Takdir Untuk Aku by Rehan Makhtar

 Assalamualaikum, good day dearest! Aku lupa lah nak schedule post ni walhal dekat IG dah post. Mess up nyaaaaa. Anyway, ni review novel kak RM yaa.




Tajuk : Takdir Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 655 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Julai 2017
ISBN : 9789674690540
Related title(s): Seseorang Untuk AkuDia Untuk Aku
Blurb : 

Ujian itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

"Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?" -  AMAD ZIYAD

"Tak... Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama..." - TERATAI NUR

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

"Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ni kau muncul jadi orang yang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa? - AHMAD ZIYAD

"Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas! - TERATAI NUR

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami... Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

"Siapalah yang nak terima orang yang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?" - TERATAI NUR

"Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!" - AHMAD ZIYAD

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

"Abang sudi jaga Atai..." - TAUUFIQ

"Saya serahkan hidup saya pada abang..." - TERATAI NUR

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun bila dia toleh ke belakang... Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur... Ini adalah takdir untuk dia.

Aku... Pernah baca novel ni rasanya. Mungkin hanya separuh jalan, sebab aku cuma rasa bab-bab awal sangat familiar. Novel ni menceritakan kisah hamba yang pernah tersalah langkah dalam harinya. Kerana keadaan, Teratai Nur terjebak dengan dadah. Namun kerana masih ada manusia yang baik, dia dihantar ke pusat pemulihan.

Dan Ziyad, seorang tentera laut yang berhidung belang. Pantang aje nampak perempuan cantik sikit, semua nak dicubanya. Datangnya ke Kelantan mengikut Taufiq untuk melawat tempat rakannya membawa dia kepada Teratai. Perkenalan yang begitu singkat sudah cukup membuatkan seorang Ahmad Ziyad galau. Tambah lagi apabila Teratai Nur sering menjauhkan diri daripadanya.

Aku sangat sukakan cara penulis menyusun cerita. Daripada present time yang diselang selikan dengan flash back sudah cukup memberi gambaran apa sebenarnya yang berlaku. Perkembangan watak pun sangat menarik. Walaupun Teratai bukan lagi Teratai yang dulu, dia masih simpan rasa takut menghadapi stigma masyarakat. Tapi itu tak bererti dia menerima bulat-bulat apa yang orang lemparkan pada dia. She stand for herself, and aku sangat suka itu.

Watak Ziyad pulak memang mudah buatkan aku senang. Daripada kesungguhan dia nak mengenali Nur dengan lebih rapat sampailah kecekalan dia bersama Nur. Aku suka watak dia yang penuh dengan kesabaran walaupun berkali-kali diuji. An absolute love! Paling penting, he fights for those he loves. 

Watak-watak sampingan terutamanya Tiani dengan Taufiq merupakan pelengkap dalam novel ni. Aku sangat sukakan persahabatan Tia dengan Teratai. Akrab sangat, aku pun rasa jeles dengan persahabatan dorang. Watak Taufiq pulak satu watak yang aku rasakan tak sempurna kalau takde. Dialah yang push Teratai dengan Ziyad, daripada awal sampailah akhir. 

Banyak babak yang aku rasakan sangat menyentuh hati dan ada babak yang membuatkan aku rasa sedih teramat. Lagi-lagi babak dimana Teratai relapsed angkara dendam. Perit rasa aku membacanya. When you give someone the benefits of the doubt and they prove the doubt, it hurts. 

Anyway, pengakhiran cerita sangat memuaskan hati aku. Setelah apa yang Teratai dan Ziyad lalui, memang padanlah bahagia untuk mereka. 


-thes

Post a Comment

6 Comments

  1. rasa macam pernah baca novel ni tapi tak ingat pula jalan cerita dia..haha
    i suka novel rehan makhtar sebab penulisan dia tu, emosi betul2 sampai kat pembaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah biasa dah tuuu, i pun before ni pernah baca novel ni tapi tak habis agaknya sebb ingt yg depan-depan jee... betull kak RM punya penulisan memang sampai apa yg dia nk

      Delete
  2. cara penils menulis memang akan menentkan buku tu bagus atau x

    ReplyDelete