Separuh Takdirku Ada Kamu by Ezza Mysara

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Separuh Takdirku Ada Kamu 

Penulis: Ezza Mysara

Mukasurat: 612

Genre: Romantik

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2018

ISBN: 978-867-2102-34-2

Blurb:

Deeba Dalila. Kawan-kawan memanggilnya D. Seperti namanya, hidupnya juga ringkas, landai dan harmoni. Walaupun kadang-kadang bosan bila mempunyai boyfriend yang taasubkan perempuan cantik. Ergh.


Sampailah suatu masa, satu insiden berlaku dan semuanya berubah. Bila Dalila tersedar, dia berada dalam waktu lima tahun ke depan. Glup! Semuanya terasa begitu asing apatah lagi bila mengetahui dia sudah mempunyai suami dan seorang anak kurang upaya.


"There are always first time in everything. Termasuklah... Jatuh cinta. Abang akan buat Lila jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang." - FAYYAD SYAKIR


Bukan itu sahaja, rumah tangganya ini siap dilengkapi dengan pakej watak antagonis. Dan watak itu dipegang oleh Hajah Mariani, ibu mentuanya.


"Kau tahu tak? Dari dulu lagi aku memang tak suka kau jadi menantu aku. Sebab aku tak redalah, kau lahirkan anak cacat macam Faqih tu!" - HAJAH MARIANI

"Eh, mulut hajah ni kan macam mulut pengerusi persatuan mak cik-mak cik bawang, kan? Walaupun Faqih mungkin tak sempurna, tapi saya tetap berbangga jadi ibu dia." - DEEBA DALILA


Walaupun dicerca dek mentua, si suami tak pernah berganjak dari sisi. Pelbagai pekara mereka lalui bersama. Sampai jiwa yang kering tanpa cinta, melimpah-ruah dengan kasih sayang. Namun saat hatinya sudah benar-benar cinta, takdir sekali lagi menguji mereka. Dalila tersedar dan menyedari bahawa segala yang berlaku hanya satu mimpi! Sehinggalah suatu hari, takdir benar-benar menemukan mereka semula.


"Abang... Akhirnya Lila jumpa abang." - DEEBA DALILA

"Sorry, cik salah orang kut. Saya tak kenal pun cik." - FAYYAD SYAKIR

"Ni Lila.... Masa depan abang. Lila ni separuh takdir abang." - DEEBA DALILA

"Cik ni tukang tilik ke? Tak baik, cik. Dosa tu. Jatuh syirik!" - FAYYAD SYAKIR


Mampukah Dalila meyakinkan Fayyad bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama sekali gus menepis kebencian Hajah Mariani? Sebuah takdir ada ceritanya sendiri dan setiap pilihan ada kesannya. Jika cerita cinta mereka hanya satu mimpi, mampukah Dalila menjadikannya satu realiti?


Buku ni antara buku yang aku dah lama nak baca tapi tak baca-baca. Dan lepas baca, terus rasa kenapa aku peram lama sangat??? Cerita ni best gila-gila! Berkonsepkan ala-ala time travelled tapi sungguh lain daripada yang lain!


Selepas tersedar daripada kemalangan yang menimpa diri, Dalila mendapati dirinya berada lima tahun ke depan. Perkara terakhir yang dia ingat adalah ketika dia melarikan diri daripada orang yang menuduhnya mencuri semasa dating dengan boyfriendnya, Raif. Tetapi, sedar dari lena, orang yang menuduhnya mencuri itu tiba-tiba sahaja mengaku suaminya. Dalila yang lima tahun lalu dengan lima tahun sekarang sangat berbeza. Sikap dan penampilan.


Kehilangan semua yang dia pernah ada, Dalila tak punya pilihan melainkan untuk percaya kepada Fayyad. Tak cukup dengan kejutan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang sakit bernama Faqih, Dalila dikejutkan pula dengan drama ibu mentuaku. Hajah Mariani tidak pernah menganggap Dalila itu menantunya. Afifah, biras Dalila pula sentiasa mencucuk ibu mentuanya untuk membencikannya dan lebih parah lagi mahu Fayyad dan Dalila berpisah. Dan semestinya Dalila yang masih dengan sikap lima tahun lalu takkan senang-senang membiarkan dirinya dibuli.


Sepanjang menjadi isteri kepada Fayyad, banyak yang Dalila belajar tentang dirinya dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslimah. Walaupun dia pada mulanya sukar untuk menerima hakikat yang terlalu banyak benda yang berubah dalam sekelip mata, Fayyad sentiasa sabar dalam melayan kerenahnya. Sikit pun dia tak melenting hatta meninggi suara. Salute ah dengan Fayyad! Tetapi, saat Dalila mula menerima Fayyad dan Faqih dalam hidupnya, dia kembali terjaga ke lima tahun yang lalu dan kerana apa yang telah dia 'lalui', Dalila yakin bahawa Fayyad adalah takdir yang ditentukan untuknya.


Buku ni merupakan buku kedua yang aku baca daripada penulis dan penulisannya memang mudah buat aku jatuh cinta. Susunan garis masa yang dilompat-lompat sedikit pun tidak mengganggu susunan plot, malah menjadikan buku ni lebih charming. Tambah pula dengan adanya watak Afifah dan Hajah Mariani yang membenci Dalila tanpa sebab membuatkan aku tertanya-tanya sangat apa agenda mereka sebenarnya.


Kisah Dalila-Fayyad ni sangat indah dan mengandungi banyak pengajaran dan teladan yang kita boleh ambil. Bagi aku, kisah mereka ni lengkap semua rasa, manis ada, masam ada, pedas ada, dan hujung-hujung tu boleh pula penuh kesedihan. Unexpected betul kena nangis ni huhu. Dan semestinya ada juga kejutan untuk Hajah Mariani yang sangat memuaskan hati aku. Ending untuk Afifah je agak tak memuaskan tapi tak apalah sebab main characters dah bahagia hehe.


-thes

Post a Comment

0 Comments