Assalamualaikum, good day dearest! I forgot to schedule this entry and jadilah pagi buta ni post entry muehehehe (baru lepas cari maklumat untuk assignment kena hantar hari Jumaat ni hukhuk). Anyway, nah review novel lagi.
Tajuk : Sayang I'm Yours
Penulis : Nina Kamal
Mukasurat : 579 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : Disember 2016
ISBN : 9789670870304
Blurb :
"Errr... Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran." - NAJIHAH"Saya tahu." - IMRANTerpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya dalam sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dibenci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu ."Macam mana Misya tauh Kak Jia tak suka abang?" - IMRAN"Misya tanya tadi." - MISYA"Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak dah pun." - IMRAN"Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang." - MISYAApabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!"Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini." - IMRANAdam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia tekad. Demi Jia, dia akan tetap mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernha berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!
Permulaan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Apa yang berlaku pada Najihah sampaikan ibu bapanya dipanggil ke sekolah? Kenapa dia langsung tak mahu buka mulut tentang apa yang jadi? Macam-macam andaian aku buat. Dia bunuh orang ke? Dan adakah orang tu Haikal?
Lapan tahun mengubat luka, Jia berjumpa lagi dengan lelaki yang menghancurkan hidupnya, Imran. Kalau dahulu dia tak tahu nama lelaki tu,kini dia tahu. Lagi haru bilamana lelaki tu merupakan boss barunya. Apa dan mengapa dirinya dihukum, Jia sendiri tak tahu. Tapi, bila ditanyakan pada penghukum, sepi je yang Jia terima.
Awalnya, aku terasa banyak sangat watak yang diperkenalkan. Dah ada Jia, lepastu Joanna, Suria. Masuk je keluarga Imran, makin banyak nama-nama baru! Nasib baik juga nama mereka ni sangat kontra tak sipi-sipi yang boleh membuatkan aku tertukar-tukar watak. Tambah pulak ayah Imran ni kahwin empat hah, memang meriah la keluarga.
Aku suka sangat dengan watak Jia ni. I love how dia mulanya marah, mengamuk, memberontak setiap kali Imran cari pasal dengan dia. Tapi bila dia mula rasa tak kisah, dia sedar yang she truly have forgive him for what he did. Tapi memaafkan tak bermakna Jia sukakan Imran. Dia still annoyed kalau Imran buat something out of impluse (i.e: bawak Jia balik rumah family di Johor tapi Jia ingatkan dorang nak jumpa client).
Watak Imran ni bagi aku comel jugak la. Kuat cemburu pun ya. Pantanglah Jia ni bercakap gelak ketawa dengan lelaki, mula la dia punya perli-perli tu. Memang obvious betul dah jatuh sayang pada perempuan yang dia aniaya dulu. Tapi sayang, kerana cemburu dia jugaklah Jia larikan diri. Padan muka Imran.
Antara sebab aku baca novel ni adalah kisah silam Jia dengan Imran. Tentang apa yang jadi. Lapan tahun Jia dibuang keluarga, kenapa? Sayangnya part ni cuma diceritakan apa yang jadi. Yang aku tak faham, macam mana si Imran ni boleh kaitkan kemalangan Haikal dengan Jia. Sekalipun Anita yang bawak mulut kata Jia ni girlfriend Haikal(not Jia tapi bestfriend Jia, Suria), lepastu apa kaitan dengan kemalangan Haikal? Halah pening acik pikir. Dan paling memeningkan kepala aku adalah timeline kemalangan Haikal, apa yang jadi dekat Jia and bila Haikal dengan Suria ni kahwin. Sebab Suria ada anak umur lima tahun katanya anak Haikal tapi Haikal dah meninggal dekat 8-9 years, considering Jia menderita disebabkan kematian Haikal. Dan disebabkan terlalu confusing, aku anggap penulis tak perasan jelah pasal umur anak Suria tu.
Endingnya? Okaylah, tak klise dengan si heroin pregnant. Jia siap bagi proposal business dekat Imran untuk dia check. Kelakar aje. Pace penceritaan sangat santai tapi taklah sampai tahap bosan. It's enjoyable.
-thes
9 Comments
Rasa mcm pernah baca..tp ammi tak pernah beli novel by this author. Dejavu kah?
ReplyDeletehahahha mungkinnn
DeleteWaalaikumussalam
ReplyDeleteAkak singgah sini
tq kak rabia!
DeleteGood luck for your studies
ReplyDeleteAkak tak berapa baca novel
Heheh
Macam best.. Mood nak baca, belk tapi tak baca. Apakah!
ReplyDeletehahahaha biasa dah tuuuu
Deletemacam best..lama sungguh akak tak membaca novel
ReplyDeletebest best novel ni.. hahaha biasala tu kak, sibuk dgn hal lainn
Delete