Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
Mukasurat: 384
Genre: Romantik
Penerbit: Manes Wordworks, Jemari Seni
Terbitan: 2023
ISBN: 978-629-97848-0-7
Blurb:
Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’... and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.
Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!
Kata orang:
... opposite attracts. Bad girls go for good guys. Tapi... sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see! ... opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke -34 Nur Kaseh Kaisara!
Mengisahkan Kaseh Kaisara yang hidup serba-serbi mewah. Sikapnya yang peramah dan humble digabungkan dengan rupa yang jelita menjadikan Kaseh popular. Kerana kemewahan yang dimiliki dan ibu bapa yang kurang memberikan perhatian, Kaseh tidak mengenal Islam. Hidupnya bebas bergaul dengan lelaki, kelab malam merupakan tempat lepak biasa, arak juga sentiasa ada di rumah. Senang kata, Islam Kaseh hanya pada nama. Semuanya berubah apabila Kaseh mula mengenali Adam Khalis.
Tak seperti Kaseh, Adam merupakan budak masjid. Pergaulannya dijaga baik, tempat lepaknya kalau bukan library, mesti rumah ataupun masjid. Adam yang stok budak masjid ni tiba-tiba Kaseh mahu jadikan teman lelaki. Mahu terkejut kawan tu. Tak melatah, Adam ajak Kaseh berkawan dahulu untuk satu tempoh. Sepanjang tempoh mereka berkawan, Adam membantu Kaseh untuk mengenali Islam dengan lebih baik.
Buku ni bukan saja menyajikan kisah cinta yang comel tendang angin tetapi juga kisah penghijrahan, persahabatan dan kekeluargaan. Pengolahan yang santai dengan watak-watak yang menyenangkan hati membuatkan aku mudah terhibur dengan cerita Kaseh-Adam ni. Paling suka bila Faiz dengan Dani mengusik Adam fasal Kaseh. Dengan perangai Adam yang suka nak mengelak tapi sudahnya tak dapat nak elak sebab mereka berdua. Belum cerita brotherhood antara mereka bertiga ni yang aku rasa sangat best! Tak tahu nak kata macam mana tapi aku rasa seronok dengan persahabatan mereka.
Kisah Kaseh dan Adam ni aku kategorikan sebagai light read sebab tak ada konflik yang berat. Walaupun ada konflik keluarga Kaseh yang sukar terima penghijrahan dia, konflik tu taklah berat dan kesudahannya pun mereka temui jalan pulang. Dan aku suka dengan watak Adam yang sentiasa cool dan tak memaksa. Watak dia terasa sangat hijau yang memang impian.
Aku ambil masa sikit untuk habiskan novel ni sebab ceritanya agak perlahan tapi tak menghalang aku untuk enjoy kisah mereka. Paling comel waktu Adam ajak Kaseh kahwin aaaa serius tak boleh berhenti sengih setiap kali teringat babak tu. Anyway, congrats kak Nir untuk terbitan semula buku ni.
-thes
0 Comments