Cempaka Melati by Zahida Zarkasi

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Cempaka Melati 

Penulis: Zahida Zarkasi

Mukasurat: 307

Genre: Misteri, Fantasi

Penerbit: Prolog Media

Terbitan: 2018

ISBN: 978-967-15370-2-2

Blurb:

Benarkah demi cinta manusia sanggup berkorban apa sahaja?


Kerana sebuah kisah yang melukakan, Cempaka cipta 'syurga' baru di Pulau Pangkor. Tetapi kemunculan dua orang jejaka  telah merosakkan kedamaiannya.


Addin, cinta pertamanya datang bersama kisah lama.

Zhariff, lelaki yang penuh misteri muncul membawa harapan baru.


Sejarah hidupnya turut menjadi perhatian hingga membuatkan Cempaka terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya.


Cempaka berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan.


Mampukah Cempaka menerima segala kebenaran yang terbongkar?


Pertama kali aku membaca karya penulis ni. Permulaan cerita agak perlahan dan aku ambil masa yang lama juga nak habiskan buku ni. Lagi pula bila ada elemen-elemen seram di bab-bab awal. Aku pun tak tahu kenapa babak-babak yang ada elemen ni mesti aku baca malam hari. Macam saja nak menambah seram sejuk aku haha.


Mengisahkan Melati yang berhijrah ke Pulau Pangkor setelah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya Addin kerana latar belakangnya. Melati yang sebatang kera dan punya arwah opahnya sebagai keluarga. Dia tidak pernah kenal ibu bapanya. Sepanjang hidupnya, dia tertanya-tanya siapa ibu bapanya sehiingga dia membenci mereka. Apatah lagi gelaran anak tak sah taraf menghantui hidupnya.


Pertemuan dengan Zhariff di tepi pantai membuka lembaran baru dalam hidup Melati. Dia yang telah bertekad untuk tidak mengambil tahu perihal ibu bapanya mula mengubah fikiran. Dengan petunjuk yang sedikit, dia mula mencari ibu bapanya. Pace penceritaan mula picked up bila Melati mula mencari ibunya. Satu demi satu rahsia yang disimpan opahnya mula terungkai. Dan Zhariff sentiasa muncul saat dia memerlukan bantuan.


Banyak yang aku berteka-teki sepanjang membaca kisah Melati ni. Hidup lagi ke ibu bapa dia? Betul atau tidak dakwaan anak luar nikah tu? Apa sebenarnya yang opah dia sorokkan? Dan paling penting, siapa Zhariff ni sebenarnya? Munculnya tiba-tiba, kemudian lama menghilang. Paling penting, Melati je yang pernah nampak dan kenal dia.


Satu per satu persoalan terjawab. Ada juga pendedahan yang mengejut yang membuatkan aku, "lahhh centuuu" dan ada juga yang membuatkan aku ragu-ragu. Ending cerita ni agak rushed bagi aku. Aku serius tak puas betul bila dengan pendedahan dunia Zhariff, rasa macam boleh dikembangkan lagi. Lepastu pertemuan Melati dengan ayah dia cuma macam tu? Sedih betul. Reunion Melati dengan Zhariff pun bland. Kalau panjang sikit lagi puas kot. 


-thes

Post a Comment

0 Comments