Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen by Mastura Abdullah

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen

Penulis: Mastura Abdullah

Mukasurat: 451

Genre: Romantik

Penerbit: Alaf21

Terbitan: 2018

ISBN: 9789678608466

Blurb:

"Intan Nawrah! Kau insan pertama yang akan aku buktikan bahawa aku bukan Iskandar Zulqarnain mahupun Alexander The Great Aku adalah Alexander Zulkarnaeen yang tidak akan berputus asa mendekatimu." - ALEXANDER ZULKARNAEEN


Itulah tekad Alexander Zulkarnaeen apabila dicabar oleh Intan Nawrah. Di antara puluhan calon yang datang untuk pertemuan jodoh, Intan Nawrah tersesat mencari kerja. Penampilannya barangkali tidak berjaya menggoncang hati lelaki Alexander Zulkarnaeen.


"Saya nak cari kerja, bukan nak cari pasal. Saya belum terdesak lagi nak jadi isteri orang. Isteri upahan lagi saya tak ingin. Awak salah orang!" - INTAN NAWRAH


Namun, perempuan mana yang hendak masuk ke dalam jerat cinta dengan lelaki yang baru dua kali bertemu, terus ajak kahwin? Intan Nawrah orang pertama yang menyekat kemaraan Alexander Zulkarnaeen di dalam hidupnya. Nombor diblock, dan dia berusaha sedaya upaya melukakan hati lelaki itu.


Bukankah dia memilih untuk bahagia? Mengapa di saat dia memilih cinta, ujian datang tanpa henti? Menyesalkah Intan Nawrah dengan pilihan itu, atau dia masih punya jalan lain untuk mengecap erti bahagia?


Novel ni membawa kisah yang simple dan tanpa konflik yang berat. Alexander Zulkarnaeen, namanya gah tapi dia sendirian di kota. Desakan maknya untuk berkahwin sebelum hujung tahun memaksa Zul mengadakan temu janji untuk mencari bakal isteri. Macam-macam yang Zul lakukan untuk mengaburi statusnya sebagai pemilik Alexander Zulkrnaeen Properties supaya kaki-kaki kikis dapat ditapis.


Kemunculan Intan Nawrah yang formal serupa nak interview kerja bersama tiga orang calon lain membuatkan Zul ingat padanya. Pertemuan kedua di sebuah kedai makan nasi lemak strawberi di Cameron Highland membuatkan Zul nekad untuk menjadikan Nawrah isterinya. Dan bermulalah permainan untuk mendapatkan hati Nawrah.


Macam yang aku kata, cerita ni simple je dan konflik pun tak berat. Baik yang krisis keluarga baik yang nak menjatuhkan Zul. Untuk bacaan santai memang sangat sesuai. Dapat pulak part yang Zul tengah mengusyar Nawrah dekat pondok tunggu bas sambil Nawrah baca surat Zul tu, haih comel sungguh wei. Walaupun  Zul ni a bit forcing and tak menyempat nak kahwin, dia juga tahu untuk hormat keputusan Nawrah untuk tak terima dia. Yelah, kenal tak apa tak tiba-tiba nak setuju jadi bini orang, tak ke gila namanya? So, watch how Nawrah slowly jatuh cinta dengan Zul.


Writing style penulis agak tak berapa kena dengan taste aku so agak lambat juga la aku nak habiskan novel ni. But that's on me so. Anyway, aku suka tengok cover  novel ni. Comel je, simple and nice. Pastu warna hijau dia pun rasa soothing je.


-thes

Post a Comment

3 Comments

  1. untung la nawrah ada orang nak ambil jadi isteri haha

    ReplyDelete
  2. wah kisah org kaya yg taknak nampak dia kaya. menarik

    ReplyDelete
  3. Syok baca kalau cerita simple dan tak ada konflik berat ini..
    Sha tertarik tengok cover novel tu.. simple je..

    ReplyDelete