Her Chosen Guardian by Cik Mardiah

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Her Chosen Guardian

Penulis: Cik Mardiah

Mukasurat: 397

Genre: Romantik

Penerbit: AHA Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 978-967-0082-09-7

Related title(s): Her Chosen Imam, Her Chosen One

Blurb:

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tetapi perpisahan itu tak akan terjadi seandainya tanpa izin Tuhan. Tiga tahun berlalu, takdir kembali mempertemukan Syafiq dan Megan. Kali ini, Megan yakin bahawa perasaannya pada Syafiq bukan hanya sekadar rasa yang menyinggah.

 

“Jangan suka saya,” – SYAFIQ

 

Megan ingatkan mereka berkongsi rasa hati yang sama. Tapi sebaliknya, hanya dia yang beria-ria. Kerana kecewa, Megan meletakkan titik noktah pada hubungan mereka. Tapi kalau dah namanya jdoh, campaklah sehingga ke cenua Afrika pun pasti akan bertemu juga.

 

“Dah berpunya ke?” – SYAFIQ

“Kenapa tanya? Awak dah rasa menyesal ke sebab reject saya dulu?” – MEGAN

“Kalau betul dah berpunya, saya harap ak terlewat untuk saya ucapkan tahniah,” – SYAFIQ

 

Megan tak mampu menolak hakikat bahawa setiap detik yang dilalui bersama pegawai tentera itu merupakan detik yang paling terindah buatnya. Bagi Syafiq pula, satu peristiwa yang berlaku membuatkan dia yakin bahawa wartawan jelita itu adalah seseorang yang telah diciptakn Tuhan untuknya.

 

Kisah cinta mereka bermula. Sangka mereka, itulah sebenar-benar bahagia buat mereka. Tapi apabila Tuhan berkata tidak, akan wujudnkah happy ending untuk kisah cinta mereka?

 

“Abang janji akan balik,” – SYAFIQ

 

Kejamnya takdir, janji itu hanyalah sekadar janji di mulut. Di sana hilang tanpa khabar berita. Di sini merindu separuh jiwa


Buku kedua dalam siri Her Chosen mengisahkan Megan, wartawan berbangsa Cina yang menyimpan hati pada Syafiq, seorang askar yang merupakan teman baik kepada suami kawannya. Tiga tahun berlalu tanpa dia mengatakan apa-apa. Satu kejadian telah merapatkan mereka dan akhirnya mereka berkawan rapat sehingga Megan yakin Syafiq juga menyimpan rasa untuknya, Belum sempat dia meluahkan rasa, Syafiq lebih dulu melarang. Dengan hati yang lara, Megan meletakkan noktah pada persahabatan mereka.


Pertemuan semula selepas perpisahan sementara mereka menyedarkan Megan bahawa hatinya masih pada Syafiq. Dan Syafiq pula... Aduh kenapa terlebih manis menjaga Megan?! Lepastu mulalah nak acah-acah nak try Megan pulak lepas reject dia. Scene gelang tu comel gila wehh. Memang asyiklah aku duk tendang angin.


Bagi aku cerita ni cerita yang santai dan agak datar juga kerana tak ada plot twist yang gempak-gempak. Tapi tak menghalang aku untuk enjoy pembacaan. Ni merupakan kali kedua aku baca karya penulis dan aku memang sangat suka dengan penulisan penulis. Konflik cinta Megan dan Syafiq pun taklah besar mana yang mampu menghuru-harakan hubungan mereka dan bagi aku itu dah cukup. Sedikit babak aksi dan debaran dengan kisah pemberontak semasa Megan dan Syafiq secara kebetulan bertugas di negara bergolak sebagai penambah rasa menyerikan lagi buku ni. Kitonyo suko cerita aksi.


Kisah penghijrahan Megan pun sedap untuk dihayati walaupun tak berapa mendalam. Aku seronok dengan friendship antara Megan, Nerissa dan Sabrina. Comel jeee walaupun babak mereka bertiga tak banyak. Nanti kita grab buku dorang pulak.


-thes

Post a Comment

0 Comments