Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Penulis Jalanan
Penulis: Teme Abdullah
Mukasurat: 257
Genre: Slice of life, Fiksyen
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672459682
Related title(s): Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan
Blurb:
"Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa."
Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaan kepada tanah air.
Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan. Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit.
"Ikiy... Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri."
Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.
Buku latest Teme Abdullah ni merupakan kesinambungan kisah dalam siri Jalanan. Jujurnya, aku belum khatam kesemua siri Jalanan (Signature Jalanan masih dalam tbr). Memandangkan latar masa Signature Jalanan dengan buku ni agak jauh so aku rasa boleh je untuk aku skip haha.
Dalam buku kalini, Iskandar tekad berhenti kerja di London dan pulang ke Malaysia setelah mengalami kecederaan tulang belakang. Hasratnya untuk menabur khidmat di tanha air tercinta selagi dia masih berkemampuan. Namun, bukan mudah untuk dia capai impiannya. Berkali-kali usahanya untuk mendapatkan kerja dalam bidang seni bina menemukan jalan mati dan setiap kali itu juga dia bangkit menghadapi.
Kisah kalini, sangat inspiring. Dan aku yakin, ramai yang boleh relate dengan kisah Iskandar masa nak mencari kerja. Masa mula-mula aku baca tentang 'wireless', aku sejujurnya tak setuju sebab one way or another, dalam hidup kita ni mungkin ada masa-masa yang kita sendiri tak sedar yang kita ni taklah se-wireless yang kita sangka. Tapi bila aku teruskan bacaan, baru aku faham yang pendapat aku tu sebenarnya lebih kepada penerangan Ahmad tentang 'privilege'.
Hal-hal kronism, nepotism, feudalism yang dibincangkan sedikit sebanyak agak menakutkan aku sebagai seorang student yang dalam fasa dah nak habis belajar. Tapi kejayaan Iskandar juga comforting because akan ada juga caranya walaupun ditempat yang kita tak rancang. Mesej agama walaupun tak terlalu terang dan nyata, tetap ada untuk mengingatkan dan menyempurnakan cerita.
Nak dikatakan kisah dalam siri ni berat, taklah berat tapi aku ambil masa sikit untuk habiskan. Mungkin kerana jalan cerita yang datar lebih kurang separuh buku. Cerita ni santai dan sangat sesuailah untuk dibaca masa lapang sebab takde masalah atau watak yang menyakitkan jiwa. Dan aku tak tahu kenapa, mukasurat terakhir tu seolah-olah kata-kata selamat tinggal, jadinya tersebak sikit haha. Harapnya selamat tinggal untuk kalini ajelah, see you when I see you gitu.
-thes
2 Comments
baru je petang semalam beli. belum buka plastik lagi
ReplyDeleteselamat membaca kak!
Delete