Umar Hatta by Jaja Ahmad

Assalamualaikum, good day dearest! 





Tajuk: Umar Hatta
Penulis: Jaja Ahmad
Mukasurat: 518 pages
Penerbit: Anaasa Publication
Terbitan: April 2018
ISBN: 9789670870533
Blurb: 

"Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley." - HATTA

Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.

"Ley, I'm serious. Deadly serious. Nak mati punya serious I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?" - HATTA

Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.

Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.

"Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?" - ZAFRAN

Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.

Leyla mahu rebah dan Hatta pula sedah mula lelah. Tidak tegar untuk dia melawan dan tidak mampu untuk dia pertahankan, akhirnya bahu dia dijadikan alas untuk menanggung segala kesalahan. Hatta akur dan Leyla semakin berduka.

Mampukah Hatta bangun semula dari segala kesedihan dan rasa kecewa? 'Battle with our innerself is hundred times harder than pergi medan perang.'


Selepas 'Cinta Han Dan Nad', novel ni merupakan karya Jaja Ahmad yang kedua yang aku baca. Kalau ikutkan, aku lebih excited nak baca novel ni (without any specific reason) tapi entahlah, seorang Suraya memang akan kaut je novel mana yang capai dek tangan untuk dibaca. Since aku enjoy novel daripada penulis ni sebelum ni jadi aku punya expectation untuk novel ni juga pada aras yang sama. Mengharapkan ceritanya punya isi. Dan aku tidak kecewa.


Leyla, pekerja yang penuh dedikasi, agak masuk air dan ramah. Normal bagi seorang Ley untuk ada crush dan kalini, dia sukakan big boss aka Umar Hatta. Selamba derk dia je tenung anak teruna orang, siap pakej berangan! Tapi bila tertangkap dengan tuan badan hah, malu kauuu! Hatta. Seorang ketua yang serious semasa bekerja, jarang senyum, dan beku. Pendek kata Hatta seorang yang expressionless. Dalam pada beku Hatta, hati Ley tetap terpikat. Dan kerana kelakuan Ley yang bagi Hatta itu aneh dan pelik, dalam diam dia diperhatikan. Sehinggalah Hatta yakin tentang perasaannya, lalu di kafe isi hati diluahkan.


Jujurnya, aku ingatkan novel ni takde konflik yang berat. Hatta suka Ley, Ley suka Hatta, throw in a jealous ex-boyfriend or something, fight, kahwin, tutup buku. Tapi rupanya aku silap. Sungguh aku tak sangka adanya rahsia di sebalik seorang Umar Hatta. Dan hashtag pada cover buku ni rupanya sangat bermakna. #HattaBukanUmar Aku ingatkan sekadar tagline biasa rupanya sangat mendalam maksud hashtag tu.


Identiti Zafran yang pada mulanya aku ingatkan ex-bf Ley sangat meleset. Dan kehadiran Zafran ni memang mengkucar-kacirkan lagi hidup seorang Hatta. To be honest, aku geram gila dengan Hatta yang mengunci mulut setiap kali Ley cuba untuk faham dia. Even lepas mereka dah kahwin. Hish, emo betul. Bukan ke orang kata tiada rahsia antara suami isteri (orang kata bukan aku, aku dengar orang kata je). Dan bila dia dah buka mulut, aku faham kenapa Ley react the way she did. After his silences, haruslah Ley came up dengan dia punya andaian sendiri, maklumlah perempuan kan. Tapi aku salute dengan watak Ley ni, dia tetap cuba pertahankan rumahtangga dia walaupun Hatta kononnya nak lepaskan dia (hah geram gak part Hatta ni dok fight separuh jalan hish)


Perjalanan Hatta-Leyla untuk happy ending ni bukan mudah. Filled with sadness, grief, loss dan kembali semula pada acceptance and repentance. Rahsia yang Hatta simpan kemas pun sangat aku tak jangka dan semestinya bila rahsia tu pecah, sangat menyakitkan. Aku suka dengan character development Hatta. Saat dia mula sedar silap dia yang jauh daripada Tuhan, serious aku rasa sangat tersentuh. Leyla juga, the way she supported and bring her husband back to the right path, ohhh, I loved that scene. So overall, Umar Hatta bukanlah satu novel yang oh-so-cliche dan lame walaupun temanya memang lame and cliche.


-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. tak suka orang ketiga datang bagi batu api ni. apa konflik dia ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. konflik dia more to rahsia yg Hatta simpan, berkait dengan Zafran and that secret may and may not destroy relationship hatta dengan semua orang including his family

      Delete