Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Seseorang Untuk Aku
Penulis: Rehan Makhtar
Mukasurat: 620
Genre: Romantik, Melodrama
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2015
ISBN: 9789670246987
Related title(s): Takdir Untuk Aku, Dia Untuk Aku
Blurb:
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja yang dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhammad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.
"Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau." - LAILATUL
"Itu tak ada kaitan dengan aku." -QADR
Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyelusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.
"Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya." -LAILATUL
"Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan aku kepada kau, boleh?" - QADR
Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis keada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.
"Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?"- QADR
"Agaknya, Lai memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali." -LAILATUL
"Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang..." -QADR
Kerana Tuhan menciptakan pasanan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?
Salam bulan kemerdekaan! Aku baca ni bulan lepas tapi kebetulan pulak review dapat masuk dalam bulan merdeka memandangkan hero kita, Muhammad Al-Qadr merupakan seorang 'pemandu' jet pejuang. Tapi, cerita dalam buku ni, tak menceritakan sangat mengenai kerja Qadr as fokus lebih kepada kisah cinta antara Qadr dan Lailatul.
Buku kedua dalam trilogi Untuk Aku karangan Rehan Makhtar ni taklah sesakit dan seperih kisah Atai dan Ziyad. Bagi aku, kisah ni lebih kepada kisah perjuangan untuk teruskan kehidupan, pengorbanan, pengkhianatan dan kesabaran. Lailatul, seorang yang sangat kuat dan selfless, too selfless I would say sampaikan cinta hati sendiri sanggup dikorbankan untuk adik tersayang.
Kerana satu insiden yang memerangkap dia dan kawan kepada adik iparnya, Qadr, Lailatul goyah. Dia tak punya apa. Segalanya dah dikorbankan untuk si adik. Mana mungkin dia mampu lagi. Huluran pertolongan yang Qadr berikan disambut ragu. Namun, hatinya reda dengan ketentuan. Aku sangkakan awan mendung hilang dah daripada hidup Laila dengan adanya Qadr, tapi rupanya tidak. Ah Lailatul, kesian sungguh heroin yang satu ni. Tapi sabarnya membuahkan hasil.
Aku sangat sukakan kisah Qadr dan Laila ni. Penuh dengan pengisian, lagi-lagi bila tengok watak Laila yang tabah menjalani hidup yang penuh liku dan Qadr yang sentiasa berusaha dan tak sekali menyerah. Babak yang paling aku ingat adalah babak Qadr pertahankan Laila depan ibunya tapi dalam masa sama, hormat dan kasihnya pada ibu masih menggunung. Babak yang seketika cuma tapi mampu menjentik sebak dalam hati aku. Laila dengan Qadr ni sumpah comel gila. Babak-babak menunggu tu, fuhhh bukan mereka je, dengan aku sendiri rasa terasa rindu dan terseksa sekali haha.
Kisah yang penuh dan padat dengan pengajaran yang boleh kita ambil. Aku memang jatuh hati, gila-gila dengan novel ni. Qadr is the man. Walaupun bab istimewa yang dekat blog kak RM tu dia sangat annoying dan rasa nak sepak, still, he is the man.
-thes
2 Comments
Saya menangis teruk baca novel ni at two in the morning lol
ReplyDeleteHahahah I know that feeling!
Delete