Nirnama 2 by Hilal Asyraf

 Assalamualaikum, good day dearest!

Tajuk: Nirnama 2

Penulis: Hilal Asyraf

Mukasurat: 672

Genre: Aksi, Pengembaraan, Fiksyen sejarah

Penerbit: Hilal Asyraf Resources

Terbitan: 2024

ISBN: 9789672208471

Related title(s): NirnamaNirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung, Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama

Blurb:

10 tahun telah berlali semenjak Jagat Suci dan Raja Bersiong ditumbangkan. Insan yang digelar sebagai Nirnama telah lama tidak menggunakan gelaran tersebut. Namanya telah didedahkan 10 tahun lalu saat diangkat sebagai Laksamana Utama bagi Kerajaan Semutar Putih. Kerajaan Semutar Putih sekarang memerintah seluruh Tanah Semenanjung sehingga ke sempadan Segenting Kra.


Kerajaan Ayutthaya tidak berpuas hati dengan penguasaan Kerajaan Semutar Putih ke atas wilayah-wilayah tinggalan Raja Bersiong. Lantas perseteruan dilancarkan. Saban tahun serangan demi serangan dilipat gandakan, mengganggu perbatasan Kerajaan Semutar Putih. Sehinggalah berlaku satu peristiwa hitam yang menggegarkan semua.


Pada saat Tanah Semenanjung kembali bergolak, seorang pendekar muncul membantu orang ramai yang memerlukan. Tiada siapa tahu akan gerangan dirinya. Dia tidak menzahirkan wajah, juga tidak pernah berkata-kata.


Orang ramai mula menggelarkan pendekar itu sebagai Nirnama.


Selepas sepuluh tahun sejak kejayaan tentera Semutar Putih yang dipimpin Nirnama, Sultan Alauddin dan Adiwaja berjaya mengalahkan Jagat Suci, sempadan utara Semutar Putih semakin diancam Ayutthaya. Perbincangan damai antara kedua-dua kerajaan yang sepatutnya berjalan lancar telah berakhir dengan pertumpahan darah.


Saat Semutar Putih diambang peperangan dengan kerajaan Ayutthaya, muncul pihak lain yang membuat kekacauan di kampung-kampung kecil yang bernaung di bawah Semutar Putih. Muncul pula insan yang bergelar Nirnama yang menutup keseluruhan wajah kecuali matanya menyelamatkan kampung-kampung tersebut.


Laksamana Utama Tuah bukanlah fokus utama dalam semesta Nirnama kali ni. Muncul watak-watak baru; si kembar yang merupakan anak murid Cendana, Lekir dan Lekiu, Panji, Tun Perak, Laksamana Cheng Ho dari kerajaan Ming dan Musashi dari Kerajaan Ryukyu. Setiap mereka punya perwatakan dan peranan tersendiri. Nadim semakin terserlah kematangan setelah berguru dengan Laksamana Utama Tuah, Jebat, Sultan Alauddin dan Tun Nirmala. Tapi, masih ada sisi keanak-anakan dia terutama saat bertemu dengan Panji. Cendana pula masih keras kepala tetapi agak terburu-buru membuat keputusan, setelah apa yang dia terpaksa hadapi, perwatakan dia bagi aku justified. I hurt for her. Laksamana Kasturi pula masih tenang dan lebih mahir bertempur menggunakan senjata yang bukan panah. Dan semestinya dia paling mahir memanah.


Pace Nirnama 2 bergerak laju tanpa memberi aku ruang untuk mengambil nafas. Setiap bab ada saja sesuatu yang berlaku. Penceritaan yang dipenuhkan dengan babak-babak aksi dan pelbagai emosi. Kemunculan watak-watak antagonis baru yang mempunyai keistimewaan tersendiri membuatkan aku meneka-neka 'tuan' mereka menambahkan lagi ketegangan dalam cerita. Plot twist demi plot twist disajikan membuatkan aku sukar untuk meletakkan buku ni. Silapnya tak habiskan bacaan secepatnya sebab tengah seronok membaca babak kemuncak peperangan antara Semutar Putih, Ayutthaya dan watak jahat lain, terpaksa berhenti untuk one week travel. Nak dibawa, bukunya terlalu tebal dan aku ada limited space jadi terpaksalah tinggal untuk seminggu huhu.


Selain babak aksi, Nirnama 2 ni juga lebih menonjolkan elemen romantik antara Tuah dan Cendana. Juga potensi love interest untuk Nadim. Babak-babak komedi juga ada, mengurangkan ketegangan dalam penceritaan. Taklah serius sepanjang masa. Nirnama 2 juga berakhir dengan beberapa pengorbanan dan semestiya a happy ending. Baru habis Nirnama 2, aku dah tak sabar untuk Nirnama Hikayat Lima Laksamana. Apapun, tahniah Tuan Hilal untuk naskhah ni!



-thes

Post a Comment

0 Comments