Assalamualaikum, good day dearest! Aku dah perap lama dah review novel ni. Asyik lupa je nak post.
Tajuk : His Independent Girl
Penulis : RD Athan
Mukasurat : 479 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : Oktober 2017
ISBN : 978967087051
Blurb :
"Apa yang kau dah buat pada Nadia ini, kau dah lebih Shasha." - Tengku Iffat"Bukan salah aku. Semua ni berpunca daripada girlfriend kau sendiri" - Shasha"Aku tak percaya Nadia buat semua ni. Aku tahu Nadia macam mana. Atau kau sebenarnya cemburu dengan hubungan kami, Nur Shasha Asyikin." - Tengku Iffat"Aku? Cemburu? Helloo! Buka mata itu bagi luas sikit. Kau siapa nak jadi boyfriend aku." - ShashaTengku Iffat dan Shasha, seperti musuh apabila berjumpa. Shasha seorang pelajar yang berani dan berdikari sehingga digelar iron lady segelintir pelajar universitinya. Tengku Iffat yang memang telah lama menyukai Shasha kerana sikap Shasha yang independent tetapi sebaliknya bagi Shasha kerana sikap open relationship Tengku Iffat bukan pilihannya. Namun, kecurangan Nadia dan kemunculan Najwa membawa pertemuan demi pertemuan dan merapatkan hubungan mereka berdua."Kau kenapa?" - Shasha"Kenapa apa pulak?" - Tengku Iffat"Tu yang kau senyum tak tentu pasal kenapa?" - Shasha"Laa, takkan aku senyum pun tak boleh. Kan senyum tu satu sedekah." - Tengku Iffat"Tak boleh!" - Shasha"Kenapa pulak? Bibir aku, suka hati akulah." - Tengku Iffat"Kau senyum, hati aku yang tak tentu." - ShashaApabila Shasha secara tidak sengaja berkata begitu, Tengku Iffat semakin yakin bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan. Hatinya kuat untuk tidak mensia-siakan peluang yang muncul tanpa disangka.Namun permulaan hubungan baik Tengku Iffat dan Shasha tidak disukai oleh Najwa. Najwa yang dianggap adik oleh Shasha dalam diam menaruh hati kepada Tengku Iffat.Berjayakan Tengku Iffat melepaskan diri daripada Najwa? Adakah Najwa masih berdendam dengab Shasha setelah semuanya terbongkar? Dapatkah Tengku Iffat memiliki hati His Independent Girl setelah semua yang terjadi?
Kisah Tengku Iffat dan Shasha yang berada di semester akhir di Cambridge University. Walaupun sama-sama memegang jawatan tertinggi dalam persatuan MPP mahasiswa Malaysia, mereka selalu aje bercanggah pendapat. Perang masa meeting? Perkara biasa.
Watak Shasha, nak kata independent bagi aku memang independent tapi macam tak berapa kena dengan situasi. Almaklumlah, dah tentu kau belajar di luar negara, tak pandai berdikari aku rasa susah nak survive to last semester. She's more to bold, outspoken and assertive. Dan dia, hmm a very violent person. Character dia memang lain daripada yang lain tapi aku tak berapa gemar. Too violent. Aku sangat tak sokong tindakan dia pergi serang Nadia sampai berdarah, luka-luka bagai bila dia dapat tahu Nadia and the gang buli Najwa. Sure, an eye for an eye tapi entahla aku rasa extreme sangat pula.
Watak Tengku Iffat pula sangat mesra alam. Rajin beramah mesra dengan semua orang (oh kecuali Shasha walaupun dia suka kat Shasha), dan disebabkan peragai terlebih ramah dia nilah dia menjadi kegilaan gadis-gadis Malaysia di bumi Cambridge, termasuklah Najwa, pelajar tahun pertama di universiti tu. Lepas cinta Iffat dikhianati Nadia, dia mula nak tarik perhatian si Shasha. And perkara ni tak disenangi Najwa. Dan bermulalah episod cubaan menghapuskan Shasha.
Beside watak utama, watak kawan-kawan rapat si Iffat dengan Shasha di Cambridge ni menceriakan lagi suasana belajar di perantauan. I love their friendship, always got each others back. Plan nak menjatuhkan Najwa, memang antara momen yang paling best dibaca. Tapi sayang, watak mereka tak berapa berkembang. Watak sampingan yang kekal dikembangkan cuma Nadia, ex-girldriend Iffat.
Separuh novel menceritakan kisah mereka di Cambridge and jujur, banyak sangat yang berlaku. Pace penceritaan separa awal agak laju dengan macam-macam event yang jadi. Separuh akhir merupakan time skip selepas empat tahun di mana Shasha dan Iffat dah pun berkahwin selama enam bulan, dah start bisnes. Dan, lagi sekali muncul si Najwa. Aku sebenarnya tak faham Najwa ni obses dengan Iffat ataupun Shasha? Sampai buat operation supaya nampak macam Shasha. Belum kira konflik keluarga Tengku Iffat yang tiba-tiba muncul.
I'm not sure how to express myself masa baca novel ni. Dia punya konflik tu, never ending. And semuanya kerana Najwa tapi semua rancangan si Najwa ni tak berjaya, except for the last one yang sipi-sipi nak berjaya tapi hilang nyawa terus. Aku kalau boleh nak jugak tengok Najwa ni kena sumbat dalam tanjung rambutan. Tapi wataknya dimatikan pulak. Aku rasa macam better takde watak Najwa ni but then, it's not my story to be told. At one point, aku rasa watak Najwa ni pathetic sangat.
-thes
8 Comments
hahaha stress sangat tu jadi MPP sampai bertumbuk berdarah macam tu. Cantik lah thumbnail tu, kreatif!
ReplyDeleteagaknya lahhh hahahaha thank you sis!
Deletecantik blog ni..kemas dan menarik!
ReplyDeletethank youuuuu!
DeleteMacam stress je.. huhuhu..
ReplyDeleteagaklaaa
Deletelama x baca buku rindu la
ReplyDeletemarilah hilangkan rindu itu hikhik
Delete