Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung
Penulis: Hilal Asyraf
Mukasurat: 623
Genre: Pengembaraan, Aksi
Penerbit: Hilal Asyraf Resources
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672208365
Related title(s): Nirnama
Blurb:
Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung membawa pembaca menelusuri 19 hikayat yang terpisah tetapi masih mempunyai perkaitannya. 19 hikayat ini tertumpu kepada watak-watak dan peristiwa yang pernah dinyatakan di dalam Novel Nirnama, tetapi dengan latar masa sebelum berlangsungnya kejadian bagai yang diceritakan dalam Novel Nirnama.
Pembaca akandibawa menelusuri kisah-kisah seperti bagaimana Jagat Suci mula bersihir, hari-hari awal Adiwaja menempuh hidup sebagai insan cacat, Tuha dan Taming Sari, Kasturi menjadi laksamana termuda Semutar Putih, Jebat dan Tanggang, Nadim di perkampungan Medini, pertelingkahan Santubong dan Sejinjang, Nirnama saat pertama kali bertarung dengan wakil dari Indera Kayangan, dan beberapa cerita yang akan membuatkan para pembaca menyelam lebih dalam ke alam karya Nirnama ini.
Novel ni merupakan prekuel kepada novel Nirnama. Since novel ni aku beli sewaktu tempoh pre-order, aku ada versi rumi dan jawi dan disebabkan aku on time crunch masa baca novel Nirnama, aku decide untuk prekuel ni, aku baca yang versi rumi je. And surprise surprise, sehari setengah je dah habis baca haha.
Kisah dalam ni merupakan kisah sebelum Jagat Suci bebas daripada pasungan, bahkan sebelum dia mula bersihir. Bukan saja kisah Jagat Suci, tapi semua watak-watak sampingan dalam Nirnama, kisah mereka diceritakan, sebelum apa yang jadi dalam Nirnama. Kisah yang paling dekat dalam hati aku haruslah kisah Adiwaja yang mulanya seorang pendekar gagah diangkat menjadi Laksamana Utama Semutar Putih dan hilang segala-galanya selepas pertembungan terakhir dengan Jagat (sebelum dia dipasung). Sama macam Nirnama, dalam prekuel ni ada juga ilustrasi-ilustrasi dalam celah helaian.
Sebelum baca Nirnama, aku terfikir juga untuk baca prekuel dulu tapi nasib baik aku tak buat. Kalau tak, confirm aku dah spoil nama sebenar Nirnama yang menjadi rahsia, dan segala elemen-elemen kejutan yang ada dalam Nirnama. And aku akan especially get attached dengan relationship Nirnama dengan kekanda-kekanda dia. Lepastu, baca Nirnama, konfem aku akan kecewa teruk dengan apa yang jadi to one of them. So, bersyukur jugalah aku baca Nirnama dulu dan bukannya prekuel ni.
19 hikayat (bab/chapters) yang diberikan sebenarnya tak bersambung-sambung macam Nirnama sebab setiap hikayat akan dicerita tentang watak-watak yang lain tapi semuanya saling berkait. Lebih kurang macam kau tengok teaser untuk movielah. Sikit-sikit je tapi bezanya, prekuel ni menceritakan sebelum movie (in this case, Nirnama) tu berlaku.
Aku sangkakan, Nirnama ni akan jadi solo projek untuk penulis, since novel-novel beliau yang lain semuanya bersiri tapi rupanya Nirnama pun siri! Ahhh, tak sabarnya nak tunggu Nirnama 2! Buku daftar maklumat yang diberikan sekali dengan package pre-order bagi aku sikit insight on how and why penulis jadikan satu-satu watak tu. To those yang wondering perlu ke tidak baca prekuel ni kalau dah baca Nirnama, well, aku akan kata tak pun sebab cerita dalam ni berlaku sebelum Nirnama mula mengalahkan Bagak Durjana tapi kalau tertanya-tanya the whole back story macam mana si Jagat Suci terpengaruh untuk bersihir dan macam mana kehidupan Adiwaja sebelum Nirnama, by all means, bacalah.
-thes
2 Comments
macam best..
ReplyDeleteBest kak novel ni! Adventure gituu
Delete