Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Black Ghost #UmarAlhaidar
Penulis: Rose Harissa
Mukasurat: 373
Genre: Aksi, Thriller, Romantik
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2023
ISBN: 9789674692070
Related title(s): Black Ghost #MegatAdri
Blurb:
Saat cita-cita menjadi salah seorang 'geng pecah pintu' tercapai, Umar Alhaidar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.
Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan identiti kepada orang awam termasuk kepada keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.
Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang terhasil daripada latihan intensiti tinggi dan operasi khas, tersembunyi sebalik uniform Umar. Hanya Megat Adri dan sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.
Sumpah perajurit komando yang dilafazkan oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.
"Kenapa tak suka komando?" - UMAR ALHAIDAR
"Sebab... Ganas, gatal, kanibal! Eh, jangan bagi tahu saya awak komando..." - MIKANADIRA
"Tak. Saya cuma 'askar pekak'." - UMAR ALHAIDAR
Tapi tuntutan tugas, memaksa si 'harimau kumbang' melupakan 'bunga yang wangi dan tercinta'.
Setelah para perwira menggadaikan nyawa mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka pintu kepada para bandit. Prahara melanda negara.
Laksana halilintar, bersama para sahabat Black Ghost. Umar mempertaruhkan nyawa di The Exchange 106.
Mampukah 'Kumbang' menumpaskan musuh, melindungi orang awam dan kembali kepada bunganya?
Black Ghost #UmarAlhaidar ni bukanlah sambungan kepada kisah Megat Adri as both story boleh dibaca sebagai standalone. Timeline dalam kisah Umar ni bertembung dengan timeline Megat. So, apa yang jadi kepada Umar dalam buku Megat, jadi juga dalam kisah Umar ni. Tapi, aku lebih prefer untuk membaca kedua-dua cerita sebagai dua timeline berbeza. Makna kata, memang aku pisahkan terus kisah kedua-duanya sebab ada beberapa minor detail yang otak aku tak boleh terima. So, untuk memudahkan bacaan, aku asingkan terus.
Berlainan dengan kisah Megat, kisah Umar ni ada bunga-bunga cinta, babak-babak sweet antara Umar dan heroinnya, Mikanadira. Taklah terlalu banyak sampai menguasai sepenuh jalan cerita tapi lebihlah daripada apa yang ada dalam Megat.Jadi, kalau prefer more love story, Umar adalah pilihan utama, gituu.
Perjalanan cerita bermula daripada Umar menuntut di UPNM dan ketika kisah pengganas Sulu tersebar di media sosial, Umar tekad untuk join komando. Dan kerana tekadnya, dia berjaya. Aku agak bersyukur jugalah tempoh latihan dan pemilihan komando yang Umar jalani tak dijelaskan secara terperinci sebagaimana Megat sebab aku mungkin akan rasa bosan. Jadi, apa yang ditulis semasa Umar menjalani latihan komando, aku rasakan memadai.
Watak Umar ni digambarkan sebagai seorang yang sangat berani, rasional dan juga tersangat berani. Kalau tak berani, masakan dia join komando, ye tak? Dan disebabkan keberanian tak berterhitung dia nilah, banyak kali dia terima tembakan musuh untuk teman seperjuangan dan tawanan. Babak yang paling aku ingat adalah babak kecelakaan pertama yang menyebabkan dia hilang dari radar setelah berlaku masalah pada parachutnya. Nasib menyebelahi Umar bila dia mendarat atas dahan pokok yang boleh tahan besar dan cuma mengalami kecederaan ringan. Dan di atas pokok tu jugalah dia bertemu mata dengan si Kumbang. Sepanjang dia dalam hutan tebal tu, ditemani dengan haiwan buas, wow sangat memainkan adrenalin aku. And tbh, momen favorite aku dalam novel ni. Babak-babak aksi, jangan cakaplah, memang selambak diberi. Baik untuk latihan ataupun dalam misi. Dan of course babak aksi terakhirlah yang paling dupdapdupdap.
Penulis banyak juga gunakan istilah-istilah ketenteraan. Dan berita baiknya, ada penjelasanlah kenapa sekian-sekian perkataan digunakan. Mana yang aku faham tu mudahlah nak cerna, dapat yang payah, memang aku buat-buat faham jelah. Haha, berkali-kali baca pun tak dapat, bye-bye jela kan hehe.
Mikanadira, dari pertemuan pertama lagi Umar dah jatuh hati dengan dia walaupun masa tu, sikit pun dia tak pandang wajah Mika. Apa yang menarik perhatian Umar adalah buah fikiran Mika. Bertahun terpisah dan pertemuan semula yang tak disangka-sangka mendekatkan mereka. Pertemuan demi pertemuan, semakin fahamlah Umar tentang perasaan tak suka Mika terhadap askar, lagi-lagi komando. Tapi, memang berbunga habislah baca bab-bab Umar mengayat Mika ni. Loves Mika yang sikit pun tak melatah bila dapat tahu yang Umar sebenarnya tergolong dalam kumpulan yang dia tak suka. Setiap patah penjelasan Umar, dia terima, dengar dan nilai. And that moment when Umar appear in front of her in full uniform. Fuhhh, mixed emotion habis!
Sebenarnya, aku agak terkilan bila jumpa perkataan tamat sebab aku rasa macam endingnya a bit rushed. Selesai misi, tot tet tot tet, kahwin habis. Aaa, sebenarnya tak puas melayan Umar dan Mika jeee😩😩. Epilog pun terlalu pendek bagi aku. Tak puas weh!
-thes
6 Comments
Suka sangat buku ni rasa tak puas sebab pendek..hehe
ReplyDeleteTak puas kannnnn!!!
DeleteKalau tak silap one of my staff ada baca buku ni. Dia cakap best. I never read malay novels but now I think I should sebab baca jalan cerita mcm menarik.
ReplyDeletethis book is good! but then it depends on org yg baca juga sebb focus buku ni more to Umar's life as a komando
DeleteYihhh... Masih terperuk dlm.wishlist. haha
ReplyDeletehahha takpe kak, slow-slow keluarkan dari wishlist nnti
Delete