Assalamualaikum, good day dearest! I'm excited sebab dah nak cuti midsem wuhuuuuu. Ya Allah seksa sungguh nak habiskan 8 weeks ni. And for sure lepas mid break ni lagi busy masya-Allah. Anyway, nah review yang lama bertangguh
Tajuk : Dheo's
Tajuk : Dheo's
Penulis : Anjell
Mukasurat : 653 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Julai 2018
ISBN : 9789674690908
Blurb :
Siapa sangka di sebalik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembaragan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya."You can't have things for me. I'm out of your league." -DHEO HANNamun bagaikan ada magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti ada rasa dekat dalam hati. Bagaikan deja vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu."Kenapa pura-pura tak kenal saya?" - NURISSA ROSE"Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci." - DHEO HANJadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupa-rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?
Novel yang aku memang dah lama sangat nak baca. Daripada mula-mula keluar dulu tapi akulah pulak. Time nak beli novel punyalah payah nak decide dan sampailah sekarang. Aku tak belipun hehe. Ini novel pinjam ya anak-anak.
Permulaan novel hanya berfokus pada Rissa. Tentang dia yang sedar daripada koma yang setahun lamanya. Dia yang hilang ingatan dan tidak mengenal sesiapa. Sebelum perkenalan Rissa dengan Dheo, penceritaan agak slow. Makin tak sabar aku rasakan untuk mengenali Dheo.
Dan... setelah munculnya Dheo, memang seorang yang sangat misteri. Riak mukanya kosong, matanya dingin tak berperasaan. Aku sangat sukakan interaksi antara Dheo dengan Rose. Walaupun Rose hanya jadi personal housekeeper pada Dheo, tapi memang obvious yang Dheo terlebih care dengan dia. And Rose, of course, she likes him. Walaupun dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh suka dengan Dheo, sedangkan lelaki tu cold and demanding dengan dia.
Slow burn romance. Serious nak tunggu part Rose dengan Dheo ni finally together, ya Allah lamanya. But, it was worth it, with all those secrets. Faktor utamanya dah tentulah kerana amnesia Rose. I love she slowly remembered. And once dia dapat balik memori dia, dang, sedih woi. Tapi bila dah move on, weh, sweet nak mampus Dheo ni. Dasar pelakon lelaki terbaik.
Side characters especially Fahim, Lucca, Arin, Arrayan add flavors to this book. Fahim dengan sengal dia aduhai tak menahan la. Asyik gelak je kalau ada babak dia. And Lucca? Setia dia hanya pada Dheo. And of course wajib mention cameo Hazel-Hilman, main characters dalam novel 'Dr. Alpha Male'. Aku pernah baca DAM ni tapi itulah tak berapa nak ingat ceritanya. Nantilah aku repeat balik since menang giveaway dapat sebuah buku ni. Hehe.
Since penceritaan dalam first pov, aku lebih faham watak Nurissa Rose berbanding Dheo. Just like Hazel (apa yang aku ingatlah) Nurissa punya monolog boleh tahan bengong jugak kadang-kadang , masuk air je hahaha. But it makes this book more fun.
And, walaupun aku happy dengan ending, there's part of me that's disappointed. Kenapa Fahim perlu mati? TT I kenot laaaa. His comment about dying for Rissa came true. Alahai, penatlah nak sedih untuk fictional charater ni (happy takpe).
p/s: yang aku guna kejap Rose kejap Rissa tu because Dheo called her Rose and never Rissa.
-thes
14 Comments
pei pan yang semangat nak baca hari tu... 3 mukasurat pertama je sudahnya..pastu tak sempat dah
ReplyDeletehahahaha biasalahhh bnyk lagi benda penting nak buatt
DeleteAdakah Dheo org yg melanggar Rose?
ReplyDeleteuwuuu tapi ammi salah sebb dia pun dalam kereta dgn rose masa kemalangan
Deletesaya pun dah lama tidak mmembaca novel
ReplyDeletemarilah mula membaca semulaa
Deletebest juga layan novel
ReplyDeletekaya dengam kosa kata dan bahasa yang indah-indah
selain itu menyelit mesej yang best
betul tuu
Deleteokay nasib tak ada spoiler sangat. Tunggu tahun depan la baca. Haha
ReplyDeletehahahaha tahun depan tinggal beberapa hari je nii hukhuk
DeleteAduh!! Menggoda betul review ini.. hehehe..
ReplyDeletemacam nak kena baca juga je..
hahaha baca kaksyaaa jangan x baca!
Deletemam suka jalan cerita macam ni
ReplyDeleteyg ada selit thriller sesikitt
Delete