Assalamualaikum, good day dearest! Salam Jumaat barakah... Setakat ni memang review buku ajelah blog ni... Sis tak larat nak tulis benda lain, idea pun kering hukhuk. Tajuk-tajuk yang draft bertahun pun nak kensel je semua.
Tajuk : Tak Sempurna Mencintaimu
Tajuk : Tak Sempurna Mencintaimu
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 442 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Jun 2018
ISBN : 9789674690830
Blurb :
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ia menyakitkan. Hingga si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataanya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa."Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM"Tak... Kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan." - SIRATULWajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar."Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." - MUSTAQIM"Memang dasar orang gila!" - SIRATULHingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah."Kau beli adik aku dengan duit kau dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" - SIRATUL"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." - MUSTAQIMMustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini."Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." - SIRATULTapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian."You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." - MELISA"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." - SIRATUL"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau...- MUSTAQIMNyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namun adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bika perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.
Karya kedua daripada Rehan Makhtar yang aku baca. After 'Takdir Untuk Aku', aku mula sukakan penulisan beliau and bila aku baca novel ni, ya memang best karya RM ni.
Anyway, masa aku baca prolog dah terlintas, eh sad ending ke? Kenapa? Well, dah ditulis memang macam sad ending. Belum pernah aku baca novel melayu sad ending. And, awal-awal lagi dah buat drama air mata. Aku tak bersarkastik ya. Memang terasa betul sedihnya. Dengan nasib hidup Sirat ni, lepastu jumpa pulak dengan si sombong Taqim haih, nak termenangis jugaklah (tak nangis tau, kena la control ayu walaupun takde orang dalam bilik).
Mustaqim, hero yang awalnya sangaaaaat rude, mendabik dada tinggi ya tapi rupanya dia baik hati, pemurah and taklah seteruk yang dia tunjukkan asalnya. Bak kata omputeh, don't judge the book by its cover. Aku suka dia punya character. Caring, sangat caring. And dia tak segan untuk tunjukkan kelemahan dia depan Sirat.
And Siratul, favorite character aku. Bukan saja sebab dia heroin tapi sebab perwatakan dia yang hard not to love. Dia tegas setegasnya. Waktu dia pertahankan Wan (adik lelaki dia) depan Taqim waktu pertama kali jumpa, buat aku rasa wow. Lepastu, watak dia sangat matang every nasihat yang dia bagi dekat Taqim, terasa sampai ke hati. And the way dia berkorban untuk family dia lepas kematian ayah? Haih, memang tak boleh lawan. Kalau aku yang ada di tempat dia, tak sanggup rasanya.
Novel ni banyak guna bahasa kiasan. Yang aku dapat tangkap tu, fahamlah. Tapi kalau yang tinggi sangat level kiasan tu, hah melepu la jugak aku kat situ. Tapi itulah yang bestnya, belajar benda baru. Lagi-lagi masa conversation Sirat-Taqim. Comel tahu tak! It's like, talking to yourself. Same wavelength. Faham each other. Ahhhh, want that want that.
And, tentang apa yang Taqim lalui sepuluh tahun lalu, memang agak misteri. Puas lah aku meneka. Tapi sangkaan aku memang meleset jugakla. Memang tak tersangka identiti si Melisa ni. Dan dia punya turn out tu, make sense sangat. Kalau tak masakan dia macam tu obses dengan Taqim.
Sad ending atau happy ending? Well, taknaklah spoil dekat situ. Cuma aku nak kata, memang banyak betul cabaran untuk Sirat-Taqim ni bersatu. Banyak betul halangan and setiap satu tu memang disusun cantik. Pace novel ni takah terlalu laju tapi tak juga slow, just nice orang kata. Aku dapat habiskan pun dalam masa dua hari je. Hehe.
p/s: kalau one day baca novel ni, baca sekali part dedikasi ya. sekian dari saya, suraya comel.
-thes
6 Comments
suka juga novel ni. comel watak hero dan heroin dia..hehe
ReplyDeleteiyaaa nama dorg pun cute je main sambung sambung...
Deletelawanya gambar. Hew hew hew.. memang susah betul nak minta maaf.
ReplyDeletemaseh masehhh.. haah taqim kan laki, laki kan dia macam acah ego sikit hihi
DeleteAla.. janganlah cancel draf tu.. Publish je..
ReplyDeleteReview novel pun publish juga..
Nice jalan cerita dia kalau mampu buat kita emosi juga..
novel review insya-Allah akan publish je tapi yang lain tu macm dah tak nampak je ideanya heheh... RM punya penulisan memang smpai ke hati!
Delete