Assalamualaikum, good day dearest! Apa kabar semua? Aku tahu sekarang musim banjir and in fact sorang abang aku yang duk Shah Alam pun terjejas dengan banjir, rumah memang dah tak nampak apa dah... Tabahlah semua yang terima dugaan ni. I hope better things for all of us, Insya-Allah. Anyway, sebelum tahun ni berakhir, aku berazam nak publish semua draft #bookreview and to make sure reading goals aku tercapai tapi entah lah. We'll see.
Tajuk: Dr. Alpha Male
Penulis: Anjell
Mukasurat: 691 pages
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: Jun 2017
ISBN: 978967
Blurb:
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai."Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAHWow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung."Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAHKena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya."Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZELDan beberapa hati selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang yang sama dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada Si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.Rupa-rupanya apa yang terjadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya..."I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAHNamun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Pertama kali terjumpa dah ada sesi perli memerli. Disebabkan Hazel yang jenis cakap lepas hah, merasalah orang yang 'disembur' tiba-tiba jadi lecturer sendiri! Dan nasiblah nama yang unik menjadi tarikan. Sudahnya dia terpaksa menjadi rep untuk kelas Dr. Alpha Male! Tak cukup jumpa di universiti, balik kampung pun jumpa lagi! Kalini sebagai jiran merangkap anak lelaki kawan baik umi Hazel. Aduhai panjangnya jodoh. Kata uminya, kalau tak kerana Hazel ni tunangan orang, memang dia kenenkan dengan si Hilman!
Hazel ni watak yang bagi aku sangat lovable. Dah la kelakar, selamba, kuat pulak tu. That moment when she almost lose her chastity, dengan kenyataan bodoh tunang dia, Iwan yang konon tak nak kahwin dengan 'perempuan yang dah ditebuk tupai' dan kenyataan yang sebenarnya dia di-stalk, she remains strong. And she's stronger with Hilman on her side.
Hilman pulak memang lelaki idaman Malaya. Dialah pelindung Hazel, tak cukup dia ada dengan Hazel setiap masa, dia jugak latih Hazel untuk pertahankan diri. MMA fighter ni weh, tak payah susah-susah nak cari trainer lain. Favorite moment of Hilman? Masa kenduri kahwin Safura dengan Iwan. Hah, ambil kau setepek Hilman kantoikan skandal depa. Padan muka! Aku suka cara Hilman protect Hazel. Sweet in his own way.
Konflik dalam novel ni berfokus pada stalker. Dalam diam, ada yang stalk Hazel and make sure no man touch her. Scary betul stalker Hazel ni sampai sanggup cederakan mana-mana lelaki yang dekat dengan dia. Nasib baik lah knight n shining armor, Hilman sentiasa ada dengan Hazel.
Side characters; Sabiha yang sekepala dengan Hazel ni menghiburkan lagi jalan cerita novel ni. Tambah pulak dengan si gorila kuning Hariz bertambah-tambah dia punya fun. Tak lupa jugak cameo Dheo from 'Dheo's'. Rasa macam hi Dheo, remember me????? Hehe.
-thes
2 Comments
Suka betul bila penulis pandai selitkan watak dari novel beliau yang lain dalam novel terkini dia..
ReplyDeletekannn! rasa macam jumpa kawan lama jee hehe
Delete