Yang Paling Patah Antara Kita by Ainulfarihah

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Yang Paling Patah Antara Kita 

Penulis: Ainulfarihah

Mukasurat: 377

Genre: Persahabatan, Kesihatan Mental

Penerbit: Jiwa

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672899297

Cetus Amaran: Depresi, Skizofrenia, Bunuh diri

Blurb:

"Kau okey?" 

Ringkas.

Tetapi paling susah nak jawab.

Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.

Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.

Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, "tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.

Takut hilang kawan.

Takut kena marah.

"Kau okey tak ni?"

Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.


"Ada empat foto semuanya. Tiga elok. Satu rosak. Semua penting."


Karya ni karya berat. Kisah antara sekumpulan empat orang sahabat yang menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti dalam jurusan yang sama. Namun, setiap dari mereka berbeza tapi saling melengkapi. Cerita yang dari awal lagi aku dah siapkan minda dan emosi, especially lepas baca trigger warning. Sekali je aku stop baca dan bila aku sambung, aku nekad untuk tak berhenti sebab once aku stop aku takut aku tak dapat nak habiskan bacaan.


Azfar, orangnya ceria. Sulung dalam kalangan adik beradik, harapan ibu ayah. Bagi aku, dia merupakan pengikat dalam persahabatan mereka berempat. Dulu, pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik dalam dunia teater kini seorang direktor teater. Zaquan, atlet basketball yang dedikasi. Mulut celupar dan cakap tak pandang kiri kanan adalah identitinya. Prejudis juga dia. Firman, si fotografer yang ditakuti ramai. Kerana keadaan keluarga yang berantakan, dia menerima seksa. Jimi, seorang introvert yang 'menjadi' orang lain di atas pentas. Semuanya penting.


Kisah ni ditulis dengan multi POV jadi kena peka sikitlah bab ni dari segi POV siapa. Dan kerana multiple POV, aku dapat faham cerita dari sisi kesemua watak tanpa memberat ke sesiapa. And personally, aku boleh relate dengan semua watak utama. Bits and pieces of them kinda similar to something in me.


Dengan kesihatan mental sebagai tema utama, intipatinya sangat berat. Macam-macam soalan yang timbul, kenapa? Siapa? Mengapa? Dan macam-macam kerenah manusia juga dapat dilihat. Persepsi masyarakat yang masih lagi pandang serong kepada pejuang kesihatan mental. Dan memang sakit sungguh bila orang terdekat langsung tak cuba untuk memahami. Perit.


Aku suka dengan cara penulis yang perlahan-lahan reveal bits and pieces kejadian leading up to 17 Oktober 2017. Perlahan-lahan dan berterusan. Dari satu perspektif ke satu perspektif lain. Dan setiap perspektif ni tak berhenti membuatkan aku menangis. Sedih. Terkilan. Semua ada. Bermula page 275 dan seterusnya, sumpah susah untuk aku telan dan hadam. Pukul 2 pagi dok teresak-esak. Nasib rumet tak kata apa esoknya. Risau dia ingat sesuatu yang lain je haha.


Walaupun berakhir in quite a good note, it was still hard. Kau bayangkan, aku tengah melayan sunset tetiba teringatkan watak dalam buku ni dan dan tu ja mengalir air mata haha. Anyway, aku rasa aku akan take a very long time to have the courage to read this again. Dan aku rasa Tiga ayat terakhir novel ni akan terus melekat dekat minda aku.




-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. wahhhhh baca review su, nampak sangat terkesan dengan kisah mereka berempat ni. setuju sangat dengan kata2 azfar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttt! Memang immersed teruk dengan kisah doranggg

      Delete