Permata by Nur Izzah Hani

Assalamualaikum, good day dearest!


Tajuk: Permata 

Penulis: Nur Izzah Hani

Mukasurat: 484

Genre: Romantik, Keluarga, Remaja

Penerbit: BesQ

Terbitan: 2017

ISBN: 9789672052180

Related title(s): The Silent Killer

Blurb:

Daripada filem aksi romantik ala Islamik, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka yang mempunyai pelbagai kerenah tersendiri.


Ahmad Furqan; si sulung yang mempunyai emosi kompleks.


Aqil dan Aqilah; kembar double trouble yang paling adorable!


Mampukah di brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik?


Terdayakah Irfan melaksanakan tugasan sebagai pap dengan sempurna?


"Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!" 


Sambungan TSK bermula selepas lapan tahun tempoh perkahwinan musuh dan kekasih abadi, Irfan dan Hani. Kehadiran anak-anak permata hati mereka yang sentiasa menguji kesabaran dan dalam masa yang sama, tetap menyejukkan hati. Tumpuan sebahagian awal novel ni adalah mengenai isu antara kerenah anak yang pelbagai dan kesibukan bekerja, bagaimana Hani dan Irfan tangani. 


Furqan, si abang sulung yang beremosi kompleks, kurang bercakap, terlalu matang untuk usianya dan masalah pembelajaran yang dihadapinya membuatkan Hani dan Irfan sakit kepala. Sunnguh, bercerita tentang masalah Furqan dan reaksi pertama Hani dan Irfan ni buat aku rasa nak hempuk je dua-dua. Penulis sangat-sangat bijak mainkan emosi aku. Kalau dalam TSK, aku sangat admire watak utama ni, dalam novel sambungan ni aku selalunya geram dengan mereka. Dan tanpa sedar si kecil Furqan ni slow-slow masuk dalam hati aunty ni ish. Cute laaaaa. 


But then, annoying Hani dan Irfan ni takla lama sebab kedua-duanya berpelajaran dan matang jadi mereka mampu fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk Furqan. Dalam masa sama, aku juga terfikir, watak Hani dan Irfan ni digambarkan tidak sempurna sebagai ibu dan ayah bermakna watak mereka ni adalah refleksi setiap ibu bapa dalam alam realiti ni. Tak sempurna tapi akan lakukan yang terbaik untuk dapatkan yang sempurna untuk anak-anak.


Si kembar Aqil dan Aqilah ni haihhhh. Suka gila cara dorang ni duk pujuk abang dorang lepas mama papa marah. Aaaaa cute sangatttttt. Kita tak boleh laaaaaaaa. Aku serious jatuh hati sangat dengan watak-watak dalam Permata. Dari yang sezaman Hani dan Irfan dalam TSK sampaila ke watak-watak baru. I is adore!


Walaupun cerita sambungan ni shorter than novel pertama, ia masih sarat dengan ilmu dan pengajaran. Ceritanya juga berlanjut sehingga umur Furqan mencecah  alam remaja dan dia punya kematangan, just wow. Sungguh klon Irfan dengan flare Hani. Family relationship yang penulis gambarkan sangatlah membuatkan saya 🥰🥺 Anyway, I'm officially in love gila-gila dengan penulisan NIH. Looking forward to read more from her.


-thes

Post a Comment

0 Comments