Assalamualaikum, good day dearest! Apa khabar semuanya? Lama dah aku tak menaip guna laptop. Janggal rasanya. Kenapa? Well, nantilah aku cerita. Malam ni nak cerita reviu buku ni dulu.
Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 338 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Mei 2021
ISBN : 9789672459170
Related : Kapal Terakhir Di Dunia: Episod II, Kapal Terakhir Di Dunia: Episod III
Blurb :
Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing - termasuklah Aria dan adiknya.Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya."Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."
Buku ni antara buku yang aku nantikan kelahirannya sejak Teme umumkan buku baru. Since baca karya Teme pada tahun 2018, aku sangat tertarik dengan karya beliau. Anyway, buku ni merupakan buku pertama dalam Siri Kapal/KTDD dan ia mengisahkan dunia yang jauh kehadapan, dunia di mana manusia tidak lagi hidup senang-lenang tapi dunia di mana manusia harus survive demi kelansungan tamadun manusia.
Aku salute Teme for the idea of this book. Release pulak waktu pandemik yang mana kita semua perlu dikuarantin memang terasa kena sangatlah kan. Ada perkataan yang Teme guna terasa sangat asing bagi aku. Contohnya dokking tadi, mugor (musuh Bokor yang satu ketika dulu manusia tapi tidak survive), Bokor tu sendiri satu perkara yang sangat asing. Pemilihan nama watak pun sangat unik. Masa mula-mula baca blurb aku ingatkan Aria ni perempuan, hah, jokes on me, dia remaja lelaki. Paling unik aku rasakan nama Koba. No special or specific reason just aku rasa klasik nama tu.
Aku taktahu kenapa tapi aku suka sangat dengan naratif dua perenggan pertama bab 'Matahari Tak Wujud'. Entahlah, rasa macam poetic pun ada juga. Awal penceritaan lebih kepada perkenalan Bokor juga setiap watak yang ada, terutamanya Aria, watak utama, Ana, adik kepada Aria, Vuk, ayah Aria yang juga pemburu yang amat disegani dalam Sektor Biru dan banyak lagilah.
Honestly, aku rasakan buku kalini agak flat penceritaannya. Mungkin disebabkan buku pertama ni lebih fokus pada pengenalan Bokor dan isinya. Sayangnya, banyak info yang aku rasakan diulang berkali-kali. Contohnya macam info tentang kiub protein yang diproses hancur lalu dikeringkan agar tahan lama, memang sampai ke tengah buku masih ada lagi info ni.
Plot mula berkembang selepas more or less 70% buku, bilamana Vuk, bapa kepada Aria dan Ana melanggar peraturan Bokor. Dan siapa yang menjadi dalang kematiannya? Benarkah dia membunuh diri? Atau dia dibunuh? Entah, aku sendiri tertanya-tanya.
Dan ending buku pertama Siri KTDD membuatkan aku persoalkan intention sebenar Chif Biru (ketua Sektor Biru) mendedahkan nama Aria dan melantik Aria sebagai wakil Biru untuk aktiviti dokker, nak pergunakan Ariakah? Dokker tu apa? Melalui pemahaman aku, dokker ni orang yang bertanggungjawab membantu semasa kapal berlabuh. Tugas specific aku tak pastilah, kena baca next book pulak. Aku rasa root word yang Teme gunakan is dock. Aku rasalah, jangan marah aku pulak kalau rasa aku ni salah. Kalau betul wow ilmu kelas freight forwarding masih segar dimindaku.
Apa nasib Aria selepas 'mengorbankan' diri dia sendiri di depan satu Sektor Biru? Betulkah tindakan dia? Dan kenapa Waris Kedua tertarik dengan Aria? Mengapa?
Aku baru je habiskan bacaan petang tadi jadi mungkin untuk KTDD II akan lambat sikitlah review-nya. Lagilah ni aku dah start semester baru ni, memang tak menentulah jawabnya.
-thes
2 Comments
belum beli lagi buku terbaru Teme. mood membaca tahun ni agak merudum..hehe
ReplyDeletebtw nice review :)
meh la naikkan balik mood membaca tuu, thank you tiara~
Delete