Tuesday 27 October 2020

# bookreview # fiction

Kecubung by Rosa Nur

Assalamualaikum, good day dearest ! Aku sendiri tak faham kenapa aku setkan schedule post untuk draft yang dah siap ditaip... Anyway, ni dia review novel melayu.


Tajuk : Kecubung
Penulis : Rosa Nur
Mukasurat : 595 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Disember 2019
ISBN : 9789674691509
Blurb : 

Wajahnya cantik tetapi seperti pokok kecubung yang indah bunganya, dia memabukkan serta beracun. Di dalam dirinya mengalir dendam yang sarat dan perlu dibalas. Dia tidak akan puas selagi orang-oarang yang memperkotak-katikkan maruah dan menghitamkan kehidupannya masih lepas bebas di luar sana.

"Kurang ajar! Kau orang ingat aku barang yang kau pecahkan kat pasar raya ke, yang dapat kau tebus dengan membayar ganti rugi?!"

Siapakah sebenarnya perempuan yang sarat dengan dendam itu? Dan kenapakah dia menjadi seorang pendendam?
Sementara itu, peristiwa 5 tahun lepas...

"Siapa nama kau, hah? Kau cantiklah!" - EDDY HAKIMI
"Memang cantiklah perempuan ni, Eddy. Anugerah dari Tuhan untuk kita berempat kut?" - FARHAN
Kejar perempuan tu. Jangan bagi dia lepas!" - EDDY HAKIMI

Bencana menanti 4 jahanam yang tega menghancurkan hidup seorang gadis yang menghidap penyakit kemurungan. Dalam diam, dia dan sekutunya mula mengatur strategi. Siapakah sekutu gadis sarat dendam ini?

Orang-orang yang tidak bersalah telah dijadikan umpan untuk memerangkap 4 jahanam. Adilkah begitu? Setelah 5 tahun berlalu dan masing-masing mempunyai kehidupannya sendiri...

"5 tahun lepas, apakah dosa dan kejahatan yang pernah Ray lakukan?" - DARLINA

"Apa jenis soalan yang Darling tanya ni? Ada ke orang dalam dunia ni yang nak mengaku dosa-dosa yang dia dah lakukan? Kita mengaku dengan Tuhan aje tau segala dosa yang kita buat, bukannya mengaku depan orang lain. Itu umpama membuka aib sendiri!" - RAYKAL REDZA

Siapakah Darlina? Siapakah gadis yang berdendam itu? Dan siapakah Raykal Redza di dalam novel ini? Apakah dosa dan kejahatan yang telah dilakukan sehingga si gadis sanggup membunuh? Hayatilah jalan cerita yang penuh konflik dan saspens di dalam novel KECUBUNG karya ROSA NUR.
Okay, I personally think that this one is better than Psiko. Plot dia memang menarik perhatian betul. Masih lagi dalam topik dendam, macam plot novel Psiko, tapi yang ni aku faham lebih sikit. Cuma, watak Amna ni ada depression so dia punya tindakan tu tak macam orang yang menghidap depression. Or maybe I am wrong for stereotyping. Cuma itula, sekutu Amna ni pun kenapa tak buat report sebab first, depa sihat and paling penting ada saksi kot. Aduhai geram pulak bila fikir depa boleh setuju gitu aje dengan rancangan Amna.

Permulaan novel agak confusing sebab banyak sangat watak yang diperkenalkan sekali gus. My brain kenot handle that. Lepas tu, banyak kali berlaku perubahan masa dan tempat yang aku tak sedar. Baca punya baca eh rupanya kisah silam. Baca lagi jauh, oh dah back to present time. Poning den. Kisah silam tu necessary lah untuk diceritakan tapi macam tak de warning langsung. So yeah, very confusing at first.

Plot memang saspen lagi-lagi bila watak Darlina ni suspicious. Dari gaya dia melayan si Ray, macam dia suka lepas tu dok main tarik tali bagai tapi bila ada masa dia seolah-olah benci sangat dengan Ray. Tambah pula bila Darlina ni ada abang membuatkan aku terfikir yang sebenarnya Darlina is Amna yang menyamar. But girl, it wasn't as simple as that !

Watak yang menjadi target ada empat orang, and that still ada aura 'Psiko' lagi-lagi dengan gaya nama watak. Dua orang ada dua patah nama and the other two got one. Belum ada kepelbagaian pada nama mangsa. Agak tak seronok bila cerita banyak fokus pada Ray, Eddy dengan Azam je. Watak Farhan tak banyak diceritakan melainkan dia ada tunang dan akan kahwin hujung tahun. Babak dia dengan tunang pun sekali dua aje dimention. Watak paling menyampah? Ray la. Dasar lelaki tak reti setia. Hish menyampah kita.

Menarik bila penulis kaitkan tajuk novel dengan cara Amna nak hapuskan orang yang dia berdendam. Kecubung, pokok beracun. Sifat pokok ni pun boleh juga kalau kita kaitkan dengan Darlina, perempuan yang cantik tapi bahaya. Sama jugak dengan Amna. Cantik, tapi beracun membunuh!

Ending dia, memang aku tak sangka. At least, dalam ramai-ramai sekutu, ada jugalah yang masih ada kesedaran. Walaupun ada nyawa yang terkorban, tetap ada justice untuk mereka. Watak Ray pun terima padah. Paling puas kot apa yang dia terima tu. Padan muka. Tapi satu yang aku persoalkan, kenapa Darlina tiba-tiba jadi macam tu? Hm. Sebab dia terlalu sedih ? Ke apa. Walhal dia patut gembira. Hm, ke tak? Takpelah, taknak fikir.

-thes

6 comments:

  1. klu ada justice utk pelaku, mmg indah.... tapi klu justice dia berakhir dgn mati.. aduh i mmg sakit hati klu baca

    ReplyDelete
  2. Rindu nak baca review awak!! hehe macam biasa you're great at reviewing ;)
    .
    Salam Maulidurasul :) All the best...

    ReplyDelete
  3. Adoi.. ramai lak yang review kecubung nie best.. Akan didapatkan juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya? wow mesti menarik kalau adaptasi!

      Delete