Takluki Dia by Asunnaraa

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Takluki Dia

Penulis: Asunnaraa

Mukasurat: 394

Genre: Romantik

Penerbit: Manes Wordworks

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672660224

Blurb:

Cinta pandang pertama? Perigi mencari timba? Semuanya, Arfabella, redah sahaja. Dia nekad menjalankan misi memikat hati Falliq Dhaffa.


Benarkah si dia - lelaki dingin yang hatinya kebal tika berdepan dengan gadis manja seperti Arfabella? Hmmm... bohonglah andai Falliq Dhaffa tidak tercuit dengan tingkah laku selamba Arfabella!


Lalu, 3 syarat diberi andai benar Arfabella mahukan dirinya sebagai suami. 

  • Rule number one, kurangkan cemburu dan lebihkan kepercayaan
  • Rule number two, memaafkan dan dimaafkan
  • Rule number three, memberi dan menerima.

Pada saat Falliq Dhaffa menyerah untuk meraih kepercayaan Arfabella, ikatan mereka benar-benar diuji. Tiada lagi Arfabella yang sarat dengan cinta. Yang ada hanyalah luka dan derita!


"Hati abang dan hati Bella, akan bersatu sampai mati. Janji, ikat sampai syurga. Bella ingat, kan? - DHAFFA
"Tapi, masih ada ke arah syurga buat kita berdua... dan bersama-sama melangkah ke sana?" - BELLA

Andai suatu hari nanti tangan itu kembali menghulur, masih adakah tangan yang menyambutnya? Akan adakah tangan yang bakal menggenggam, tangan yang bakal menarik; dan tangan yang bakal bertaut kembali untuk selamanya?


Cinta pandang pertama. Itulah hakikat Bella saat pertama kali nampak Dhaffa duduk semeja dengan abangnya di kafe milik ibu mereka. Tak lepas peluang, terus dia cuba tackle si mamat beku ni sampailah si dia cair dan setuju untuk berkahwin. First off, buku ni bagi aku so-so je. Tak berapa nak kena dengan jiwa aku kot. 


Arfabella, walaupun banyak kurangnya, dia sentiasa usaha untuk jadi yang lebih baik. Aku suka dengan watak dia. Cumanya, dia terlalu menyayangi Dhaffa sampai lupa untuk diri sendiri. Dhaffa, si lelaki beku sebelum nikah dan yang manes selepas akad. Masalahnya, dia ni banyak sangat bagi mixed signal. Geramlah. Dah nikah tapi belum mampu nak buka hati? Please, janganlah dera hati isteri macam tu awak😭😭😭. Atas dasar apa perkahwinan kau tu aduh geram je aku.


Cerita ni agak perlahan bagi aku. Peak sikit waktu Aliya muncul, memanaskan hati aku. Babak sweet tu ada tapi tak sampai sangat kat aku hahaha. Plot dan penceritaan okay cuma hujung-hujung tu peranan family both side tu macam takde perkaitan. I mean, bila family Bella ada, family Dhaffa langsung tak dimention dan sebaliknya, like besan-besan ni musuh ke apa?


Tempoh masa yang memisahkan mereka tu mendewasakan. Tapi agak terkilan jugakla aku sebab Dhaffa tak fight lagi dan terus je ikut kata Bella (tapi I'm glad Bella stood her ground). Lepas tu tak fight dengan hak dia atas Asy sampai budak tu cuma kenal dia sebagai kawan paklong. Tak sakit ke wei. Ish. Nasib baiklah happy ending for all.


Anyway, good effort penulis untuk cerita ni. See you in next book. 

-thes

Post a Comment

1 Comments

  1. Halah.. halah.. kita yang baca review pun geram.. kikiki..

    ReplyDelete