Thursday 24 August 2023

# bookreview # fiction

Black Ghost #MegatAdri by Lily Haslina Nasir

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Black Ghost #MegatAdri

Penulis: Lily Haslina Nasir

Mukasurat: 433

Genre: Aksi, Thriller

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2023

ISBN: 9789674692087

Related title(s): Black Ghost #UmarAlhaidar

Blurb:

Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah dengan 10 cop jari, membentuk peribadi.


Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya. Di paha bapanya, Mejar Kamal, masih terbenam peluru sesat. Terlalu banyak kisah silam dan rahsia perjuangan terdahulu yang dia.


Ada ketika kisah silam itu wajar dikuburkan agar tiada dendam kesumat membakar jiwa dalam diam. Bagi lelaki ini, sejarah mampu mengasuh jiwa untuk lebih cintakan tanah air. 


"Kenapa kau selalu mengelak. Kau takut cinta?" - MAWAR

"Perempuan yang menghimpit aku sambil lafazkan cinta, itu lebih bahaya daripada seribu anggota infantri." - MEGAT ADRI

"Kau lelaki yang tak ada emosi?" - MAWAR

"Aku hanya setia pada Tuhanku, rasulku, agama aku, raja-raja aku dan tanah ini." - MEGAT ADRI


Dia benci penaklukan jiwa.


"Penjajahan tidak sekadar penaklukan tanah, cengkaman minda itu lebih menggerunkan. Aku terlahir untuk bertarung, terlatih untuk membunuh, siap untuk mati tapi pada musuh, aku ingin berpesan. Awas, aku tidak akan pernah mati jiwa raga biar kepala sudah terpenggal." - MEGAT ADRI


Air mata, darah dan nyawa menjadi taruhan. Rahsia menyertai BLACK GHOST ditutup rapat. Hanya Umar Alhaidar dan rakan sepasukan yang tahu dialah Helang tambatan pasukan. Tiada siapa yang tahu waima bapa dan datuknya.


Di Putrajaya, dia bersabung nyawa dengan taufan peluru dan letupan. Semuanya demi kedaulatan tanah dikasihi.


Black Ghost membawakan kisah cinta yang bukan biasa-biasa malahan, ianya merupakan kisah cinta yang hebat dan epik. Dibahagikan kepada dua buah novel dan dikarang oleh dua penulis yang tak asing lagi dalam dunia penulisan. Sejak PBAKL23 haritu lagi aku memang nantikan Black Ghost ni.


Black Ghost #MegatAdri membawakan kisah Megat Adri yang keturunannya sejak zaman datuknya lagi berkhidmat di bawah panji ATM mencuba nasib untuk menyertai komando. Bermula dengan kisah dia memujuk maknya untuk beri keizinan sedang ayahnya telah memberi sokongan. Maka bersorak gembiralah seorang Megat setelah diizinkan emak untuk dia sertai komando.


Expect the unexpected. Itu yang terlintas dalam kepala aku saat membaca karya LHN yang satu ni. Karya berketebalan kurang 500 mukasurat ini penuh dengan ilmu ketenteraan. Aku sangat tak menyangkakan yang latihan dan ujian Megat untuk mendapat beret hijau akan diceritakan secara agak detail dna mendalam. Boleh dikatakan separuh buku ini memang menceritakan perit, derita, semangat dan kesungguhan Megat untuk menjadi salah satu aset negara.


Interaksi sepanjang latihan, yang mana disergah jurulatih, yang mana disembur jurulatih, ditengking, dimaki, dicaci, dibasuh, dengan aku aku makan dalam macam aku yang kena haha. Bukan sekali dua kena marah, bukan sekali dua makan kata makian, berkali-kali wei! Ynag membezakan aku dengan watak Megat adalah dia berpenat seluruh badan, aku berpenat biji mata membaca. Hehe.


Memandangkan Megat ni dari keturunan yang bergelaran anggota ATM, ada sejarah disebalik nama datuknya, ada dendam kesumat yang tak terlunas dan dia merupakan insan yang dikehendaki oleh pihak perosak negara. Debaran dan tanda tanya menjadi iringan cerita sehinggalah Megat terima dokumen yang menceritakan apa ynag berlaku semasa datuknya berkhidmat dalam angkatan tentera. Babak-babak yang menceritakan isi kandungan dokumen tu memang sangat mendebarkan.


Watak Mawar bagi aku hanyalah tambahan yang sekadarnya. Jujur kata, aku tak rasakan pun Mawar dan Megat ni bercinta atau menaruh hati pada satu sama lain sebabnya (1) mereka memang berkawan dari zaman universiti dan rapat (2) Megat je yang nampak bersungguh dengan Mawar sebaliknya Mawar ni mungkin cuma menanggap Megat sebagai kawan, tak lebih dari itu, lagi-lagi lepas timeskip lapan tahun tu dan (3) aku tak rasakan chemistry antara mereka. Dan dari awal sampai habis, Mawar ni memang muncul sekejap-sekejap dan kemunculan dia pun disebabkan Megat.


Cerita ni memang menarik dan mampu menyemarkkan semangat patriotisme dalam diri aku. Cuma aku agak terkilan bila terlalu banyak spelling errors dalam karya ni. Aku masih boleh tutup sebelah mata kalau berkadaran biasa tapi kalau setiap 5 page tu ada spelling error, agak annoyed jugalah. Tapi yang lebih menggeramkan aku kalau ada part yang tak lengkap dialog/monolog/naratifnya. Cuma yang ini tak banyaklah tapi ada.


Apapun, cerita mengenai Megat Adri sangat best dan berbaloi untuk dibaca. Tanpa kalau korang harapkan babak yang manis leting tu, warning awallah sebab korang akan kecewa teruks. Tapi babak aksi, misi, thrilling, memang tiptop. 

-thes

No comments:

Post a Comment