Kata bapak, kalau nak hidup bahagia, cari suami yang beragama dan kukuh poketnya. Bapak tak mahu dia hidup susah dan mewarisi kemiskinan keluarga. Cinta itu akan pergi bila perut mula berbunyi.Afghan... Lelaki pertama yang hadir dalam hati. Tapi terpaksa dilepaskan pergi meskipun mereka pernah berjanji."Jika nyawa jadi taruhan, maka nyawa jugalah yang akan abang serahkan demi Zulfa." - AFGHANDia mungkiri cinta demi bahagia yang dikata. Namun, perasaan untuk lelaki itu tak pernah ada. Kata lelaki itu, dia perempuan pendosa, dia perempuan yang jauh dari gapaian syurga."Tanpa reda aku, syurga pun tak akan terima perempuan pendosa macam kau." - JAMALINazif yang muncul tanpa dijangka, menambahkan lagi beban perasaan yang sedia ada. Zulfa tahu Nazif berhak marah, tapi sumpah, bukan dia yang bersalah!"Dia tu berlagak aje macam perempuan baik-baik, suci daripada noda, tapi sebenarnya..." - NAZIFDia ingin berikan cinta, tapi benci yang semakin membukit. Harusnya bagaimana mahu dirungkaikan rasa hati dan kaki yang telah dirantai mati?Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia lari. Tapi bila teringatkan bapak, jiwa yang duka dipendamnya sendiri."Abang sangka yang Zulfa bahagia selepas kahwin dengan dia. Abang tak sangka. Kalaulah abang tahu..." - AFGHAN"Kalau abang tahu kenapa? Nak ajak Zulfa lari?" - ZULFADia tak mampu bercerita dan dia tak mahu berkisah pada sesipaa. Hanya pada bulan dia berkongsi bicara.
Aku cuma pernah baca satu karya lain daripada penulis Rissa Ahdiya ni dan novel tu bertemakan keganasan rumah tangga, is it safe for me to say that karya penulis ni ber'center'kan kisah rumah tangga? Mungkin ya, mungkin tidak. Anyway. Novel ni mengisahkan Zulfa, seorang anak perempuan sulung daripada tiga orang adik beradik. Despite her good results in SPM, dia tak sambung belajar dan cuma duduk di kampung, bantu ayahnya menguruskan rumah sementelah Pak Karman sendiri dah berusia dan ibunya dah lama meninggal.
Zulfa memang anak yang baik. Dan kerana patuhnya Zulfa pada ayahnya, dia terperangkap dalam perkahwinan yang sangat menyakitkan jiwa raga. Masa baca blurb, aku ingatkan novel ni punya jalan cerita sama dengan novel yang aku baca sebelum ni. Tapi, aku salah. Oh, sungguh aku salah. Novel ni is everything I'm not expecting. Awal-awal tu macam, heh here is your typical wrong guy marriages looks like tapi as the story goes on, wrong dia on so many level and I'm telling you girl, you will not see it coming.
Afghan, watak yang aku sangka akan menjadi hero lalu datang menyelamatkan Zulfa daripada cengkaman suami zalimnya, Jamali. Rupanya Afghan hanyalah watak sampingan yang berjaya membuatkan aku menanam rasa benci kurang senang pada Pak Karman. Ahh, hanya kerana kurangnya material dan pangkat yang dipandang orang, lamaran Afghan ditolak Pak Karman, sedangkan dia sangat mengenali Afghan. Tambah pulak bila Pak Karman sendiri tahu yang Zulfa juga simpan perasaan pada Afghan. Oh, sampainya hati... Saya sedih lahhh. Kenapa bapak buat macam niii 😭😭😭 Tambah menyakitkan hati pabila dia terima lamaran Jamali yang muncul entah dari mana sebagai menantu arghhh. Geramnya ya Allahh!
Penceritaan, setiap naratif, setiap dialog, setiap babak diolah dengan sangat menarik, menghasilkan satu karya yang sedap untuk dibaca. Tak cukup dengan kejutan status sebenar Jamali, penulis sajikan lagi dengan kejutan demi kejutan. Paling aku tak sangka adalah Pak Karman punya reaction setelah dia tahu penipuan Jamali. No, did not see it coming and not what came out of it. Goshh. Kerana marahkan Jamali atas apa yang berlaku, Zulfa mula berubah. Watak yang pada mulanya seputih salju berubah menjadi sehitam arang kerana dendam.
Jamali, paid his dues. Pengakhiran yang memuaskan hati aku, sangat-sangat puas. Zulfa... Selesai hutang yang dituntut daripada Jamali, Zulfa memencil diri. Sedihnya fikir nasib Zulfa. Aku mengharap dia akan dapat semangat untuk hidup semula, mencapai impian lalu tapi siapalah aku ni. Hukhuk. Segala rahsia tersingkap dengan epilog daripada pandangan Faziah (siapakah Faziah? too much spoiler kalau aku bagitahu) dan aku ahhh aku tak tahu macam mana aku nak gambarkan perasaan aku. All in all, novel ni sangat best dan untuk sesiapa yang up for something not-sweet loves and reality kehidupan, karya ini untuk anda. Penuh pengajaran, big applause to Pn. Rissa Ahdiya! Akhir kalam, terimalah Afghan,
-thes
3 Comments
buku Rissa Ahdiya banyak pasal rumah tangga. i baru baca 2 or 3 buku dia semua pasal perkahwinan, curang, cerai..tapi best juga baca novel dia.
ReplyDeletekat mana beli buku ni? dari penulis sendiri ke?
ohhh, i baru baca satu novel lain selain this one, quite okay tapi yg ni mmg best gilaaa! buku ni beli sekali dgn novel Belle by Syu Ariani last year (i think?).. dia buat combo, pastu sebab sejenis suka dengan bulan so mmg grab without any expectation. not sure dgn penulis ada lg ke idok... cer try dm ig penulis
Deleteorang dulu-dulu memang macamtu kan, suka sangat pandang harta benda. kesian zulfa tak boleh sambung belajar, hidup pun sengsara dengan suami sedangkan boleh bahagia dengan afghan
ReplyDelete