Entertainer

Assalamualaikum and holla peeps ! Another k-drama review for you. Despite aku punya busy, drama ni dah berjaya entertain aku and somehow take me away from problems.

Entertainer (Korean Drama)-p1.jpg

Title : Entertainer / Ddanddara / 딴따라
Episode : 18 episodes
Network : SBS
Plot :

Shin Suk Ho is one of successful manager dekat KTOP entertainment. Dia berjaya build satu kumpulan idol (6 ahli) yang terkenal, Jackson. Dia dengan members Jackson ni bercadang untuk tinggalkan KTOP and start satu company sendiri. Tapi CEO KTOP taknak Suk Ho ni start company sendiri so dia pun buat rancangan untuk hancurkan impian Suk Ho. Disebabkan rancangan dia, Suk Ho tak dapat start company baru dia dengan Jackson ( Jackson renew contract dengan KTOP ). Disebabkan Jackson takde, Suk Ho takde fund untuk bina company dia. Dia pun gi Busan untuk buat pinjaman duit dekat orang yang dia kenal. Bad luck, orang yang dia cari tu balas balik apa yang dia pernah buat. Because of pride, Suk Ho tak pinjam dengan orang tu. Masa dia tengah devastated, dia dengan lagu promotion untuk academy nyanyian gitu and dia suka dengan suara penyanyi tu. From there, dia pun cari and pujuk Ha Neul ( yang nyanyi lagu promotion academy ). Once Ha Neul dah setuju, dia pun start cari bandmates untuk Ha Neul ( Ha Neul taknak nyanyi unless dia dalam band ). Ha Neul ni pulak ada crime record. And record tu menyatakan dia buat sexual harassment dekat kawan perempuan dia. Then there's Kyle, guitarist yang hebat daripada Julliard. Bassist untuk band pulak is a single daddy. Na Yeon Soo ni ada anak lelaki and takde wife. Masa Kyle dapat tahu, dia memang bantah gila. Drummer pulak mama boy. Seo Jae Hoon main drum sebab seronok je and mak dia tak tahu pun dia minat main drum. Dengan semua members nilah Shin Suk Ho start company dia. And starting from this point, dia try untuk betulkan semua salah dia and try tu help every members dalam band tu.

Okay, aku rasa plot yang aku bagi tu memang secara kasar je. Takde yang terlalu dalam. Tapi cerita ni bagi aku best sebab complete every elements. Friendship, family, crime.


! ! ! SPOILER ALERT ! ! !


Okay, first aku rasa kelakar everytime aku fikir pasal cerita ni. Why ? Sebab watak Ha Neul. Watak ni dipegang oleh Kang Min Hyuk. And kalau korang nak tau, he is in band. Tapi bukan as vocalist but drummer. Sebab tu aku rasa kelakar. Drummer in real life and vocalist in drama. Very nice. Aku bukan nak hint suara dia tak sedap ke apa tapi pelik jela sikit. Dah la aku memang minat sangat dengan dia ni. Watak Ha Neul ni kesian. Serious. Sebabnya dia punya abang mati bunuh diri tapi dia tak tahu. Then parents dia prohibit dia daripada menyanyi sebab abang dia mati masa try untuk jadi penyanyi. Tapi sebab bidang tu dia minat, dia takde la pikir sangat pasal amaran ayah dia and as a result, one night masa parents dia nak pergi heret Ha Neul ni balik daripada studio, diorang accident and died. Dan sebab tulah dia taknak menyanyi. Tapi bila dia jumpa dengan Suk Ho, dia berbelah bagi and in the end, dia terima jugak tawaran Suk Ho. 

Tak silap aku dalam one of the scene yang dia nak tolak tawaran Suk Ho, dia ada cakap yang he is an ex-convict. Masa tu Suk Ho kata dia tak kisah asalkan crime tu bukan murder, sexual, and robbery. Tapi Ha Neul dengan muka selamba jawab "It is sexual harassment". Terus kaku si Suk Ho. Tapi dia abaikan that one fact and anggap Ha Neul ni tak bersalah and promise to help him to clear his name.

Scene masa Ha Neul setuju pun best. Sebab masa tu Suk Ho dok follow Ha Neul macam anak kucing lapar and tetiba Ha Neul kata dia setuju. Suk Ho pu  terus la terlompat-lompat. Then Haneul terus kata yang dia nak band, bukan ballad artist. Once again, kaku. HAhahaaha

Ha Neul ni ada crush dekat akak angkat dia, Geu Rin. Tapi at the same time, Suk Ho pun suka dekat perempuan tu. And disebabkan dia dah anggap yang Suk Ho ni abang dia, dia pun lepaskan first love dia untuk Suk Ho.

Antara watak yang aku suka jugak is Na Yeon Soo. Actor yang portray watak Yeon Soo ni memang pro buat muka selamba. Ke memang dia macam tu ? Entah la. Dia join band ni sebab dia pernah juma Suk Ho dekat karaoke room yang dia kerja. Masa tu ada sorang client Suk Ho nak guna guitar dia, tapi dia tak bagi then Suk Ho kata something like, "musician can treasure their instrument too" which amazed him. And sebab tulah dia approach Suk Ho, dengan harapan dapat masuk band tu. Then, masa Suk Ho nak kenalkan dia dengan members yang lain, (Kyle and Haneul) dia bawak anak dia. Masa dia bagitahu yang dia ada anak and no wife, Suk Ho tak bagi dia join. Kyle pun bangkang dengan sekuat hati. Tapi Haneul dok ikut si Suk Ho ni, dia nak Suk Ho pergi offer position bassist untuk Yeon Soo. Dan akhirnya Yeon Soo join band tu !

Masa diorang dah makin popular, ex-girlfriend dia datang nak jumpa anak dia, for the last time. Masa dorang keluar sesama, anak dia dapat tahu yang she is his mom. Tapi anak dia tak cakap apa-apa. Masa diorang nak part ways, ex-gf dia bagi tahu yang dia dah nak kawin and nak hantar hadiah untuk anak dia. Tapi Yeon Soo tak bagi. Once ex-gf da dah pergi, anak dia pun bangun dari tidur and tanya, mak dah pergi ke. Then Yeon Soo terkejut la. Diorang sama-sama menangis sampaila CEO Yeo keluar dari office and nampak dorang tengah nangis. Dia pun terus gi pujuk. Si Yeon Soo ni suka dekat CEO Yeo. Dorang punya relationship comel sebab dengan ada anak lelaki di lagi.

Aku rasa watak Kyle yang banyak sumbang untuk scene yang kelakar. Sebab dia jenis yang cakap lepas. But at the same time, Kyle ni seorang yang responsible. Dia punya background mula-mula nampak biasa. Tapi sebenarnya dia anak angkat untuk satu family. So, masa Suk Ho nak serahkan Entertainer Band ni dekat satu company yang lagi besar, dia pun bukak la cerita pasal biological parents dia. And dia taknak Suk Ho bagi diorang dekat company tu.

And last one, L.Joe ! Okay, aku baru tahu yang drummer ni is L.Joe from Teen Top (now he is former member). Dalam Teen Top aku memang tak cam semua. So, bila aku tahu dia yang pegang watak Jae Hoon. Jae Hoon ni, macam yang aku cakap, dia ni mama boy. Masa mak dia dapat tahu yang dia join band, mak dia tak bagi dia keluar bilik pun. Kalau keluar pun pergi universiti je. One day, whole band pergi la jemput Jae Hoon dekat sekolah, at the same time, mak Jae Hoon pun baru sampai, nak ambil Jae Hoon balik rumah. Tapi Jae Hoon pilih untuk ikut bandmates dia. Start situ, hari-hari Suk Ho sent video Jae Hoon main drum dekat mak dia. Nak mintak support mak dia and in the end, mak dia bagi jugak. Tapi sayangnya the end of the story, Jae Hoon keluar dari band sebab nak sambung study.

Actually banyak je lagi aku nak includekan dalam entry ni, macam relationship Geurin dengan Suk Ho, Suk Ho dengan Ha Neul punya real relationship, real criminal untuk case Ha Neul tapi well, aku ada quiz minggu ni, so nak chaw untuk study dulu HOHO. That's all from mehh =P

-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. nak tengok drama ni sebab Ji Sung je

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete