Cinta, Untuk Sekali Lagi by Lila Vee

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Cinta, Untuk Sekali Lagi 

Penulis: Lila Vee

Mukasurat: 402

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Manes Workworks

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672660200

Blurb:

I

Lima tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk seseorang itu 'move on' daripada kisah cinta yang pernah bertanda dalam hati. Tapi entah kenapa, sejauh mana Anne Dahlia cuba lari, sekuat mana dia cuba menafikan, cinta itu tetap gagal dipadamkan daripada memori.


"Alan, you nampak benteng pasir kat tengah tu? Macam mana kuat pun ombak, macam mana deras arus sungai... dua-dua tak boleh bercantum. Sama macam kita!" - ANNE


II

Kata orang, cinta semestinya memiliki. Tapi, kata Idlan Zuhairi... sekali cinta itu sudah dimiliki; dia tidak akan beralih arah lagi. Biarpun si dia sudah tidak mahu berjalan seiring dengannya lagi.


"Well, there's a weird pleasure in loving someone who doesn't love you back." - ALAN


Bagi kebanyakan kisah cinta, biasanya dimulakan dengan 'love at the first sight' dan berakhir dengan 'happily ever after'. Tapi, sayangnya, kisah cinta 'Alan-Anne' ini tidak semudah itu. Lantas, mereka akur memilih jalan yan berbeza untuk mencari erti bahagia masing-masing.


Tapi bagaimana jika jalan yang dipilih itu, membawa mereka ke penghujung yang sama? Dapatkah mereka menerima cinta, untuk sekali lagi?


"Cinta, Untuk Sekali Lagi memperlihatkan kematangan Lila Vee dalam membina plot, latar dan 'menghidupkan' watak Anne dan Alan. Tahniah, Lila Vee!" - NOOR SURAYA, Editor


Kisah Alan-Anne merupakan sebuah kisah peluang kedua. Setelah perpisahan yang tidak dijangka lima tahun dulu, mereka bertemu kembali, mata ke mata. Peluang kedua yang Alan sentiasa nantikan dan harapkan dan peluang kedua yang Anne tidak jangkakan.


Alan. Hero yang aku selalu bayangkan berketurunan Cina disebabkan namanya disebut-sebut bookstagrammers rupanya tersasar. Sepanjang baca reviews tak pernah (ke aku yang tak perasan) nama sebenar Alan ni rupanya Idlan. Haha, aku tahu pun masa baca blurb dekat belakang buku masa nak beli waktu PBAKL23 haritu (thanks Cik Manes yang wish saya happy reading masa checkout).


Sejujurnya, aku expect kisah yang manis sweet gila dan aku sangat tak menjangkakan ada macam-macam halangan untuk Alan dan Anne ni bersatu semula. Serius, aku expect less drama tapi wow, kesihan sungguh mereka ni jadi mangsa keadaan.


Alan. Seorang hero yang sangat persistent ya untuk pujuk dan dapatkan Anne semula. Abang lawyer yang sentiasa nak meloyar dengan Anne pujaan hati. Tapi selepas tahu kebenaran yang menjadi asbab erpisahan pertamanya, dia mulai mundur. Lumrahlah seorang manusia. Nasib baik ada si Lee, teman baik merangkap bekas abang ipar yang menjadi penguat semangat untuk dia dapatkan semula Anne.


Anne, cikgu viral yang telah mencederakan anak murid sendiri! Dan disebabkan itu, dia terpaksa menerima kembali Alan dalam hidupnya, diletakkan garis professional sepanjang berurusan dengan kes mahkamahnya dan tanpa sedar, hatinya terpaut kembali. Opps silap, terus terpaut lebih tepat memandangkan dia tak pernah melupakan. Watak Anne ni bagi aku adalah watak yang paling nampak developmentnya, daripada seorang yang terus menerus mendiamkan diri dan melarikan diri bila berhadapan dengan masalah kepada seorang yang face the problem, heads on. Ada masa, watak dia ni sangat hilarious, lagi-lagi masa dia mengadu 'tapak kasutkan' anak murid dia tu dekat bestfriend dia. Aduhai, terhibur kejap dekat situ.


Mulanya, aku agak penat dengan Alan dengan Anne ni sebab kedua-duanya macam main tarik tali. He pulled, she pushed, she pulled, he pushed. Again and again. Terutamanya Anne yang sentiasa menolak walaupun hati berdetak lain. Jadinya, pembacaan aku sedikit lambat dan aku tak mampu nak enjoy cerita ni sebagaimana yang aku expect. But then, isu mereka sebenarnya lebih dalam dan big possibility wujud dalam keluarga disekeliling kita. Isu komunikasi, isu campur tangan orang luar dalam keluarga, isu iri hati, isu cemburu, isu kesihatan mental pun ada juga terselit. Banyak pengajaran yang terselit dalam kisah ni. Regardless, penulisan dan penceritaan yang santai memudahkan aku untuk follow novel ni sampai ke hujung.


-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. lama mama tak baca novel. kdg2 bab tarik tali ni best gak cuma jgn terlalu melampau nnti pembaca boring

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama, kalau sikit je bab tarik tolak ni okay je tapi kalau meleret tu haihh memang rasa malas je nak habiskan bacaan

      Delete
  2. Kita pun baru habis baca novel ni -- I have to agree part dorang punya tarik tali boleh jadi kinda memenatkan sikit. Tapi, cara penulisan Lila Vee kena dengan stail kita hence the reason boleh habiskan within few days (hahaha sebab baca selit-selit lepas waktu kerja). There's so much potential for other characters punya stories, sape tahu nanti ada pertembungan macam novel-novel Syud pulak kan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. i'm not really into LV punya writing style tapi still boleh follow la cerita dia. Setuju! Watak sampingan bnyk yg boleh develop lagi and maaaaaybe kita akan dpt kisah dorg pulak, who knows?

      Delete