Fairytale by Puteri Nor

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Fairytale

Penulis: Puteri Nor

Mukasurat: 830

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: KarnaDya

Terbitan: 2019

ISBN: 9789674062897

Related title: Cinta Yang Tak Terungkap

Blurb:

Tiga jiwa - Sofie, Ajmal dan Emry yang pernah terperangkap dalam cinta tiga segi diuji lagi selepas menamatkan pengajian di England. Sikap mementingkan kerjaya Ajmal, egonya, serta persepsinya tentang peranan dan kuasa suami sering buat Sofie berkecil hati.


"Is the feeling over? Is the magic gone?" - SOFIE


Sewaktu trekking di hutan Thailand selepas tamat tugasan luar negara, Ajmal yang bertempur dengan kumpulan penyeludup diisytiharkan terkorban.


Hamil, Sofie tinggal bersama ibu mentua. Ditakdirkan Tuhan, semasa ditimpa kemalangan, dia dibantu Emry.


Tamat edah Sofie, Siah yang melihat Emry sebagai pengganti Ajmal meminang Sofie di luar pengetahuan Emry. Demi mentua, anak-anak dan dendam, Sofie menerima. Tetapi, Emry dilayan seburuk-buruknya.


Berang, mamanya, Zainab nekad memberi Sofie pengajaran. Derita zaman remaja Emry yang diketahui selepas kemunculan adik tiri juga buat Sofie menilai diri.


Semasa menemani Emry menemui uminya di Scotland, hubungan mereka bertambah baik. Di universiti lama, Sofie meminta Emry melakukan sesuatu bagi meredakan traumanya. Sejak itu, mereka rapat terutama selepas terbongkarnya satu rahsia.


"As a one-woman man, I'm still drown in you." - EMRY


Sementara itu, Ajmal yang sebenarnya tidak mati diselamatkan oleh puak bukit dan hidup seperti mereka.


"Aku suka dia, pak. Aku mahu dia." - NAMTHIP


Tahun berlalu. Hubungan Emry dengan ibu dan adik beradik Ajmal kian kukuh. Namun, semua berantakan apabila Ajmal ditemui.


Lepas aku habis baca and usya review dekat GR, baru aku tahu yang novel ni sequel untuk novel CYTT, kisahnya. Aku ingatkan novel ni novel revamp untuk CYTT tu sebab under publisher lain-lain. Eh, tipah tertipu pulak haha. Tapi bagi aku, boleh je faham kisah Sofie-Ajmal-Emry ni walaupun skip CYTT. Maybe, kalau baca CYTT lebih faham banyak kisah silam mereka bertiga and nampaklah kenapa certain watak macam first love Sofie tetiba memunculkan diri sekejap-sekejap dalam novel ni. Masa aku baca macam, apahal kau? Tiber gitu, rupanya bersebab.


Pernah dengar tak kata orang, cinta tak seharusnya memiliki? Well, phrase tu memang sangat kena dengan novel ni sebab aku agak kecewa ya dengan penutupnya. Lol, awal-awal dah kata kecewa dan cerita pasal ending. Well, sebab perjalanan kisah mereka yang membawa ke pengakhiran tu sangat meninggalkan kesan emosi yang aaagak berat kepada aku. And here, korang akan nampaklah antara Ajmal dengan Emry, aku prefer Emry for Sofie. Ahh, nak tulis review tapi sedih cemana?!


Anywayyyy, watak Ajmal di permulaan novel agak menyakitkan hati aku haha. Tapi itulah, aku rasa memang itulah realiti lelaki lepas kahwin (tak semua tapi kebanyakkan dan I think it's getting better with proper education to the young boys). Jangan nak kata tolong masak, tolong cuci anak pun dia taknak arghhh, stress aku dengan mamat seketul ni. Lepastu pulak, tak retilah nak ambil hati bini tu alahai bang oiiii. Bab mengikut cakap mak tu baik dah tapi lurus pembaris sangat pulak sampai tak pandang isteri kat sebelah haih. And then, he went missing after jungle trekking and was declared dead (tak ni bukan spoiler, ni ada dalam blurb).


Kehilangan itu menyeksa Sofie tapi dia perlu bangkit untuk anaknya, Yusuf dan bayi dalam kandungan. Permintaan si ibu mentua, Siah supaya dia berkahwin dengan sahabat baik Ajmal, Emry menyesakkan dada. Aku pelik kenapa Sofie ni hostile gila dengan si Emry. Dah nikah pun, dilayannya kawan tu macam tak wujud. Berbulan lamanya sehinggalah mereka ke Perth untuk mengikat kembali tali silaturrahim.  And here comes the man that every woman deserves as her husband. Emry ni serious perfect. Sabar? Tinggi. Soft-spoken? Semestinya. Romantik? 100 percent! Penyayang? Sofea dan Yusuf dilayan macam anak sendiri. Rajin tolong buat kerja rumah? He is. Agama? Yang pertama. Senang cerita, he got all that good quality. Oh satu je, he got that man ego. One yang menyebabkan aku geram dengan dia dan ending cerita haha. And heloves, too hard imo.


Watak Sofie ni agak menyesakkan juga sebenarnya sebab tak tegas untuk menolak dan melawan. Tapi, nak kata dia turutkan semua yang orang pinta pun, tak jugak sebab dia menolak juga. Cuma, entahlah... Mungkin kerana dia seorang ibu yang nakkan yang terbaik untuk anak dia. Jadi, sekeras mana pun dia menolak, in the end, dia turutkan juga. But still, aku kesian dengan dia yang selalu jadi buah mulut makcik kepoh alumni Southampton and Sherry and Mak Timah. Haaa ni semua membakar hati yang sejuk. Especially si Sherry dengan Mak Timah tu. Mengendeng ajeee, tak malu betul ish.


Cerita ni berat sebenarnya bagi aku. Dengan twist sana sini, dengan rahsia yang tiba-tiba terkeluar, sangat bermain dengan emosi ya. Aku memang ambil masa betul untuk habiskan bacaan. Keadaan kena tenang-tenang, tak boleh stress. Kena nyaman baru boleh baca. Emosi memang kejap turun kejap naik, kejap musim hujan, kejap musim bunga, kejap winter. Haa centu. Epilog yang penulis bagi selepas berbelas tahun berlalu, dengan anak-anak dah membesar, dengan Emry memerhatikan Sofie, it was bittersweet. And that moment Yusuf found him, aaaaaa kita nanisssss. Ok bye nak sambung baca epilog. Conclusion review ni, novel ni best tapi berat ha centu. 




-thes

Post a Comment

0 Comments