Dia Untuk Aku by Rehan Makhtar

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Dia Untuk Aku

Penulis: Rehan Makhtar

Mukasurat: 385

Genre: Romantik

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2023

ISBN: 9789674692094

Related title(s): Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku

Blurb:

Biarlah masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kesah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.


Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya pada saat dia sedang berjalan ke pelamin pernikahan mereka.


Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan air mata mama menitis. Hingga satu hati, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.


"Awak terlalu tualah untuk saya..." - JOHANEES

"Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - TAUFIQ

"Boleh tapi tidak pada saya..." - JOHANEES

"Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - TAUFIQ


Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi sayang, keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu meninggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang setelah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip pada saat menyatakan perpisahan.


"Kenapa?" - TAUFIQ

"Saya bukan perempuan baik..." - JOHANEES


Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera perang di tengah samudera.Adakah takdir intanya juga seganas ombak di lautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.


Buku terakhir siri Untuk Aku menceritakan mengenai Taufiq, si bujang terlajak yang sebenarnya, tak kisah pun terlajak. Aku rasa aku paling nantikan kisah Taufiq ni sebab seingat aku, dia sangat berbakti dalam TUA. Berbakti mendekatkan Ziyad dengan Atai, walaupun dia pun sebenarnya ada jugalah hati dengan Atai tu sikiiit.


Out of three, Taufiq ni fav aku. Mamat ni ya Allah, setenang air tasik tahu. Takde satu babak pun yang dia lose his coolness (err ada satu tapi tu nanti jap) hatta masa kena tinggal dengan tunang dia pun dia still cool. Orang keliling dia pulak yang terlebih cautious melayan dia macam dia tu bom jangka. Dan bila dia jumpa dengan Johanees, he's done. Seboleh mungkin dia usaha untuk jumpa dengan Johanees.


Johanees pulak sentiasa cuba untuk letakkan jarak antara dia dan Taufiq. Gelaran 'tuan' tu, memang sebati habis dah dengan diri dia. Tapi kalau dah hati nak terpaut, bagilah jarak besar mana sekalipun, rasa tu tetap akan bercambah. Apatah lagi si Taufiq ni sentiasa muncul depan dia membantu. Dah tu dengan cupid mereka, si Ziyad dengan Atai tak habis-habis promote Taufiq ni.


Since novel ni ketara nipisnya berbanding yang lagi dua, aku expect ceritanya taklah berat dan mungkin takde plot twist. Teeet. Silap. Ada plot twist. Sumpah, memang tak terjangka pun plot twist tuuuu. Jalan cerita memang tak berat tapi wow tak expect plot twist tu dan aku tak expect kita akan dapat action scene. Adrenalin auto mencanak!


All and all, end in a good note. Best? Super. Bolehlah buat bacaan santai sambil melayan kemanisan cinta Taufiq dengan Nees.


-thes

Post a Comment

6 Comments

  1. auuww... baca sinopsis dah terasa sweet nya

    ReplyDelete
  2. dalam Takdir Untuk Aku, Taufik ni nampak relaks dan cool sangat tapi dalam buku ni dah berjangkit perangai Ziyad kat dia. suka semua buku dalam siri trilogi RM ni, best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuuuuu!! Dalam TUA memang cool gila dia sampaikan kita macam prefer dia yg ended up dgn Atai hahahha. Nasi baiklah dia dapat jugak happy ending sendiri... Dalam buku dia ni perangai mmg dah terjangkit Ziyad kot hahah

      Delete