Ramadan 1441 H

Assalamualaikum, good day everyone ! Entri harini sebenarnya nak post semalam, tapi disebabkan semalam punya level kemalasan mengatasi segalanya, maka niat untuk menaip tu tertangguh sampailah ke harini.

Based on tajuk entry pun dah boleh agak kan nak cerita apa ? Kan ? Kan ? 

edited with canva.com


Pertama, alhamdulillah syukur kerana kita masih lagi dipertemukan dengan Ramadan tahun ni. Bukan semua orang dapat peluang untuk jumpa Ramadan tahun ni, betul tak? Tambah lagi dengan situasi covid-19 ni... Jadi, kita yang masih diberi peluang dan ruang ni, bersyukurlah dulu, yedok

Tahun ni, bulan Ramadan kita agak lain dari tahun-tahun sebelum. Kalau tahun lepas, kita ada bazaar Ramadan yang panjangnya sampai tak larat nak jalan, tahun ni nak keluar rumah pun tak dibenarkan tanpa sebab yang penting. Kalau tahun lepas kita boleh plan nak iftar dengan member, tahun ni nak pergi kelas/kerja pun kena online je. Kalau tahun lepas kita dapat nak join tarawih dekat surau or masjid dengan imam yang punya suara sedap, tahun ni tarawih sendiri, paling untung pun dengan family.

Apa keadaan sekalipun, semua tu bukan alasan untuk tak menjadikan Ramadan kita lebih baik dari tahun-tahun lepas. Apa kata kita belajar untuk look on the bright side, dengan tiadanya bazaar Ramadan yang panjangnya boleh patah kaki berjalan, kita boleh berjimat disamping mengelakkan pembaziran. Kaum ibu-ibu, masa nilah nak test power kat dapur, try test menu bazaar yang selama ni beli je, ye tak ? Walaupun tahun ni kita tak dapat nak iftar dengan member semua, kita dapat nak luangkan lebih masa dengan orang-orang terdekat. Walaupun tahun ni tak dapat nak tarawih jemaah di masjid atau surau dengan imam yang punya suara sedap, kita masih boleh jemaah di rumah dengan ayah atau abang sebagai imam. Masa nilah kaum adam ni nak tunjuk power dekat anak isteri, ye tak ?

Apa yang aku nak cakap kat sini, daripada kita fokus dengan apa yang kita tak ada, lagi baik kita jaga apa yang kita ada. Biasa kan dengar ayat tu ? Aku ulang je as peringatan kita semua. Lagipun kan, anggaplah puasa tahun ni as pengalaman baru nanti boleh lah nak cerita dekat anak cucu yang puasa tahun 2020 kita ni unik. Hehe.

Anyway, aku harap kita semua mampulah nak beramal dalam keadaan new normal ni. Target aku, Ramadan tahun ni nak khatam al-Quran at least sekali. Ni rasanya banyak tahun dah target benda sama tapi tak juga tercapai. Asyik kecundang ajaa. Doakan aku berjaya lah tahun ni. Aku tak berniat nak taip panjang pun, so better stop kat sini kot. Selamat beramal semua !

I'm wishing all of the Muslim a Ramadan Kareem ! May Allah bless all of us always ~

with me,
-thes

Post a Comment

20 Comments

  1. selamat menyambut ramadhan al-mubarak suraya. ^^

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa awak!! hehe esok pagi jangan lupa bangun sahur tau! ^_^
    .
    Oh ya, nice sharing!

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya dan selamat berpuasa ye

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa.. Moga puasa kita kali ni lebih keberkatan.. Follow sini..

    ReplyDelete
  5. Ramadan Kareem to you too.

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan Dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. Ramadan Kareem to you ♥

    ReplyDelete
  8. visit back

    https://f4ndhy.blogspot.com/2019/12/secawan-kopi.html

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadan..
    Selama bersahur, berpuasa dna berterawih..
    Semoga azam untuk khatam Al Qurang akan berjaya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan..semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan lebih bermanfaat. Aamiin

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa.. Done follow #156

    ReplyDelete
  13. selamat berpuasa the suraya untuk harini. hari ke 11~

    ReplyDelete
  14. Alhamdullilah kita semua sekarang dipertemukan hingga ramadhan di tahun 2020, semoga berkah ramadhan tahun ini kita sehat selalu

    ReplyDelete
  15. Ramadhan Kareem dik. Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya aamiin

    ReplyDelete
  16. Selamat berpuasa Su, 'daripada kita fokus dengan apa yang kita tak ada, lagi baik kita jaga apa yang kita ada', best ayat tu Su.

    ReplyDelete
  17. I don't like going to bazaar so much, suka masak sendiri.

    ReplyDelete
  18. selamat berpuasa kepada semua yang baca ni !!

    ReplyDelete
  19. Selamat berpuasa :D
    Moga Ramadan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini, insyaAllah.

    Salam kenalan. Fatin follow sini ya. #161

    Blog

    ReplyDelete
  20. Salam Ramadhan dan Salam Syawal (lagi 3 hari)! 😃

    ReplyDelete