Venom Suria by Mazni Aznita

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Venom Suria 

Penulis: Mazni Aznita

Mukasurat: 692

Genre: Thriller, Romantik, Misteri, Paranormal

Penerbit: Buku Prima

Terbitan: 2012

ISBN: 978-967-0342-40-5

Blurb:

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!


"Apa Suria takut pada Mahira? Takut dengan semua kebenaran yang Suria tahu? Atau takut dengan saya? - NAZRUL

"Kebetulan saya datang sini nak makan dengan teman lelaki. Oh ya, saya duduk kat meja hujung sana dekat dengan bar table. Kalau dah nak balik nanti, singgah-singgahlah tegur ya." - SURIA

"Cik Suria kan wartawan popular. Tak perlu nak mention sebut fasal teman lelaki ke apa ke... tak sebut pun orang takkan teka yang Cik Suria ni tak ada teman lelaki." - IZWAN


Darah Suria berderau naik ke muka. Dia mencerlung tajam memandang lelaki itu. Namun wajah di hadapannya tidak sedikit pun berubah. Damn it! Asyik-asyik nak sakitkan hati aku aje. Apa kena dengan mamat ni? Psycho ke?


Kisah bermula pada tahun 1458 dan setiap peredaran zaman memperkenalkan watak-watak baharu. Tak aku nafikan, beberapa bab permulaan sangat mengelirukan dengan perubahan masa dan watak-watak  baru yang diperkenalkan. Semkain aku baca, semakin aku tertanya-tanya tentang perkaitan watak di masa lampau dengan watak-watak di masa sekarang (2012).


Suria Baharom, seorang wartawan jenayah di KZM yang popular. Kejadian pembunuhan seorang wanita di hutan simpan telah menemukan dia dengan Izwan, seorang inspektor yang tegas, dingin dan anti-wartawan. Pertemuan dengan Suria menjengkelkan Izwan, apatah lagi apabila gadis itu sering mendesaknya untuk mendapatkan maklumat berkaitan kes untuk laporannya.


Atas arahan ibunya, Yong Habibah, Nazrul terpaksa pulang ke Malaysia dan berkhidmat di KZM, syarikat ayah tirinya dan meneruskan misi keturunannya. Misi yang dari kecil ibunya sebutkan dan misi yang dia sendiri tidak faham pentingnya. Pertemuan dengan Suria telah menceriakan hari-harinya walaupun dia tahu, hubungannya dengan Suria pasti akan menjadi bantahan kepada ibunya.


Walaupun sangat memeningkan pada permulaannya, aku tetap tak boleh nak berhenti membaca sebab banyak soalan yang tertimbul dan aku perlukan jawapan untuk setiap soalan aku. Susunan plot yang kemas dengan rahsia demi rahsia disingkap perlahan-lahan membuatkan pembacaan aku semakin laju. Perkaitan antara watak-watak di masa lampau dan watak di masa nyata juga mula kelihatan.


Aku suka dengan chemistry antara Suria dan Izwan dalam membentang teori-teori tentang pembunuhan Masyitah. Terserlah kebijaksaan Suria walaupun selalunya dia terlalu gopoh mengambil tindakan tanpa mempedulikan keselamatan diri. Izwan pula walaupun skeptikal dengan teori yang melibatkan entiti yang tak boleh dilihat dengan mata kasar, dia tetap tidak menolak 100%. Watak Nazrul pula lebih kepada pelindung Suria yang sedia untuk menyelamatkannya.


Aku lebih suka tema thriller dan misteri buku ni berbanding tema romantik sebab aku tak boleh nak rasa apa-apa yang romantik antara Suria dan Izwan atau Nazrul. Chemistry Suria dan Izwan hanya menyerlah dengan gandingan mereka menyelesaikan misteri pembunuhan. Antara Suria dan Nazrul pula aku hanya boleh rasa yang Nazrul  ni bertepuk sebelah tangan. Elemen misteri dan thriller on the other hand, memang boleh rasa dari awal sampai habis buku.


Selepas lebih 10 tahun diterbitkan, aku masih boleh enjoy cerita buku ni. Tahniah kepada puan penulis untuk kisah ni.

 

-thes

Post a Comment

0 Comments