Assalamualaikum, good day dearest!

Tajuk: Undercover Wife
Penulis: Zura Rahman
Mukasurat: 620
Genre: Romantik, Thriller
Penerbit: ZR Publishing
Terbitan: 2018
ISBN: 9789671642108
Blurb:
Apabila detektif berdedikasi berubah menjadi penjenayah berbahaya;
Apabila orang yang dikatakan telah mati muncul kembali; dan
Apabila teman sejiwa kini menjadi teman lelaki wanita lain...
Devastated. Despaired. Desperate.
Elena ke Itali dengan niat untuk melupakan kisah lalu namun ia membawanya kepada sesuatu yang tidak dijangka. Kepercayaan tentang kematian suaminya mula goyah apabila dia terlihat seseorang yang menyerupai Roman di Rom. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Elena nekad untuk menyiasat. Lelaki itu diekori.
Roman Iskandar, mengapa dia langsung tidak mengenalinya? Dan siapa pula si cantik jelita berambut kuning emas di sisi Roman?
Pertemuan seterusnya membuahkan lebih banyak persoalan. Pencariannya telah membawa Elena ke daerah lain, yang tidak pernah terlintas olehnya, walaupun di dalam mimpi.
"You are the woman in Rome. What are you doing here?" - WOLFE
Wolfe, lelaki bertatu serigala yang menyerupai Roman. Jika benar lelaki itu adalah suaminya, mengapa Elena umpama orang asing di matanya? Kata hati Elena, itu lelaki yang dinikahinya empat tahun lalu. Satu tanda lain yang tersorok, akan membuktikan bahawa dia adalah Roman, cinta hatinya. Elena nekad untuk membuktikan.
"Sepatutnya aku yang berada di sisi Roman, bukan Si Blondie itu. Dan Roman yang sepatutnya memburu, bukan diburu!" - ELENA
Tapi benarkah Roman sudah mati? Jika benar, di mana mayatnya? Siapakah Wolfe, lelaki bertatu serigala yang punya pandangan menyorot itu?
Pencarian Elena telah mencungkil satu konspirasi. Satu persatu rahsia mula terdedah, sehingga tiada siapa lagi yang selamat!
"You looked as if you have just killed someone."
Empat tahun selepas suaminya Roman dikatakan terbunuh dalam kemalangan semasa mengejar penjenayah, Elena terkejut saat terlihat Roman di bumi Rom. Menyangka pelanduk dua serupa, Elena melupakan pertemuan tersebut. Tetapi, sukar untuk dia mengabaikan gerak hatinya saat sekali lagi mereka bertemu empat mata di Malaysia. Yakin lelaki yang dikenali sebagai Wolfe itu adalah suaminya Roman, Elena nekad untuk mencari tahu apa yang terjadi kepada suaminya selama empat itu. Dengan bantuan Rafique, teman baiknya merangkap teman setugas Roman, Elena memulakan misi penyamarannya untuk merungkai identiti sebenar Wolfe.
Macam biasa, buku-buku romantik-aksi kak Zura memang tak mengecewakan. Buku ni sangat padat dengan babak-babak yang mendebarkan, apatah lagi dengan jalan amateur sleuthing yang Elena ambil. Yang detektif, suaminya Roman, dia pula hanyalah pekerja pejabat yang langsung tiada pengalaman membuat kerja-kerja penyiasatan. Walaupun ada Rafique yang membantu, tapi cara mereka sangatlah bahaya kerana tidak melibatkan pihak berkuasa. Menambah lagi debaran bila lelaki yang dikenali sebagai Wolfe itu merupakan salah seorang kenalan rapat Ku Zahari, seorang usahawan yang dalam pantauan pihak polis kerana disyaki terlibat dengan pelbagai kes jenayah.
Aku suka dengan watak Elena yang dalam lembutnya ada ketegasan. Walaupun dia tahu apa yang dia buat tu bahaya, dia tetap lakukan demi anaknya Qaish. Walau berulang kali dia dapat tentangan daripada Rafique, dia tetap teguh dengan keputusan dia. Walaupun tindakan dia terburu-buru dan tak ada perancangan yang rapi, dia tahu apa yang dia lakukan itu perlu demi mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi pada suaminya.
Babak-babak aksi, seperti biasa kalau tulisan kak Zura ni, memang tip top! Memang terasa debarannya. Lagi-lagi bila mereka cuba untuk menangkap Queen yang menjadi dalang disebalik aktiviti jenayah yang dilakukan oleh kumpulan Ku Zahari. Gandingan Wolfe/Roman dengan Rafique terasa mantap gila. Pace cerita yang laju tak memberi ruang untuk aku rasa bosan dan teruskan bacaan.
Flow cerita ni sangat tersusun dengan satu per satu soalan yang aku ada dijawab dengan cantik. Endingnya pun sangat memuaskan hati. Yang minat cerita aksi, romantik, novel ni memang sesuai untuk korang.
-thes
0 Comments