Monday 29 January 2018

# movie # recommendation

Battleship Island

Hey guys ! So, harini nak buat another movie recommendation which is a korean movie entitled "Battleship Island"


Mungkin mostly peminat korea tahu cerita ni sebab last year ada 2 main actors (kalau x salah la) untuk cerita ni datang Malaysia untuk buat promotion cerita ni.


Related image



Release Date : 26 July 2017
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Action
Advanced Warning : This story contain some sensitive contain ( foul words, violence scenes, sexy man - the men at the island just covered their private part only, which means their aurah aren't covered completely )
Starring : Hwang Jung Min, So Ji Sub, Song Joong Ki
Plot :

Cerita ni merupakan kisah benar ( well, sejauh mana kebenaran dia, aku tak tahu tapi based on apa yang ditulis pada mukaddimah cerita, ini adalah kisah benar ) dan berlaku semasa jaman penjajahan askar Jepun. Start dengan sekumpulan pemuzik orchestra daripada Korea yang diketuai oleh Lee Kang Ok yang kantoi ada skandal dengan bini pegawai daerah (or something aku tak berapa nak ingat). Pendakwa raya masa tu nak tolong dia escape daripada dapat punishment, so dia pun cadangkan dekat Kang Ok ni untuk pergi Jepun dan kembangkan muzik dia dekat sana. Kang Ok ni pun setuju lah. Kang Ok ni ada anak perempuan yang umur dalam lingkungan 7 ke 8 tahun. Diorang pun pergilah ke Jepun dengan niat nak main muzik dekat Jepun tapi apa yang dia tak tahu, dia dah kena tipu.
So, instead of pergi kembangkan muzik, dia terpaksa pergi jadi buruh dekat satu pulau untuk dapatkan arang. Dekat pulau tu memang ramai manusia, yang lelaki dijadikan buruh paksa and yang perempuan jadi geisha, even budak pun. Dalam kumpulan tu jugak ada Choi Chil Sung, yang merupakan fighter terkuat la dekat KyungSung ( now known as Seoul ). Dia ni seorang yang suka nak cari gaduh tapi sebenarnya dia sangatlah baik hati. Dia kesian dengan orang Korea yang dilayan dengan kasar, so dia pun offer dekat tentera Japanese tu untuk jadi ketua Korean kalau dia menang, and he won. And then muncullah si Park Moo Young yang merupakan agent daripada Korean Independence Group yang ditrain. Dia punya mission untuk selamatkan ketua korean people ( bukan Chil Sung ) dekat pulau tu and bawak balik ke korea atas arahan ketua dia. Mission dia hanya untuk selamatkan pakcik tu je. Tapi Kang Ok dapat tahu and mintak Moo Young bawak dia dengan anak dia. Tapi Moo Young ni dah mula rasa curiga dengan pakcik yang dia kena selamatkan tu. Well, ni taknak mention. 

Okay, sebenarnya aku nak ulas banyak lagi tapi takut nanti terspoil semua, so, no.  Starting cerita ni slow sikit, dalam first 30 minutes tu memang akan rasa bosan and tak faham apa yang berlaku sebab background cerita gelap. Lepas tu masa dalam lombong tu memang kau akan tertanya-tanya, who is who. Yela dalam lombong tu gelap lepastu semua manusia dalam tu memang seriously kotor, so susah sikit nak cam. Tapi ada part yang aku rasa kelakar, so takdelah completely bosan.

! ! ! SPOILER ALERT ! ! ! YOU HAVE BEEN WARNED ! ! !
 So, ni aku nak share screenshot of selected scenes je sebab nak buat favourite part tu susah sikit sebab aku tak berapa fokus masa tengok sebab my 2 years old nephew decide to main suis -,- everytime dia masuk bilik aku.

budak ni is anak perempuan Lee Kang Ok
 Okay, scene ni masa sebelum diorang pergi Jepun, and yang aku kata prosecutor tu yang sebelah kiri tu. Aku tak ingat nama betul dia, tapi pakcik tu memang banyak berlakon. One of cerita dia is Doctor Stranger. Check it out yourself =P

This one dia dah dalam kapal to Japan
 Masa ni dia dengan geng-geng orchestra dia tengah simpan duit and semua yang berharga. And of course ni Kang Ok yang lead.

To japannn
 Masa scene ni, si Chil Sung tengah bergaduh dalam kapal sebab apa entah. Lepas tu tentera Jepun datang marah marah entah apa benda. Tu yang jadi kecoh.

Okay, this one dah sampai dekat pulau hoho
 Masa ni diorang memang dah sampai dekat pulau tu. Masa ni semua orang kena paksa menyangkung. Tapi Kang Ok ni insist dia nak keluar daripada pulau tu. Thats why lah dia dengan group dia main orchestra tengah panas. Tapi, he got nothing other than recognition.

Chil Sung beraksi ~
 Masa ni dia tengah deal dengan ketua orang Korea yang ada dekat pulau tu. So, dia pun bersungguh-sungguh melawan untuk dapatkan title ketua untuk orang Korea. And he got it.

Moo Young menjalankan misi ^^
 Okay, pakcik yang aku kata ketua orang Korea tu is the one yang sebelah kanan berdepan dengan JoongKi. Masa ni, Moo Young tengah bagitahu pasal missiondia dekat pakcik ni dengan orang kepercayaan pakcik tu.

this is pakcik
 Honestly, aku tak berapa ingat ni scene yang mana HAHHAHA

janji palsu
 Masa ni pakcik tu cuba untuk perdayakan orang Korea yang ada. Tak salah aku masa ni dah berlaku pengeboman dekat pulau tu. So, situation time tu agak kelam kabut. The truth was, the said Shimazaki tu dah mati. Shimazaki tu actually tenat sebab bom tu lah. Tapi dia dibunuh oleh Yamada yang gila kuasa and komplot si pakcik ni.

escape
 This one masa Korean tengah attempt untuk escape daripada pulau tu. Bayangkan eh, there was like 400++ people and nak escape dari jarak yang jauh, could they make it without the Japanese knowing ?

Japanese soldier
 Of course la tak. Dengan ada tali barut lagi, macam mana nak lepas woooo. So, masa ni memang Yamada perintahkan untuk bunuh je semua Korean yang ada. Kejam kan ?

2nd escape attempt
  Okay, scene ni memang intense gila gila. At least for me. Yelah, kau bayangkan eh, masa ni tentera Jepun dok main tembak tembak, bom bom. Lepas ke nak keluar. Lepas tu jambatan yang menghubungkan diorang dengan dunia luar dah roboh T.T

whoooo ?
Scene ni tergolong dalam 15 minutes terakhir. So, kalau nak tahu dorang berjaya escape ke tak. What happen to anak Kang Ok, Kang Ok himself, Moo Young, Chil Sung semua, korang tengoklah sendiri yaaa

Stream at : Kissasian, Bmovies, Myasiantv

-thes

3 comments:

  1. Tak berani nak tengok cerita macam ni..macam sedih je

    ReplyDelete
  2. dah lama meninggalkan dunia movie korea. haha. sekali dah terjebak, memang tak henti tengok. tapi selalunya tgk cite cintan cintun je. hehe

    ReplyDelete