Assalamualaikum, good day dearest! Seminggu lepas aku dah post dekat IG review novel ni... Ingatkan dah schedule this entry untuk post masa yang sama rupanya tak. Haiyaa
Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 339 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Mei 2021
ISBN : 9789672459187
Related : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, Kapal Terakhir Di Dunia Episod III
Blurb :
Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor akan turut lumpuh.Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor lain mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa."Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.
Episod kedua siri KTDD bermula dengan Aria menyertai aktiviti dokking. Masa nilah Aria berkenalan dengan Jaro, wakil sektor hijau, Vanessa, askar yang bertanggungjawab memantau wakil-wakil sektor dan juga Doha, wakil sektor kuning.
Dari awal lagi aku dah boleh agak siapa sebenarnya Vanessa ni. Daripada dia yang berminat sangat nak berbual dengan Aria berbanding dengan sektor lain, rasanya agak jelas la identiti sebenar dia. Pace penceritaan mula pick up bila wakil sektor kuning tiba-tiba menyerang Vanessa dan Aria. Disebabkan Aria merupakan seorang pemburu yang arif tentang bahaya dunia luar, dia terpaksa bunuh kedua-dua wakil sektor hijau dan kuning dengan tanggapan mereka dapat virus mugor.
Tamat tempoh dokking, Aria kembali ke Sektor Biru. Tak cukup dengan trauma semasa di darat, kedatangan Maru yang mengapi-apikan keadaan Aria sedikit sebanyak mengganggu minda Aria. Keadaan Ana yang semakin merosot merisaukan Aria. Dan, saat Aria hampir dihapuskan, Vanessa datang dengan janji untuk menyembuhkan adiknya dengan syarat dia perlu naik ke Aras Atas. Dan demi Ana, Aria melangkah ke Aras Atas.
Kenyataan tentang Manusia Suci dan Aras Atas. Perit. Sangat perit. Setiap kali Vanessa memperkenalkan setiap tempat pada Aria, setiap kali tulah aku rasa macam nak campak aje buku ni. Geram amat tahu?! Dan disebabkan Vanessa dah jatuh suka pada Aria, dia butakan mata dan anggap Aria akan terima segala rahsia yang dia beritahu dengan senang hati. Ahhh, mungkin satu rahmat untuk manusia di Aras Lantai. Betullah orang kata love is blind. Satu per satu rahsia Bokor Vanessa ceritakan pada Aria dan nampaklah, manusia di Aras Lantai adalah hamba pada Manusia Suci. Lindung mereka? Jauh sekali. Aria pulak masih dengan fikiran positif, menyangka Tuan Yang Suci dan seluruh golongan Manusia Suci ada sebab kenapa ada perkara yang dirahsiakan. Terasa sangat naif watak Aria.
Jujur kata, aku banyak kali berhenti masa baca episod ii ni. Terasa sesak nafas memikirkan peri kemanusiaan yang langsung tak wujud dalam diri Manusia Suci. Bab terakhir, rahsia terbesar yang disorok oleh Manusia Suci menoktahkan episod ii siri KTDD. Rahsia yang mampu mengubah seluruh nasib manusia di Aras Lantai andai bukan rahsia. Aku jadi tertarik untuk habiskan keseluruhan siri KTDD ni sebab rahsia terakhir ni.
-thes
8 Comments
Belum terbeli lagi. Sbb sekarang mmg tak sempat baca buku
ReplyDeletefaham faham
Deletecantik cover dia buat org rasa nak baca
ReplyDeleteiyaaaa
DeleteKesiannya Aria bertimpa-timpa ujian dia tapi tawaran Vanessa tu macam too good to be true. Apa agaknya rahsia Manusia Suci tu? Menarik
ReplyDeleteyeappp tapi sebab tawaran tulah nasib aras lantai mungkin berubah mungkin
DeleteDah ada.. menarik nie.. nak kena baca juga..
ReplyDeletemari mariii
Delete