Dari Orion ke Polaris by Riley Fizan

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Dari Orion ke Polaris 

Penulis: Riley Fizan

Mukasurat: 717

Genre: Cinta, Misteri

Penerbit: Penulisan2U

Terbitan: 2019

ISBN: 9789672321040

Blurb:

"Awak masih hidup, Hakimi. Awak cuma hilang dan sekarang saya cuma perlu cari awak!" - ADRIYANA


Selepas enam tahun berlalu, bersama tekad itu Adriyana merancang unutk memulakan semula misi mencari Hakimi Adam Song, lelaki yang bersinar umpama bintang di matanya. Si bintang POLARIS.


Mustahil manusia hilang begitu sahaja di dunia ini. Bersembunyi mahupun tersembunyi, pasti Hakimi ada di mana-mana. Sekurang-kurangnya itu yang Adriyana harapkan. Namun, memulakan misi pencarian ini tidak semudah yang Adriyana sangka.


"Dah enam tahun dia hilang, Riyana. Tak ada jejak. Tiada khabar berita langsung!" - RAFIQ

"No news is a good news!" - ADRIYANA

"Riyana, berhenti berharap lagi! Apa yang kau harapkan kalau betul Hakimi masih hidup? Berharap yang dia dan kau akan bersama-sama? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kat kau dulu?" -  RAFIQ


Selalunya Adriyana akan mengambil setiap nasihat Rafiq. Lagipula mereka sudah lama bersahabat baik. Tetapi tidak kali ini. Tidak selepas kemunculan beberapa klu dan petunjuk, seolah-olah memujuk Adriyana untuk tidak berhenti mencari Hakimi. Walaupun klu dan petunjuk itu datang bersama ancaman yang membahayakan nyawa Adriyana sendiri.


"Aku ada teori, mungkin kau ada sakitkan hati orang dan sekarang orang tu nak bunuh kau. Kemalangan tadi pula memang dirancang." - ZARITH


Zarith, si jurugambar baru di tempat kerja. Kenal dengan Adriyana pun belum lama tetapi sudah pandai-pandai buat andaian yang menakutkan begitu. Peliknya Zarith ini, dia memberi satu perasaan aneh pada Adriyana, seolah-olah mereka sudah saling kenal sebelum ini. Siapa awak sebenarnya, Zarith? Tekad, Adriyana tetap mahu mula mencari Hakimi. Walaupun mungkin pencarian itu akan membongkarkan rahsia mengejutkan yang bakal merubah apa yang Adriyana tahu sebelum ini.


"Jika Polaris yang selama ini kekal di langit utara tiba-tiba hilang. Lesap. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat?" - ADRIYANA

"Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya. Awak perlu singkap hijab itu." -  ZARITH 


Enam tahun berlalu sejak Hakimi dilaporkan hilang. Meski sibuk dengan tugasan sebagai seorang wartawan, Adriyana tidak pernah melupakannya. Apatah lagi setelah Nita Rudaini, sahabat baiknya yang merupakan seorang pelakon terkenal mengumumkan perkahwinannya yang akan diadakan di kolej lama mereka. Nekad untuk kembali mencari Hakimi sambil menghadiri majlis perkahwinan kawannya, Adriyana mula menerima ugutan bunuh serta poskad-poskad dengan latar belakang bintang bersama mesej yang mengingatkannya kepada Hakimi.


Novel ni dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama lebih tertumpu kepada latar belakang Adriyana dan juga orang sekelilingnya. Latar masa juga berubah-ubah, ada throwback semasa Adriyana, Nita, Rizal, Hakimi di kolej. Bagaimana Adriyana mula mengenali Hakimi dan macam mana Hakimi meninggalkan impak yang besar dalam hidup Adriyana. Jujurnya, permulaan novel ni sangat perlahan dan datar bagi aku. Dengan babnya yang boleh tahan panjang, susah juga aku nak kekalkan momentum bacaan aku. Tapi disebabkan aku sangat intrigued dengan kehilangan Hakimi dan juga orang yang mengugut Adriyana, aku dapat teruskan bacaan. Watak Zarith yang acah playboy sejati tapi caring habis dengan Adriyana pun menarik.


Dalam bahagian pertama, banyak fakta-fakta mengenai bintang yang penulis sajikan, sesuailah dengan tajuk novel. Agak susah sikit untuk aku ikut conversation pasal bintang ni sebab ilmu berkaitan bintang yang aku tahu pun setakat science lower form aje. Itu pun dah tak ingat sangat. Banyak juga fakta-fakta yang menarik terutamanya kedudukan satu-satu bintang dan fungsinya kepada manusia.


Peleraian bahagian pertama sedih juga tapi itulah realiti. Bahagian kedua pula lebih tertumpu kepada hubungan Adriyana dan Zarith selepas mengetahui kebenaran tentang kehilangan Hakimi. Aku suka watak Zarith yang sentiasa melindung dan menjaga Adriyana. Tapi itulah, endingnya sangat tak memuaskan hati aku hahaha. Apapun, novel ni best sangat and lain daripada yang lain. A recommended read!


-thes

Post a Comment

0 Comments