Assalamualaikum, good day dearest! Aku actually plan untuk tulis review k-drama yang aku dah tengok tapi haih rasa macam kena tunda je dulu segalanya. Hence, review novel jelah yang aku dulukan. Ini pun sebab memang dah habis type berbulan lepas hehe.
Tajuk : Bidadari Tanpa Sayap
Penulis : Ezza Mysara
Mukasurat : 798 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
Terbitan : April 2019
ISBN : 9789672102854
Blurb :
Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan Adam untuk aku. - MayaSatu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya, Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas."Aku takutkan budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku." - AJ"What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!" - DEEJA"Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!" - AJPelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk membesarkan Adam. Deeja bukan sahaja perlu berdepan dengan tohmahan masyarakat, dia juga perlu menepis kebencian ayahnya yang melarang dia untuk terus menjaga Adam."Kalau kau dah gatal sangat nak jadi ibu, biar aku carikan kau laki. Masa tu, kau jagalah anak sendiri! Tak payah sibuk nak jaga anak orang yang dah tentu-tentu tak sah taraf!" - ENCIK YAACOBDugaan silih berganti namun AJ tak pernah berganjak dari sisi. Lamaran yang diterima membuatkan Deeja dijamah rasa terkejut."Why me? Why do you want a broken person like me?" - DEEJA"Well... I'm not here to fix you. Aku di sini untuk berkongsi beban bersama kau, itu aje." - AJ"You got a terrible mind, AJ" - DEEJAAda sesetengah cerita dipendam kerana ia terendam dengan duka. Berkongsi hidup bermakna mereka perlu berkongsi rasa sakit bersama. Apakah rahsia yang tersimpan disebalik fobia yang AJ alami? Mampukah seorang Deeja membantu AJ untuk sembuh? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Adakah Maya akan pulang menuntut si kecil?
Deeja, satu-satunya puteri dalam keluarga dan kerana itu dia sering dibandingkan dengan adik beradik lelakinya yang lain oleh ayahnya. Apapun yang Deeja buat, ayahnya tak pernah suka. Walaupun terbiasa dengan sindiran si ayah, hatinya tetap sakit. Siapa je yang suka dibandingkan dengan orang lain? Aku pun tak suka. AJ, teman sekerja Deeja. Teman setaman perumahan. Disebabkan AJ menjumpai purse Deeja yang hilang, AJ minta Deeja carikan kerja untuk dia. Maka, jadi seorang penghantar bungalah seorang AJ.
Novel ni lengkap segalanya bagi aku. Mula dengan prolog yang agak misteri, siapa lelaki yang Deeja jumpa di pelancaran buku Shinyu sampai macam tu sekali pedas berkata-kata? Masuk chapters, mulalah kisah Deeja, di kedai bunga. Pantang aje berjumpa dengan AJ, memang berperang. Dua-dua kalau bercakap tak mahu mengalah. Nasib ada si Naim yang redakan keadaan. Tapi, tatkala Deeja menerima amanah untuk menjaga Adam, si montel yang ditinggalkan ibu, AJ lah yang sentiasa bantu Deeja.
Aku sukakan flow hubungan Deeja dengan AJ. Dalam berperang mulut, tetap saling membantu, lagi-lagi AJ. Adanya Adam, makin rapat hubungan Deeja dengan AJ. Tak kira apa bantahan yang Deeja kemukakan, AJ tetap tegas untuk bantu. Bak kata AJ, bukan Deeja sahaja yang nak kumpul pahala free. Dan, dengan kehadiran Adam jugalah rahsia seorang AJ terbongkar. Dia pedophobia! Ini juga satu misteri. Kenapa AJ takutkan budak sedangkan, tu budak, yang tak mampu buat apa. Masa mula-mula lepas nikah, ya Allah sampai ke aku rasa awkward si Deeja dengan AJ ni nak membahasakan diri. Maklumla, sepanjang perkenalan selamba je kau-aku, ni dah kahwin kenalah sopan sikit.
Novel ni banyak memberi fokus pada konflik keluarga. Deeja yang dari kecil cuba mencari perhatian si ayah, AJ yang sentiasa mahukan kasih sayang si ibu, Adam yang ditinggalkan ibu kandung. Bagi aku, memang tak patut betul ayah Deeja ni bandingkan dia dengan adik beradik lelaki. Geram je baca part yang ada Encik Yaacob. Dahlah Deeja nak sambung belajar dia tak kasi, katanya result tak sebagus yang lain, buat bazir duit saja. Dah Deeja kerja, dipertikai pulak hanya kerja di kedai bunga. Alahai ayah! Nasiblah hanya ayah yang layan dia macam tu. Dan bila Deeja buat keputusan untuk jaga Adam, lagilah mengamuk orang tua tu. Konflik hubungan Deeja dengan AJ hanya muncul towards the end. Disebabkan ibu AJ, Deeja terpaksa kotakan janji. Terlanjur kata. Bengang jugak aku sebab Deeja ni ikut aje. Cubalah berhelah sikit ke apa ke.
Aku suka gaya penulis yang banyak gunakan metafora? Simile? Kata madah? Ah, aku tak tahu la nak kategorikan sebagai apa. Satu contoh yang aku ingat, penulis ceritakan satu pandangan kasut tentang cinta. Kalau ikutkan teks asal memang panjanglah huraian yang ada tapi yang aku ingat, jadilah seperti kasut dalam perhubungan, jika tiada yang kanan, yang kiri tak bermakna lagi. And satu lagi, jadilah seperti kasut, sentiasa bergerak seiring, tidak saling memijak.
Selain kisah Deeja-AJ ni, ada juga terselit kisah Leo-Alya watak fiksyen oleh penulis Shinyu yang menjadi kegilaan si Deeja. Cerita dalam cerita. Dengan aku aku terjebak nak tahu ending Alya-Leo tapi memang takde la kan. Mulanya, aku ingatkan si AJ ni la Shinyu sekali eh bukan. Aku suka cara penulis twist identiti Shinyu. Nak tahu pergila baca sendiri hehe.
-thes
13 Comments
Salam ziarah..wow! blog ni bagus...tahnia. Dan terima kasih datang ziarah blog Etuza ya
ReplyDeletetrima kasih!
Deletemenarik juga ni..boleh masuk dalam buckettlist
ReplyDeleteyeahhh
DeleteRabia singgah kesini adik
ReplyDeletetq kak rabiaa
DeleteSelamat membaca su :)
ReplyDeleteinteresting ❤️
ReplyDeletesalam ziarah lagi..terima kasih terjah blog saya yya
ReplyDeleterajinnye baca novel pastu buat review menarik., ;p
ReplyDeletesaja share benda yg kita enjoy, mungkin ada manfaat pada org lain hehe.. tq waklat!
DeleteThank you bagi review pasal novel ni,lama dah tengok novel ni dekat shoppe tapi takut nak add to chart takut tak best.Boleh check out terus ni☺
ReplyDeleteTq.
youre welcome dear! hahha faham perasaan tuuuu
Delete