Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure by Hudanajwa

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure 

Penulis: Hudanajwa 

Mukasurat: 778

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Idea Kreatif

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672803386

Blurb:

Thariq Ridzuwan , seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.

Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.


Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.


Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.


"I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am." - HUSNIYA RADWA


Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.


"Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can't promise to fix all your problem. But I can promise you won't face them all alone." - THARIQ RIDZUWAN


Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.


Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan?


Selepas kecewa dengan Thariq yang berpaling tadah dalam hubungan cinta, Husniya semakin menjauhkan diri daripada kaum lelaki. Tekanan daripada keluarga, terutama si ibu sedari kecil membuatkan dia mempunyai masalah anxiety dan depression. Pertemuan semula dengan Thariq menyedarkan Husniya bahawa perasaannya kepada Thariq tidak pernah berubah. Lamaran Thariq saat dia dihimpit dengan jodoh pilihan umi umpama jalan keluar yang dia tak minta.


Pertama sekali, watak Husniya Radwa ni sangat menarik bagi aku. Walaupun dia ada anxiety, dia tetap berani melawan balik untuk pertahankan diri. Tak tunggu suami datang untuk pertahankan dia, dia dulu dah sembur orang-orang yang mengata dia. Savage pulak tu dia punya balasan. Thariq pula seorang pelindung yang sempurna untuk Husniya. Tak cukup protect dia daripada keluarga mentua, dengan keluarga sendiri pun Thariq protect. Dan Thariq sentiasa faham perasaan Husniya and selalu ada untuk berikan rasa selesa dan selamat pada Husniya.


Jalan ceritanya pun menarik cuma agak meleret. Penat jugalah nak menghabiskan kisah ni. Kalau penulis pendekkan ke 400-500 pages pun aku rasa dah cukup dan memadai. Konflik kekeluargaan yang diketengahkan membuatkan aku tertarik nak teruskan bacaan. Serius, family Husniya ni gila. Yang umi dah serupa meroyan, adik beradik pun naik minyak sama dah kenapa. Bapak pulak eloklah jadi tukang tengok. Ish geram aku. Penulisan santai dan ada beberapa perkataan yang dieja dengan gaya pasar yang sesetengah orang tak suka tapi aku okay je.


Side characters geng Holy Dragon yang masing-masing ada buku sendiri semuanya menarik. Lagi-lagi bila ada Kevin dengan Haider. Manjanglah masuk air. Nampak menyerlah juga bonding mereka semua as family-friend. Aku tertarik juga nak baca kisah mereka semua ni tapi tengoklah dulu, macam malas pun ada sebab ramai sangat yang nak dibaca. TBR aku ni pun tak ada gaya nak menyusut. Apapun, tahniah kepada penulis untuk novel ni. Ramai betul peminat Thariq eh.


-thes

Post a Comment

0 Comments