Puteri Bunian Bulan by Aliff Mustafa

Assalamualaikum, good day dearest! Serasa macam baru semalam start cuti. Tapi rupanya Sabtu depan dah kena masuk U. Huhuhuhuhu. Bulan Februari pun dah nak habis. Ngamlah bulan dua, dua buah buku je yang dibaca. Anyway, ni buku pertama dalam bulan ni yang aku baca.





Tajuk : Puteri Bunian Bulan
Penulis : Aliff Mustafa
Mukasurat : 401 pages
Penerbit : Patriots Publishing
Terbitan : 2020
ISBN : 9789672437062
Blurb : 

Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara ini pun dibangkitkan. Bukan di dunia nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.

Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.

Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-galanya dengan bara apinya.

Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka daripada terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka akan menjadi bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita.

Pengakuan jujur, aku tak pernah baca buku berunsurkan fantasi. Empayar by Teme Abdullah aku rasa tak termasuk dalam genre fantasi sebab dia more to historical fiction. Tapi tak historical kot sebab garis masa dia ke depan yang beribu tahun tapi gaya bahasa percakapan antara watak macam historical. Anyway, ni kira first time aku baca novel fantasi fiksyen and baeeeby I'm sooo in love! No kidding, bab pertama actually freaked me out. Hahaha, kemunculan pari-pari pagi dengan bauan yang sangat harum dan pakaian putih bersinar berserta sayap sesibur sangat menakutkan aku, tanpa sebab.

Aku baca novel ni waktu tengah final haritu, so memang agak mencabar jugakla nak menahan nafsu daripada dok baca buku selain buku akademik. Sesungguhnya, novel ni sangat unputdownable. Dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dipanggil arc  memudahkan lagi aku memahami apa yang akan berlaku. Dan arc yang panggil aku suka haruslah arc tiga dan empat di mana satu per satu rahsia disebalik watak terungkai dan pertempuran antara Black Shuck, Puteri Bunian Bulan, Putera Andika juga pertempuran terakhir menentang Maharani Duyung Laut China Selatan.

Dengan setiap perincian daripada penulis, sangat membantu aku untuk membayangkan setiap babak, terutama babak pertempuran tu. Elemen fantasi selalunya sangat menguji imaginasi aku, jadi gambaran dan perincian penulis semestinya membantu aku untuk membayangkan bentuk setiap makhluk yang ada. Aku suka dengan cara penulis yang tak hanya fokus pada Laila Dahlia selaku Puteri Bunian Bulan dan Putera Andika sahaja semasa pertempuran dengan Maharani Duyung Laut China Selatan. Sebaliknya, setiap lapisan Majlis Kesatria dari Kerajaan Purnama Sari dan juga pertahanan daripada Puak Para Bawaka turut digambarkan cara mereka mengalahkan musuh. Nice touch!

Dan aku sangat appreciate penulis bagi background story macam mana dua kerajaan ghaib ni boleh terbentuk. Memang perincian yang sangat menarik dan ianya taklah dibagi segedebuk terus tapi diceritakan sedikit demi sedikit. Twists upon twists, ada yang aku boleh jangkakan ada yang wow, kenapa? ada yang did not see that coming!! Pendek cerita, seronok aku membaca novel ni. Satu yang aku tak sangkakan adalah kehilangan teman baik Laila dan juga seorang kenalan yang satu sekolah dengan Laila. Weh sedih amat dan ini antara yang whyyyyy. 

Novel ni merupakan open ending yang membawa maksud HELLO NEXT INSTALLMENT BILA NAK KELUAR DAH 2022 NIIII. Yeah. Novel ni merupakan sebahagian daripada siri Saga Iblis Putih. Aku tahu pun setelah baca review daripada bookstagram yang lain. Dan. Aku. Tak. Sabar! Akhir kalam, bacalah novel ni, menarik gila gila gila! Dengan susunan bahasa dan penggunaan Bahasa Melayu hampir sepenuhnya dalam novel ni masuk sikit Bahasa Melayu lama ahhh aku terasa diawangan sangat (melebih je ni tapi serious best!)





-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. ha'ah bahasa klasik dia sedap betul dibaca macam raksa kersani tu. First time tahu maksud dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kannn, kita yang baca ni jadi interested nak tahu maksud setiap perkataan yang bunyi pelik-pelik😂

      Delete
  2. Sama la tak pernah baca buku genre fantasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. fantasi ni kalau movie/drama boleh la layan habis-habisan sebab dia gambar tapi kalau buku ni payah sikit nak membayangkan

      Delete