najwa. Aku sebenarnya tak faham Najwa ni obses dengan Iffat ataupun Shasha? Sampai buat operation supaya nampak macam Shasha. Belum kira konflik keluarga Tengku Iffat yang tiba-tiba muncul. 

I'm not sure how to express myself masa baca novel ni. Dia punya konflik tu, never ending. And semuanya kerana Najwa tapi semua rancangan si Najwa ni tak berjaya, except for the last one yang sipi-sipi nak berjaya tapi hilang nyawa terus. Aku kalau boleh nak jugak tengok Najwa ni kena sumbat dalam tanjung rambutan. Tapi wataknya dimatikan pulak. Aku rasa macam better takde watak Najwa ni but then, it's not my story to be told. At one point, aku rasa watak Najwa ni pathetic sangat.


-thes

Thursday 28 October 2021

Thoughtless Thursday #037

October 28, 2021 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! How are you guys doing? I'm trying to get myself to be more active on blog but it's hard for me to sit in front of laptop for a long period of time. Anyway, this entry will be just me, ranting my words off.


For almost four months, I finally went out from my house, not like out outside but like out out. Its been too long, yes, I am aware but with the PKP, my ride and everything, I just found it easier to be home, even though it's driving me crazy. So, when I am out and going to shopping (though I prefer to be in nature but I'll take what I can), Eco Shop is a must visit. Even though there's no need for me to go. So, while I was choosing water bottle, one Chinese aunty suddenly came to me, holding a pair of plastic slipper, you know those selipar Jepun and said something that I can't understand, at all. It wasn't Malay, nor English and maybe it was Chinese but I, despite taking Mandarin for one semester back in diploma, I can't understand her.

source: Google result on 'money hand gesture'


However, she had that hand gesture. The money hand gesture. So I concluded that she asked me for some money.  And I just gave her RM5. Then, she went her way. Then I continue my shopping and when I queued at the cash register, I could still see that same Chinese aunty went from one person to another holding yet another item in her hand, asking for money.


My questions are, did she really have no money? Or is she taking advantages on people's kindness? Did I regret giving that mere RM5 to her? Long story short, while waiting for my friend, Ani in the car, I saw that aunty riding her bicycle with few items in the front basket in the plastic bag on her way to home.


Ani who saw that I gave money to the aunty and also witness her asking money from other people said that the aunty might be taking advantage of people. Maybe she is and I might be one of the people she took advantage on. When I asked why she think so, she said, "Her cloths look well, and if she had no money, why would she went inside the shop n the first place?" to that, I have no answer.


So, back to my questions. Did she really have no money? Well, I will never find out. As I only gave her RM5, she could only bought 2 item at most from Eco Shop. And if there's anyone gave her more then she can buy more. Second, is she taking advantages on people's kindness?  I have no definite answer to this question too. If she did, I hope that will be the last time and if no, I hope she can survive for the coming days. And lastly, did I regret giving that mere RM5 to her? The answer is no. I will never know what that mere RM5 will gave me in the future, what kindness, what advantage, what benefits it might came to me in the future. Maybe yes, that aunty really take advantage on people but what if she's not? What if she really had no money? What if she no one she can depend on and that was her only way of surviving? Guess we will never find out.


Here, I am not by any means highlighting that I am a kind person (it was RM5 not RM500 or more). What I am trying to say is, if we have the opportunity to help  others, do help. Even if the help is so small that even a dust can compare. We will never know what benefits will that help we gave others will came back to us like. What goes around, comes around. What you give, you get back. 


-thes

Tuesday 19 October 2021

Sayang I'm Yours by Nina Kamal

October 19, 2021 9 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! I forgot to schedule this entry and jadilah pagi buta ni post entry muehehehe (baru lepas cari maklumat untuk assignment kena hantar hari Jumaat ni hukhuk). Anyway, nah review novel lagi. 





Tajuk : Sayang I'm Yours
Penulis : Nina Kamal
Mukasurat : 579 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : Disember 2016
ISBN : 9789670870304
Blurb : 

"Errr... Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran." - NAJIHAH
"Saya tahu." - IMRAN

Terpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya dalam sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.

Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dibenci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu .

"Macam mana Misya tauh Kak Jia tak suka abang?" - IMRAN
"Misya tanya tadi." - MISYA
"Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak dah pun." - IMRAN
"Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang." - MISYA

Apabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!

"Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini." - IMRAN

Adam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia tekad. Demi Jia, dia akan tetap mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.

Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernha berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!

Permulaan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Apa yang berlaku pada Najihah sampaikan ibu bapanya dipanggil ke sekolah? Kenapa dia langsung tak mahu buka mulut tentang apa yang jadi? Macam-macam andaian aku buat. Dia bunuh orang ke? Dan adakah orang tu Haikal? 

Lapan tahun mengubat luka, Jia berjumpa lagi dengan lelaki yang menghancurkan hidupnya, Imran. Kalau dahulu dia tak tahu nama lelaki tu,kini dia tahu. Lagi haru bilamana lelaki tu merupakan boss barunya. Apa dan mengapa dirinya dihukum, Jia sendiri tak tahu. Tapi, bila ditanyakan pada penghukum, sepi je yang Jia terima. 

Awalnya, aku terasa banyak sangat watak yang diperkenalkan. Dah ada Jia, lepastu Joanna, Suria. Masuk je keluarga Imran, makin banyak nama-nama baru! Nasib baik juga nama mereka ni sangat kontra tak sipi-sipi yang boleh membuatkan aku tertukar-tukar watak.  Tambah pulak ayah Imran ni kahwin empat hah, memang meriah la keluarga. 

Aku suka sangat dengan watak Jia ni. I love how dia mulanya marah, mengamuk, memberontak setiap kali Imran cari pasal dengan dia. Tapi bila dia mula rasa tak kisah, dia sedar yang she truly have forgive him for what he did. Tapi memaafkan tak bermakna Jia sukakan Imran. Dia still annoyed kalau Imran buat something out of impluse (i.e: bawak Jia balik rumah family di Johor tapi Jia ingatkan dorang nak jumpa client).

Watak Imran ni bagi aku comel jugak la. Kuat cemburu pun ya. Pantanglah  Jia ni bercakap gelak ketawa dengan lelaki, mula la dia punya perli-perli tu. Memang obvious betul dah jatuh sayang pada perempuan yang dia aniaya dulu. Tapi sayang, kerana cemburu dia jugaklah Jia larikan diri. Padan muka Imran.

Antara sebab aku baca novel ni adalah kisah silam Jia dengan Imran. Tentang apa yang jadi. Lapan tahun Jia dibuang keluarga, kenapa? Sayangnya part ni cuma diceritakan apa yang jadi. Yang aku tak faham, macam mana si Imran ni boleh kaitkan kemalangan Haikal dengan Jia. Sekalipun Anita yang bawak mulut kata Jia ni girlfriend Haikal(not Jia tapi bestfriend Jia, Suria), lepastu apa kaitan dengan kemalangan Haikal? Halah pening acik pikir. Dan paling memeningkan kepala aku adalah timeline kemalangan Haikal, apa yang jadi dekat Jia and bila Haikal dengan Suria ni kahwin. Sebab Suria ada anak umur lima tahun katanya anak Haikal tapi Haikal dah meninggal dekat 8-9 years, considering Jia menderita disebabkan kematian Haikal. Dan disebabkan terlalu confusing, aku anggap penulis tak perasan jelah pasal umur anak Suria tu.

Endingnya? Okaylah, tak klise dengan si heroin pregnant. Jia siap bagi proposal business dekat Imran untuk dia check. Kelakar aje. Pace penceritaan sangat santai tapi taklah sampai tahap bosan. It's enjoyable.

-thes

Saturday 9 October 2021

Bidadari Tanpa Sayap by Ezza Mysara

October 09, 2021 13 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Aku actually plan untuk tulis review k-drama yang aku dah tengok tapi haih rasa macam kena tunda je dulu segalanya. Hence, review novel jelah yang aku dulukan. Ini pun sebab memang dah habis type berbulan lepas hehe.


Tajuk : Bidadari Tanpa Sayap
Penulis : Ezza Mysara
Mukasurat : 798 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
Terbitan : April 2019
ISBN : 9789672102854
Blurb : 

Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan Adam untuk aku. - Maya

Satu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.

Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya, Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas.

"Aku takutkan budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku." - AJ

"What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau  bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!" - DEEJA

"Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!" - AJ

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk membesarkan Adam. Deeja bukan sahaja perlu berdepan dengan tohmahan masyarakat, dia juga perlu menepis kebencian ayahnya yang melarang dia untuk terus menjaga Adam.

"Kalau kau dah gatal sangat nak jadi ibu, biar aku carikan kau laki. Masa tu, kau jagalah anak sendiri! Tak payah sibuk nak jaga anak orang yang dah tentu-tentu tak sah taraf!" - ENCIK YAACOB

Dugaan silih berganti namun AJ tak pernah berganjak dari sisi. Lamaran yang diterima membuatkan Deeja dijamah rasa terkejut.

"Why me? Why do you want a broken person like me?" - DEEJA

"Well... I'm not here to fix you. Aku di sini untuk berkongsi beban bersama kau, itu aje." - AJ

"You got a terrible mind, AJ" - DEEJA

Ada sesetengah cerita dipendam kerana ia terendam dengan duka. Berkongsi hidup bermakna mereka perlu berkongsi rasa sakit bersama. Apakah rahsia yang tersimpan disebalik fobia yang AJ alami? Mampukah seorang Deeja membantu AJ untuk sembuh? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Adakah Maya akan pulang menuntut si kecil?


Deeja, satu-satunya puteri dalam keluarga dan kerana itu dia sering dibandingkan dengan adik beradik lelakinya yang lain oleh ayahnya. Apapun yang Deeja buat, ayahnya tak pernah suka. Walaupun terbiasa dengan sindiran si ayah, hatinya tetap sakit. Siapa je yang suka dibandingkan dengan orang lain? Aku pun tak suka. AJ, teman sekerja Deeja. Teman setaman perumahan. Disebabkan AJ menjumpai purse Deeja yang hilang, AJ minta Deeja carikan kerja untuk dia. Maka, jadi seorang penghantar bungalah seorang AJ. 

Novel ni lengkap segalanya bagi aku. Mula dengan prolog yang agak misteri, siapa lelaki yang Deeja jumpa di pelancaran buku Shinyu sampai macam tu sekali pedas berkata-kata? Masuk chapters, mulalah kisah Deeja, di kedai bunga. Pantang aje berjumpa dengan AJ, memang berperang. Dua-dua kalau bercakap tak mahu mengalah. Nasib ada si Naim yang redakan keadaan. Tapi, tatkala Deeja menerima amanah untuk menjaga Adam, si montel yang ditinggalkan ibu, AJ lah yang sentiasa bantu Deeja.

Aku sukakan flow hubungan Deeja dengan AJ. Dalam berperang mulut, tetap saling  membantu, lagi-lagi AJ. Adanya Adam, makin rapat hubungan Deeja dengan AJ. Tak kira apa bantahan yang Deeja  kemukakan, AJ tetap tegas untuk bantu. Bak kata AJ, bukan Deeja sahaja yang nak kumpul pahala free. Dan, dengan kehadiran Adam jugalah rahsia seorang AJ terbongkar. Dia pedophobia! Ini juga satu misteri. Kenapa AJ takutkan budak sedangkan, tu budak, yang tak mampu buat apa. Masa mula-mula lepas nikah, ya Allah sampai ke aku rasa awkward si Deeja dengan AJ ni nak membahasakan diri. Maklumla, sepanjang perkenalan selamba je kau-aku, ni dah kahwin kenalah sopan sikit.

Novel ni banyak memberi fokus pada konflik keluarga. Deeja yang dari kecil cuba mencari perhatian si ayah, AJ yang sentiasa mahukan kasih sayang si ibu, Adam yang ditinggalkan ibu kandung. Bagi aku, memang tak patut betul ayah Deeja ni bandingkan dia dengan adik beradik lelaki. Geram je baca part yang ada Encik Yaacob. Dahlah Deeja nak sambung belajar dia tak kasi, katanya result tak sebagus yang lain, buat bazir duit saja. Dah Deeja kerja, dipertikai pulak hanya kerja di kedai bunga. Alahai ayah! Nasiblah hanya ayah yang layan dia macam tu. Dan bila Deeja buat keputusan untuk jaga Adam, lagilah mengamuk orang tua tu. Konflik hubungan Deeja dengan AJ hanya  muncul towards the end. Disebabkan ibu AJ, Deeja terpaksa kotakan janji. Terlanjur kata. Bengang jugak aku sebab Deeja ni ikut aje. Cubalah berhelah sikit ke apa ke. 

Aku suka gaya penulis yang banyak gunakan metafora? Simile? Kata madah?  Ah, aku tak tahu la  nak kategorikan sebagai apa. Satu contoh yang aku ingat, penulis ceritakan satu pandangan kasut tentang cinta. Kalau ikutkan teks asal memang panjanglah huraian yang ada tapi yang aku ingat, jadilah seperti kasut dalam perhubungan, jika tiada yang kanan, yang kiri tak bermakna lagi. And satu lagi, jadilah seperti kasut, sentiasa bergerak seiring, tidak saling memijak.

Selain kisah Deeja-AJ ni, ada juga terselit kisah Leo-Alya watak fiksyen oleh penulis Shinyu yang menjadi kegilaan si Deeja. Cerita dalam cerita. Dengan aku aku terjebak nak tahu ending Alya-Leo tapi memang takde la kan. Mulanya, aku ingatkan si AJ ni la Shinyu sekali eh bukan. Aku suka cara penulis twist identiti Shinyu. Nak tahu pergila baca sendiri hehe.


-thes

Monday 4 October 2021

Kapal Terakhir Di Dunia Episod I by Teme Abdullah

October 04, 2021 2 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Apa khabar semuanya? Lama dah aku tak menaip guna laptop. Janggal rasanya. Kenapa? Well, nantilah aku cerita. Malam ni nak cerita reviu buku ni dulu.





Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 338 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Mei 2021
ISBN : 9789672459170
Related : Kapal Terakhir Di Dunia: Episod II, Kapal Terakhir Di Dunia: Episod III
Blurb : 

Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing  - termasuklah Aria dan adiknya.

Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.

Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.

Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya.

"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."


Buku ni antara buku yang aku nantikan kelahirannya sejak Teme umumkan buku baru. Since baca karya Teme pada tahun 2018, aku sangat tertarik dengan karya beliau. Anyway, buku ni merupakan buku pertama dalam Siri Kapal/KTDD dan ia mengisahkan dunia yang jauh kehadapan, dunia di mana manusia tidak lagi hidup senang-lenang tapi dunia di mana manusia harus survive demi kelansungan tamadun manusia. 

Aku salute Teme for the idea of this book. Release pulak waktu pandemik yang mana kita semua perlu dikuarantin memang terasa kena sangatlah kan. Ada perkataan yang Teme guna terasa sangat asing bagi aku. Contohnya dokking tadi, mugor (musuh Bokor yang satu ketika dulu manusia tapi tidak survive), Bokor tu sendiri satu perkara yang sangat asing. Pemilihan nama watak pun sangat unik. Masa mula-mula baca blurb aku ingatkan Aria ni perempuan, hah, jokes on me, dia remaja lelaki. Paling unik aku rasakan nama Koba. No special or specific reason just aku rasa klasik nama tu. 

Aku taktahu kenapa tapi aku suka sangat dengan naratif dua perenggan pertama bab 'Matahari Tak Wujud'. Entahlah, rasa macam poetic pun ada juga. Awal penceritaan lebih kepada perkenalan Bokor juga setiap watak yang ada, terutamanya Aria, watak utama, Ana, adik kepada Aria, Vuk, ayah Aria yang juga pemburu yang amat disegani dalam Sektor Biru dan banyak lagilah.

Honestly, aku rasakan buku kalini agak flat penceritaannya. Mungkin disebabkan buku pertama ni lebih fokus pada pengenalan Bokor dan isinya. Sayangnya, banyak info yang aku rasakan diulang berkali-kali. Contohnya macam info tentang kiub protein yang diproses hancur lalu dikeringkan agar tahan lama, memang sampai ke tengah buku masih ada lagi info ni.

Plot mula berkembang selepas more or less 70% buku, bilamana Vuk, bapa kepada Aria dan Ana melanggar peraturan Bokor. Dan siapa yang menjadi dalang kematiannya? Benarkah dia membunuh diri? Atau dia dibunuh? Entah, aku sendiri tertanya-tanya. 

Dan ending buku pertama Siri KTDD membuatkan aku persoalkan intention sebenar Chif Biru (ketua Sektor Biru)  mendedahkan nama Aria dan melantik Aria sebagai wakil Biru untuk aktiviti dokker, nak pergunakan Ariakah? Dokker tu apa? Melalui pemahaman aku, dokker ni orang yang bertanggungjawab membantu semasa kapal berlabuh. Tugas specific aku tak pastilah, kena baca next book pulak. Aku rasa root word yang Teme gunakan is dock. Aku rasalah, jangan marah aku pulak kalau rasa aku ni salah. Kalau betul wow ilmu kelas freight forwarding masih segar dimindaku.

Apa nasib Aria selepas 'mengorbankan' diri dia sendiri di depan satu Sektor Biru? Betulkah tindakan dia? Dan kenapa Waris Kedua tertarik dengan Aria? Mengapa?

Aku baru je habiskan bacaan petang tadi jadi mungkin untuk KTDD II akan lambat sikitlah review-nya. Lagilah ni aku dah start semester baru ni, memang tak menentulah jawabnya.

-thes