Assalamualaikum, good day dearest... Harini kita update #bookreview pulak eh. Novel pinjam aje ni hehe.
Tajuk : I'm Not A Monster
Penulis : Sara Aisha
Mukasurat : 662 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
ISBN : 9789672102526
Blurb :
"I would stand in the shadow of your heart, and tell you I'm not afraid of your dark." - Andrea GibsonDia... RyuSeorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu berkata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang-temulang sang lawan.Dia... MayaSeorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa.Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila."Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini." - MAYA"Kau tahu siapa aku,kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?" - RYUBagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila ? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila ? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri?"Jangan mati depan aku." -RYU"Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau." - MAYAKeputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah!"Everyone has a monster within." - ARJUNA KAEDA
Aku actually dah lama sangat tak baca novel-novel yang boleh kata baru. Semenjak aku masuk asrama masa form 4, aku takde beli novel sangat cuma sekadar usha dekat internet. Dan novel-novel Sara Aisha is one of yan aku selalu nak beli and baca. Tapi sayangnya, sampai sekarang pun masih dok usha dekat internet aje.
With that said, ni adalah first novel action yang aku baca from SA, which is a bit bummer sebab aku ada angan-angan nak baca novel yang dia released ikut turutan tapi takpelah... Kita capai je mana ada. Ni pun bukan hak milik aku tetapi hanya dipinjamkan oleh my sekepala anak buah. Haha.
Memandangkan this is my first action novel (after years of re-reading Mikhail by RAM), I took almost a month nak habiskan. Bukan sebab tak best cuma pace pembacaan aku agak slow dengan mood yang tunggang-langgang tambah pulak dengan term-term penulis yang aku tak faham. Haa, semua ni penyebab aku ambil masa lama sangat. Term yang aku maksudkan ni bukanlah scientific term ke apa cuma ia adalah bahasa Kantonis yang digunakan i.e : hungkwan, dailo, memang tunggang terbalik la kepala aku nak teka maksud. Once aku dapat grasp the meaning of those terms, lajulah sikit aku baca.
Aku personally sangat suka novel ni walaupun first part jalan cerita lebih banyak fokus pada kongsi gelap punya hal dan jugak Ryu punya conflict antara prinsip dan juga kesetiaan, aku rasa selesa dan sangat seronok baca. Bagi aku, apa yang aku baca seolah-olah tengah tengok action movie. Maybe aku je yang rasa macam ni.
Plot penceritaan novel ni agak tipikal plot cerita aksi bagi aku sebab tak banyak elemen surprise bagi aku. Almost every plot twists, aku dapat agak dan yeah, sasaran mengena. Nevertheless, aku tetap seronok baca. For Sara Aisha's avid fan mungkin teruja dengan kemunculan Arjuna Kaeda from Salju Kyoto. Aku yang tak pernah baca Salju Kyoto pun terasa seronok sebab character dia unik walau dengan beberapa scene je dalam novel ni. So, I definitely have to read her other books !
Aku tutup dengan favorite quotes from this novel, tapi semua from Arjuna punya line hm, sorry Ryu.
6 Comments
Sara Aisha, best juga karya dia. Dah lama tak treat myself buy a novel. heeee
ReplyDeletehaha, maka treat lah yourself a novel (or two)
Deletenever buy or read her books but maybe one day i will hehe
ReplyDeleteyou totally should ! she's my one of favorite writer
Deletehaven't got any time to read novels anymore. sobs
ReplyDeletehahaha it's okay, we have to focused on more important things first !
Delete