Assalamualaikum, good day dearest!

Tajuk: Code Name: Ryzen
Penulis: Angel_K20
Mukasurat: 518
Genre: Romantik, Aksi, Komedi
Penerbit: Fajar Pakeer
Terbitan: 2023
ISBN: 978-983-822-225-9
Blurb:
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir.
Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut.
Shafa Raisha, code name Shaurin. Dia juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya.
“Kenapa kau selamatkan aku?” – SHAFA RAISHA
Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya.
Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing.
Masalah semakin berat apabila seorng lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan!
Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun.
Siapa sebenarrnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini?
“Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun.” – HARRAZ ZAYNE
Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba?
Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing?
Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah.
Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar!
Harraz Zayne. Code name: Ryzen. Antara ejen perisik lapangan terbaik menerima arahan untuk menjadi guru di sebuah kampung di sebuah pulau. Misinya adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan aktiviti jenayah yang berlaku di pulau tersebut.
Shafa Raisha. Code name: Shaurin. Ejen yang berkepakaran penyamaran juga menerima arahan untuk berganding bahu dengan Ryzen di pulau. Penyamarannya sebagai makcik kantin garang telah mengaburi mata semua orang. Kecuali Ryzen. Sebab Ryzen partner dia. Walaupun dia mulanya tak tahu partner dia Ryzen.
Tbh, aku expect cerita ni akan ada tone yang lebih serius sebab nature cerita yang melibatkan jenayah dan penyiasatan. So, imagine my surprise, bab pertama lagi dah ada gaya-gaya hero masuk air dengan nada penceritaan yang santai. Terus terhibur weh! Serious, cerita ni ada vibe k-drama Seoul Busters. Kalau korang pernah tengok, tahulah cerita dia pasal jenayah and investigation tapi penceritaan kelakar nak mampus! Memang sepanjang aku baca, tergelak sentiasalah.
Latar tempat novel ni pun unik untuk cerita yang melibatkan jenayah berat. Memang terasalah vibe kampung dengan makcik bawang rangers, remaja-remaja yang nakal nauzubillah. Selain dua watak utama, watak lain semua nama kampung habis dan ada yang unik! Antaranya, Tauke Cincau, Pak Lebai Leman, Mak Jarah, Halimah, Salehah, Asrul, Sohok. 'Adik' Sohok ni antara watak yang kalau dia muncul aku memang akan ketawa lepastu geli-geleman sendiri hahaha.
Aku suka dengan gandingan Ryzen and Shaurin, comel habis! They both had each other's back. Chemistry dorang, bagi aku meletup-letup ya. Suka gila dengan Ryzen yang tiba-tiba umum kahwin walhal Shaurin tak tahu apa-apa. Rupanya member dah lama minat dalam diam. Haihhh comellahh. Babak aksi adalah sikit dekat hujung and fuhh menyala juga! Watak jahat yang gilakan Shaurin tu ada masa dia macam tak berapa bijak pun tapi licik jugalah.
Anyway, buku ni sesuai untuk bacaan santai. Mana yang tengah reading slump tu, cubalah baca buku ni. Mana tahu boleh keluar dari slump hehe.
-thes
0 Comments