Dr. Isaac Luth by Afiadz

Assalamualaikum, good day dearest! Happy weekend everyone! Serasa macam baru je cuti sem haritu, sedar-sedar dah seminggu aku dekat kampus huhu. Seminggu masuk kampus, semua kucar-kacir aduhaiii, takpelah cerita hari lain, ni entry untuk #bookreview. 





Tajuk: Dr. Isaac Luth
Penulis: Afiadz
Mukasurat: 348 pages
Penerbit: Afiadz
Terbitan: September 2021
e-ISBN: 9789672601104
Format: e-book (PDF)
Blurb:

Disebabkan terlalu kecewa dengan bakal tunangnya yang bertindak untuk memutuskan hubungan meraka yang telah terjalin selama lima tahun lamanya, Aina telah menutup pintu hati serapat-rapatnya untuk semua lelaki.

"Saya bukan lelaki yang terbaik untuk awak. You deserve someone better” – Fakhri al-Razi

Sebagai doktor pelatih yang baru dilantik, Aina ditempatkan di hospital nun jauh terletak di Negeri di Bawah Bayu. Tiada tempat untuk bersandar, tiada bahu untuk bergantung, Aina berasa sunyi. Munculnya medical officer berperangai bapa singa seperti Dr Isaac menambahkan lagi sesak di kepala. Pantang buat silap sikit, mulut laser lelaki itu pasti berbunyi.

“Patutlah documentation pesakit ni tak lengkap. Kerja you berangan je. Kalau macam inilah sikap you, baik you tak payah jadi doktor. Bazir duit kerajaan je gajikan doktor macam you.” – Dr Isaac Luth

“Kalau Dr rasa dah cukup gah sangat sampai boleh layan orang bawahan seperti ini, Dr silap.” – Aina Qistina

Tanpa sedar, bunga-bunga cinta berputik. Dalam diam, Dr Isaac memendam rasa. Tidak nampak muka Aina dalam sehari, hatinya resah. Berbagai-bagai usaha dia lakukan untuk memikat hati si gadis yang rupawan.

“Boleh saya jadi doktor yang merawat luka di hati awak?” – Dr Isaac Luth.

Aina keliru. Antara mengejar kasih bekas buah hati ataupun menyambut huluran cinta si doktor handsome? Mampukah Dr Isaac mencantum kepingan hati Aina yang sekian lama hancur berserpihan?

 

E-book dengan total page 356 pages ni mengisahkan Aina Qistina, HO di sebuah hospital di Sabah. Disebabkan dia berasal daripada Bangi, Sabah adalah satu tempat yang sangat asing bagi Aina. Dan kerana jarak beribu batu, hubungan percintaan yang terjalin lime tahun lamanya terputus. Kerana kecewa, segalanya kucar-kacir bagi Aina. Ditambah lagi dengan kehadiran senior MO yang pantang salah sikit terus kena sembur, lagilah parah hatinya.


Sejujurnya, aku agak kecewa dengan watak Aina. Walaupun penulis sendiri ada mention yang Aina ni 'aware' yang dia sangat tak professional bilamana urusan peribadi dan urusan kerja dicampuradukkan. I mean, dia doktor kot (walaupun doktor pelatih)  tapi oh gosh, salah prescribe ubat dekat patient? Seram dengar weh! Memang padan jugaklah asyik kena marah dengan Dr. Isaac.


Dr. Isaac Luth. Seorang yang baik tapi dalam baiknya ada ketegasan. Dan disebabkan first meet dia dengan Aina agak pincang, memang ada sajalah salah Aina dimatanya. Tapi siapa sangka yang setiap tengkingan dia tu sekadar untuk menutup rasa ynga bertamu di hati. Ikutkan aku yang membaca sebenarnya, aku tak berapa rasa chemistry antara dua watak utama ni masa awal-awal. Selain babak Dr. Isaac dok maki hamun Aina, dan dia menjadi hero tatkala Aina dalam kesusahan, aku rasa tak babak yang membuatkan aku berbunga-bunga dengan relationship depa. First confession daripada Dr. Isaac pun sangat tiba-tiba. Tapi from that point, nampak la lebih mesra hubungan Aina-Isaac lepastu barulah datang bunga-bunga kecintaan itu ihiks.


Memandangkan kedua-dua hero heroin bekerja dalam sektor perubatan ha makanya bersiap sedia la dengan segala terminologi perubatan. Tapi kebanyakannya agak familiar lah (thank god for all those medical k-drama). Interesting tau baca buku yang ada term-term yang kita tak familiar and tak guna dalam kehidupan seharian. Lagilah dulu berangan nak jadi dokter ha ni kita merealisasikan impian through others' stories jelah kan hehe.


Bagi aku e-book ni is just a decent read. No complicated matters and conflicts. And semestinya bukan heavy read lah. Aku suka baca part Aina nak bertunang tapi insist tak nak tengok gambar tunang dia. Itulah menyombong sekali tunang dok sebelah pun tak kenal tunang sendiri. Tapi-tapi aku agak tak gemar la cara ibu ayah Aina terima pinangan Isaac tanpa kenal hati budi dia betul-betul (ni impact cerita Bulan Henti Bicara). Nasibla yang meminang ni Dr. Isaac, kalau bang Jamali? Kan ke haru tu.

Post a Comment

0 Comments