Rindu Tiada Noktah by Dhiyana

Assalamualaikum, good day dearest! Dua paper dah lepas, tinggal lagi dua; esok satu paper, next week lagi satu paper. Fuh nervousnya dah nak masuk kampus ni.. Kes pulak macam makin seram haih. Doakan semua berjalan lancar ehh.




Tajuk: Rindu Tiada Noktah
Penulis: Dhiyana
Mukasurat: 617 pages
Penerbit: Anaasa Publication
Terbitan: Julai 2017
ISBN: 9789670870441
Blurb:

Percutian ke India menemukan semula Khai dan Adwa selepas bertahun-tahun tamat persekolahan. Adwa membuatkan Khai terpana. Ada sesuatu pada Adwa yang selama ini tidak diendahkan. Dia jatuh cinta! Dia mesti tawan hati itu.

"Kalau saya tak nak bercinta dengan awak?" - ASWA QISTINA
"Okey... jom kita berkahwin!" - SYED QAYYUM

Kasih disahut Adwa. Hubungan direstui keluarga. Dua keping hati disimpul rapi di dalam ikatan pertunangan. Masing-masing mula menyemai benih kasih untuk menyuburkan lagi taman hati. 

Namun, Khai diduga dengan kehilangan insan tersayang. Sebuah rahsia ditinggalkan. Kerana rahsia itu, Khai pergi membawa diri tanpa menoleh buat kali terakhir. Dalam tak sedar, hati Adwa disakiti dengan sebuah penantian.

Di Tanah Suci menemukan semula pasangan kekasih yang setelah sekian lama terpisah. Rindu itu tak pernah terpadam. Malah semakin marak menyala apabila kembali bertentang mata. Khai  mengalah apabila masing-masing tak sanggup lagi menanggung rindu. Di hadapan keluarga Adwa, dia mengakhiri sebuah penantian.

"I thought you never love me anymore." - ADWA QISTINA
"Hati ni... Hanya ada nama awak. Tak mungkin ada nama yang lain. Sejuk dulu sampailah bila-bila pun" - SYED QAYYUM

Mereka hanya ada cinta dan kesetiaan. Namun mampukah cinta dan kesetiaan itu menghuni sekeping hati yang semakin diuji? Rindu ini tiada penghujungnya. Malah ia tiada bernoktah.


Kisah Khai dan Adwa, kenal dari sekolah menengah tapi tak pernah berkawan baik pun. Satu batch cume kenal gitu-gitu. Penyertaan mereka untuk program backpacking ke India memberikan satu rasa pada Khai. Sepanjang di India, Khai manfaat setiap ruang dan masa untuk dekat dengan Adwa. Satu persatu taktik dia gunakan untuk pastikan Adwa tahu perasaan dia. Comel sungguh cara dia, dapat pulak Adwa ni sejenis yang malas layan, hah memang parah member nak tackle anak dara orang.


Adwa, hatinya dah tertarik dalam diam tapi kerana ragukan perangai Khai yang agak flirty and mesra alam tu, dia menidakkan perasaan sendiri. Tapi lama-kelamaan dia kenal dengan empunya nama Syed Qayyum, Adwa makin yakin dengan perasaan dia. Dan kerana kesungguhan Khai untuk dapatkan Adwa, habis backpacking pun dia masih memujuk Adwa. Keputusan mereka untuk bertunang sebelum Khai balik ke Kanada agak mengejutkan tapi benda baik,  buat apa tangguh, kan?


Aku suka baca depa punya pengalaman backpacking ke India, sangat menarik. Dengan gambaran suasana di setiap tempat yang depa pergi jelas and terperinci, dengan aku sendiri rasa macam tengah mengembara. Tambah pulak dalam backpacking ni ada Aidan and Khadijah, bestfriends Khai merangkap teman sekolah Adwa yang sentiasa menyakat dan menceriakan keadaan. Terasa seronoknya travel dengan member rapat.


Kerana satu rahsia yang disimpan Khai, dia dihalau keluar oleh mamanya sendiri. Rahsia yang aku langsung tak mampu nak teka. Berkali-kali juga aku cuba untuk cari hint yang penulis tinggalkan tapi gagal. Sungguh aku tak sangka. Cuma aku terkecewa jugakla Khai ni pergi tinggalkan segalanya tanpa pengetahuan sesiapa. Dan kerana peninggalan Khai, Adwa menanti dalam derita rindu.


Kali kedua mereka dipertemukan setelah bertahun terpisah, Adwa is new. And I like the new Adwa. Bolder, stronger and of course still loyal. I love how dia tak melatah masa pertama kali bertemu dengan Khai. Khai pulak.... He became more matured, more responsible and paling penting, he doesn't hold grudge or anything dekat mama dia. And still knows his priorities. What I really loves about these two is that, no third person. I mean, sure ada Fawwaz yang sukakan Adwa and Hayla yang sukakan Khai tapi both tak berjaya pun mengganggu gugat hubungan Adwa dengan Khai. And the way they understand each other are so cute oh pleaseee.


Setiap babak yang ditulis, semuanya sampai pada aku. Babak sedih tu jangan cakap laa. Sedih aku bila Khai tinggalkan Adwa tanpa good-bye lagi sedih baca babak Husna(adik Khai) dengan Khai. Lagi sedih baca betapa egonya mama Khai sampai langsung tak acknowledge Khai walaupun depan mata. Awal sampai akhir (takdelah awal, awal tapi awal jugakla, novel ni tebal kot) memang drama air mata weh. Sediakan la tisu kat sebelah lap hingus. 


Overall, saya kastemer(customer) yang berpuas hati. First time baca karya daripada penulis ni and I can say that she's a great author! Boleh pertimbangkan karya beliau yang lain..

-thes 

Post a Comment

6 Comments

  1. tahun 2022 belum start baca novel lagi...adoii

    ReplyDelete
  2. macam best je. nak preloved tak? hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa, macam sayang je nak preloved novel niii hehe

      Delete
  3. selamat membaca. nampak mcm best je plot novel ini..

    ReplyDelete